| INDUSTRI getah negara pada keseluruhannya adalah satu daripada penjana pendapatan tukaran asing yang penting bagi negara. Pada 2004, eksport getah mentah bernilai RM5.2 bilion, manakala eksport barangan getah pula bernilai RM7.9 bilion dan eksport barangan getah kayu getah berjumlah RM6.5 bilion. "Perangkaan ini menunjukkan betapa besar sumbangan getah dalam menampung bekalan bahan mentah yang diperlukan oleh dua industri iaitu industri barangan getah dan juga industri barangan kayu getah," kata Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM), Dr Kamarul Baharain Basir. Kerajaan, kata beliau sentiasa memastikan bahawa bekalan getah mentah dan kayu getah akan berterusan melalui program tanaman semula dan peruntukan lain bagi memajukan ladang hutan termasuk ladang hutan getah dalam bajet 2006. Saranan kepada penoreh getah ketika 'durian runtuh' ini ialah dapatkan teknologi untuk menghasilkan produktiviti kerana teknologi ini sudah sedia ada dan perlu digunakan sementara harga getah meningkat. "Pekebun kecil boleh berjumpa dengan pihak yang berkaitan di pejabat LGM di kawasan masing-masing untuk menggunakan teknologi berkenaan. Pihak kita sedia membantu mereka kerana LGM dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan produktiviti pekebun kecil," kata Dr Kmarul Baharain dalam satu pertemuan dengan Berita Minggu, baru-baru ini. Pada keseluruhannya, kata beliau pekebun kecil menyumbang lebih 95 peratus getah negara. Harga yang tinggi nampaknya mendorong pemilik ladang untuk menimbangkan getah sebagai antara tanaman alternatif yang mereka ingin tanam bagi pusingan tanaman semula berikutnya. Perkembangan itu adalah satu langkah yang sungguh baik sekali kepada pengeluaran getah negara kerana pihak ladang memang di Beliau mengakui sepanjang sejarah pasaran getah dunia, permintaan terhadap barang komoditi itu kini berada pada paras tertinggi sekali gus mengubah tanggapan masyarakat terhadap 'profesion' menoreh getah dan nasib golongan itu. "Tidak seperti dekad lalu, kehidupan penoreh kini agak baik berikutan pendapatan mereka juga meningkat berkali ganda malah sudah ada kedengaran golongan yang bekerja makan gaji kini mencuba nasib menoreh getah bagi mendapatkan pendapatan sampingan," katanya. Beliau berkata, harga getah kini sudah mencecah melebihi RM7.00 sekilogram dan dijangka kekal pada peringkat tinggi buat seketika sehingga suku tahun pertama ini. Bagaimanapun harga tinggi itu dikatakan berasaskan unsur spekulatif terutama di pasaran Tokyo atau Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM). Kenaikan getah asli selari dengan kenaikan harga gas mentah dan petroleum iaitu sehingga mencecah AS$70 setong. Getah tiruan berasaskan petroleum, jadi dengan meningkatnya harga petroleum menyebabkan permintaan terhadap getah tiruan itu terpaksa diganti dengan getah asli. Permintaan yang tinggi dari China, akibat perkembangan pesat industri automotif juga menyebabkan permintaan terhadap getah asli meningkat. Tambahan pula, stok simpanan getah di China dan Jepun adalah rendah. Cuaca juga memainkan peranan. Keadaan cuaca yang tidak menentu pada tahun lalu yang mana sepatutnya normal pada November dan Disember sebaliknya hujan berpanjangan menjejaskan pengeluaran getah di negara pengeluar seperti Thailand, Indonesia dan Malaysia. Faktor lain yang menyumbang kenaikan harga ialah permulaan musim daun gugur di Thailand dan Malaysia selepas Tahun Baru Cina lalu. Musim daun gugur itu menyebabkan pengeluaran getah menurun sehingga 40 peratus. Keadaan ini dijangka berterusan sekiranya harga minyak mentah naik secara berterusan. Ini bermaknanya ia selari. Selain itu, industri automotif dari China dan India yang agak besar menyebabkan kenaikan ini akan berlanjutan. Berdasarkan kajian, ia bakal bertahan untuk tempoh masa agak lama. "Jika kita mahu tanam getah sekarang, ia akan mengambil masa lebih kurang lima tahun untuk mengeluarkan hasil. Dalam tempoh itu, kita jangka harga getah akan terus naik kerana kita lihat harga minyak sentiasa naik. Minyak terhad dari segi hasil bumi. "Jika kita tanam hari ini, besar kemungkinan harga tidak banyak beza (lima tahun lagi). Sekarang, harga getah paling tinggi pernah direkodkan melebihi RM7.00 sekilo manakala paling rendah ialah RM1.83 pada 2001," katanya. Kajian antarabangsa menganggarkan harga getah akan meningkat sehingga AS$2 (RM7.60) bagi