pemain rebab
pemain Publication : BM
Edition :
Date : 12/03/2006
Page Number : 23
Headline : Air mata Awang menitis ketika menggesek rebab
Words : 642
Byline : Oleh Nasron Sira Rahim
Text :
SEBAIK saja selesai memainkan lagu kegemarannya `Wok' diiringi gesekan
rebab, Awang Omar, mengesat matanya bagi memastikan ia tidak membasahi
pipi hingga dilihat penonton.
Kesayuan semakin menghimpit perasaan lelaki berusia 54 tahun itu
apabila mengenang satu hari nanti, lagu itu akan lenyap bersama
pemergiannya.
Ketika memegang erat rebabnya, beliau kemudiannya meluahkan perasaan
kepada penonton, sekurang-kurangnya supaya mereka sedar betapa
berharganya amanah bangsa yang dipikulnya.
"Saya sedih apabila mengenangkan seni ini akan pupus suatu hari nanti.
Kini tinggal saya seorang saja yang masih aktif bermain rebab di Kelantan
tapi masih tiada usaha untuk memuliharanya," katanya dalam nada sebak.
Awang yang dikenali penduduk setempat sebagai Che Ahmad mungkin
generasi terakhir di negara ini yang mahir bermain rebab - jika seni itu
tidak dipertahankan.
"Sepanjang saya bermain alat muzik tradisional ini, tiada sesiapapun
terutamanya generasi muda yang datang berjumpa saya bagi menyatakan
minatnya untuk mempelajari cara bermain rebab, saya khuatir budaya ini
akan pupus.
"Generasi muda sekarang sudah tidak lagi menghargai kesenian bangsa,
mereka lebih suka menghabiskan masa melakukan aktiviti tidak berfaedah
seperti terbabit dalam gejala sosial.
"Mereka sudah tidak pedulikan pentingnya budaya kepada masyarakat;
bagaimana budaya dapat membimbing masyarakat menyempurnakan (akhlak)
diri, melatih sikap hormat-menghormati, tolong-menolong dan berpekerti,"
katanya.
Awang berkata, beliau juga cuba menurunkan kepakarannya itu kepada
tujuh anaknya tetapi hanya seorang iaitu anak lelaki kelima berusia 17
tahun menunjukkan minat mewarisi kemahiran itu.
Kasihnya kepada alat muzik tradisional yang menyerupai biola tetapi
hanya memiliki tiga tali dan diperbuat daripada papan dan kulit haiwan
itu disemai ketika Awang berusia 20 tahun dan beliau tidak menyangka
kemampuannya memainkan alat muzik yang rumit itu akhirnya memberi
pelbagai pengalaman kepadanya.
Atas usaha beberapa pihak yang prihatin terhadap budaya berkenaan,
Awang dibawa memperkenalkan keunikan rebab hasil ciptaan bangsa Melayu
itu di German, United Kingdom selain Thailand sekitar 1990-an.
"Sukar juga untuk memainkan muzik menggunakan rebab kerana ia tidak
bergantung kepada kod lagu seperti alat muzik lain sebaliknya pemain
rebab harus bijak membezakan bunyi yang dihasilkan ketika memetik tali
rebab.
"Jika ingin belajar dan bersungguh-sungguh, selepas setahun, individu
berkenaan sudah mampu untuk bermain rebab tetapi untuk benar-benar pakar,
ia mengambil masa lebih dua tahun," katanya.
Menceritakan sejarah rebab, Awang menjelaskan bahawa alat muzik itu
dulunya dimainkan bersama alat muzik tradisional lain seperti gong,
canang, gendang dan serunai dalam upacara 'Main Puteri'.
Main Puteri adalah antara kebudayaan Kelantan yang popular di kalangan
masyarakat tempatan dan ia hanya dilakukan untuk memulihkan semangat
pesakit yang diganggu makhluk halus atau menghadapi masalah kemurungan.
Ada hampir 100 lagu yang dimainkan ketika Main Puteri tetapi melewati
perjalanan masa, Awang hanya mampu mengingati beberapa lagu saja
antaranya Tabuh, Sendayong Pak Yong, Sendayong Mak Yong, Pak Yong Muda,
Mengambo, Khabar dan Inai.
Awang sebenarnya membesar bersama rebab dan upacara Main Puteri
berikutan bapanya adalah antara penggerak upacara itu di kampungnya.
Bagaimanapun, seumur hidupnya, beliau hanya sempat melihat bapanya Omar
Che Mat menggesek rebab pada upacara itu sekali saja sebelum dia
meninggal dunia ketika Awang berusia tujuh tahun.
Ketika berusia 19 tahun, rakan arwah bapanya yang juga guru beliau,
Awang Senik ingin memperturunkan budaya Main Puteri kepadanya tetapi
Awang tidak berminat sebaliknya lebih meminati kaedah mengubat pesakit
secara tradisional.
"Tok guru (Awang Senik) kemudiannya mengajar saya beberapa kaedah bomoh
tetapi beliau kemudiannya meminta juga saya mempelajari Main Puteri
sebagai syarat melanjutkan pembelajaran kaedah rawatan tradisional itu.
"Selepas saya mempelajari Main Puteri, berbanding alat muzik lain, saya
lebih meminati rebab dan mendalami kaedah bermain dan lagu daripada
seorang pemain rebab di Kelantan, Awang Seman," katanya yang mewarisi
rebab gurunya itu.
Selama 34 tahun beliau ditemani rebab. Awang masih berharap supaya dia
tidak lagi keseorangan dalam menggesek rebab.
Akan tetapi, jika budaya itu masih tidak dipelihara, Awang mungkin
tidak menjangka bahawa ketika dia mula mempelajari kaedah menggesek
rebab, beliau mungkin mencatat rekod sejarah sebagai 'Pemain Rebab
Terakhir' di alam Melayu.
(END)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home