Thursday, November 06, 2008

news penagih dapat bantuan

Publication : BM

Edition :

Date : 11/09/2005

Page Number : 01

Headline : Penagih dapat bantuan (HL)

Words : 308

Byline : Oleh Nasron Sira Rahim

Text :


KUALA LUMPUR: Penagih dadah sekitar ibu kota akan diberi bantuan barang
keperluan seperti pakaian, tuala, selimut, sabun, vitamin, susu dan
pelbagai jenis makanan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP).
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Che Mat Che
Ali berkata, sumbangan itu akan diagih-agihkan bermula minggu depan
selepas Skuad Sukarelawan Musibah MAIWP melihat sendiri keadaan penagih
di beberapa markas mereka di sini, semalam.
Beliau berkata, lawatan skuad berkenaan adalah antara pendekatan halus
dan bersifat psikologi dalam usaha dakwah bagi membantu memulihkan
penagih.
Program itu, katanya dijalankan secara bersepadu bersama ahli Persatuan
Pengasih Malaysia (Pengasih), pegawai MAIWP dan Jawi di lokasi yang
dikenal pasti berdasarkan pemantauan Pengasih.
"Kita bukan nak tangkap mereka, sekadar melawat dan memberi motivasi.
MAIWP sudah beri RM100,000 kepada Pengasih menerusi Baitulmal dan
sebahagian peruntukan adalah untuk kempen menjinak dan melembutkan hati
penagih dadah.
Prosesnya adalah memberi baju, seluar, tuala, makanan, vitamin dan
susu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perasmian Festival
Islam Hadhari Peringkat Wilayah Persekutuan dan Pelancaran Skuad
Sukarelawan Musibah MAIWP di Dataran Pusat Khidmat Parlimen Setiawangsa,
Wangsa Maju, dekat sini, semalam.
Hadir sama Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan
Rafique, yang merasmikan program itu.
Che Mat berkata, lawatan ke `perkampungan' penagih itu akan diadakan
setiap minggu dan dilaksanakan secara berterusan sehingga akhir tahun ini
dan ketika lawatan, golongan penagih itu akan diberikan nasihat dan
bimbingan.
Katanya, program lawatan itu adalah usaha pertama untuk mengurangkan
gejala sosial.
Skuad berkenaan ditubuhkan bagi membantu mangsa bencana alam dan
musibah seperti kemalangan, golongan kurang berkemampuan selain program
motivasi dan khidmat nasihat untuk membanteras maksiat.
Pemilihan ahli skuad itu dihadkan kepada 600 ahli dengan masing- masing
50 ahli dikenal pasti daripada Jawatankuasa Masjid dan Surau di setiap
kawasan parlimen Wilayah Persekutuan.
FAKTA
PUNGUTAN ZAKAT WP
RM120 juta
Sasaran tahun ini
RM106 juta
Pungutan tahun lalu
RM69 juta
Zakat dibelanjakan tahun lalu
(END)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home