satu kilogram jika harga minyak di pasaran antarabangsa terus meningkat. Kita semua maklum bahawa faktor paling penting mempengaruhi prestasi industri getah kita ialah harga getah. Harga itu melonjak sehingga 250 peratus berbanding 2002. Harga getah pada masa itu ialah RM2.86 sekilo. Getah paling tinggi permintaan ialah yang digunakan dalam industri tayar manakala untuk menghasilkan barang kejuruteraan, ia memerlukan getah berkualiti tinggi. LGM melihat industri getah tempatan dan luar negara adalah cerah. Disebabkan kenaikan harga, kita dapat menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang boleh dimanfaatkan untuk kemajuan industri negara ini. Contohnya, dari segi pengeluaran getah. Dulu, purata pengeluaran hasil lebih kurang 1,350 kilogram (kg) bagi satu hektar, setahun. Sekarang ini, kita merancang pengeluaran yang lebih tinggi iaitu 1,500 kg setiap hektar setahun. Untuk menghasilkan pengeluaran demikian, kita memerlukan teknologi lebih mantap. Jika kita bandingkan pada 1999, purata hasil adalah 960 kg sehektar, setahun. Dengan adanya teknologi dihasilkan LGM, hasil pengeluaran getah dapat ditingkatkan. Tingginya harga getah, maka banyak R&D dapat dilaksanakan. Apabila banyak kegunaan getah asli dalam industri automotif sama ada tayar ataupun barangan kejuruteraan, ia akan terus membuka ruang lebih besar kepada R&D untuk majukan industri getah. LGM mempunyai penyelidikan penambahbiakkan pokok klon baru. Di Malaysia, sebanyak 80 peratus perabot yang dibuat adalah berasaskan kayu getah. Kita menghasilkan klon yang boleh menghasilkan susu getah dan juga kayu getah yang boleh digunakan untuk industri perabot. Pada masa ini, kebanyakan pengeluaran getah asli adalah dari pekebun kecil iaitu sebanyak 95 peratus. Apabila harga getah ini naik, ia membuka peluang kepada pengusaha ladang yang sudah meninggalkan sektor ini untuk mula datang dan menanam semula pokok getah. Ini kerana tanaman ini memberi pulangan yang baik berbanding tanaman lain. Tarik golongan muda LGM sentiasa berusaha memperkenalkan teknologi baru kepada pekebun kecil. Kita sedia maklum kebanyakan pekebun kecil adalah mereka berusia 50 tahun ke atas dan penerimaan mereka berbeza berbanding orang yang lebih muda. Teknologi penorehan yang diperkenalkan LGM dapat menghasilkan pengeluaran susu yang banyak. Ia berkesan meningkatkan produktiviti tetapi penerimaan teknologi baru memakan masa dan sumber tenaga (untuk mengajar kepada penoreh). Melalui kajian, pekebun kecil sedia menerima teknologi itu tetapi perlulah melalui bimbingan mantap. Mereka perlu dibimbing dari peringkat awal hingga akhir tetapi kita kekurangan dari segi sumber tenaga. "Kita mempunyai hampir 250,000 penoreh dan hendak menyampaikan teknologi kepada mereka tidak dapat dibuat dalam masa yang singkat. Setakat ini, penerimaan teknologi baru tiada masalah tetapi yang menjadi sedikit sukar ialah pembinaan teknologi. Kita sekarang sedang berusaha meningkatkan pembinaan teknologi dengan lebih pesat lagi. "Kita juga sedang berusaha untuk menarik perhatian penoreh dari golongan muda dan lebih bertenaga. Apa yang kita mahukan ialah melahirkan petani moden kerana pulangan yang diterima amat lumayan," katanya. Pihak LGM sentiasa memantau dengan memberikan teknologi moden. Kita akan letakkan teknologi baru dan lihat bagaimana penerimaan mereka selain melihat dari segi pulangan hasil dan keberkesanan teknologi. Contohnya, Projek Kampung (Prokam) yang diperkenalkan LGM berjaya apabila adanya pemindahan teknologi penorehan getah yang dapat meningkatkan lebih produktiviti di samping memasukkan beberapa aktiviti sampingan seperti integrasi dengan tanaman lain. Apa yang dilakukan ialah kita cuba satu fokus model dulu dan jika berjaya kita akan membawa ke tempat lain. Kenaikan harga getah bukan kawalan kita tetapi apa yang pasti getah asli ada ciri-ciri getah sintetik. Contohnya tayar kapal terbang tidak boleh menggunakan getah sintetik, jadi kita gunakan ciri-ciri demikian. Kita ada hasilkan getah yang diubah suai supaya ia setaraf dengan getah tiruan atau lebih. Apabila harga naik, penggunaan getah asli akan meningkat kerana ia akan menghasilkan ciri yang baik daripada getah tiruan. FAKTA NOMBOR 250,000 Penoreh getah 95 % Pekebun kecil 1,500 kg Purata hasil sehektar RM5.2b Nilai eksport getah 250% Harga melonjak sejak 2002 (END) |
0 Comments:
Post a Comment
<< Home