Thursday, November 06, 2008

pelajar cemerlang ukm

Publication : BM

Edition :

Date : 18/09/2005

Page Number : 06

Headline : Tempa kejayaan walaupun makan nasi berlauk garam

Words : 379

Byline : Oleh Nasron Sira Rahim

Text :


BANGI: "Ada masanya saya tidak mempunyai wang untuk tambang bas, jadi
terpaksa jalan kaki sejauh lima kilometer untuk ke sekolah," demikian
kata penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Konvokesyen ke-33 Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Darman Nordin, semalam.
Ketika mengenangkan kegigihannya untuk berjaya, pemuda berusia 23 tahun
dan berasal dari Kampung Titingan, Tawau, Sabah itu juga tidak mengeluh
apabila kadang-kadang menikmati hidangan nasi berlauk garam apabila
pulang dari sekolah.
Seperti juga pengalaman kejayaan kebanyakan tokoh lain, graduan Sarjana
Muda Kejuruteraan Kimia itu turut menegaskan kemiskinan menjadi pemangkin
untuk terus meraih kejayaan berterusan demi mengubah nasib keluarga.
"Kemiskinan bukanlah penghalang kita meraih kejayaan," katanya kepada
pemberita selepas menerima anugerah itu, di sini, semalam.
Bapanya adalah bekas nelayan dan kini mengambil upah dalam bidang
pembinaan manakala ibunya suri rumah. Darman masih memiliki tiga adik
masing-masing berusia 22, 21 dan lapan tahun.
"Sepanjang belajar, saya mendapat biasiswa kira-kira RM8,000 setahun
tapi saya tak guna semua untuk diri saya dan sebahagiannya dihantar
kepada ibu bapa di Sabah kerana sedar kehidupan mak, ayah dan adik-adik.
"Pada cuti semester pula, jika tidak pulang ke Sabah, saya kerja
sambilan sebagai pembantu jualan untuk menampung pengajian," katanya yang
kini menjadi tutor di Fakulti Kejuruteraan UKM dan bercadang menyambung
pelajaran ke peringkat sarjana, tahun depan.
Selain cemerlang dalam akademik, Darman turut membuktikan keupayaan
dalam ko-kurikulum antaranya apabila menjadi presiden pengasas Kelab
Kejuruteraan Kimia UKM dan Atlit Taekwondo UKM ke Sukan Majlis Sukan
Universiti Malaysia (Masum).
Selain Darman, pasangan bapa dan anak, Dr Amaludin Abdul Rahman, 45,
dan Nazahatul Anis, 23, turut bergelar graduan pada konvokesyen itu
apabila masing-masing menerima Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Islam dan
Ijazah Sarjana Muda Sains.
Dr Amaludin berkata, kehadiran dia bersama anaknya sebagai pelajar UKM
pada masa sama tidak dirancang kerana Nazahatul turut memilih universiti
lain sebaik menamatkan matrikulasi pada 2002 tapi terpilih melanjutkan
pelajaran di UKM.
Katanya, keadaan itu menyebabkan mereka dapat saling bantu-membantu
dalam pelajaran termasuk sama-sama ke perpustakaan untuk mentelaah atau
mencari bahan tugasan.
FAKTA
Penerima anugerah
* Wong Jyh Eiin (Anugerah Pelajaran Diraja)
* Fouzia Hassan Abdullah (Anugerah Naib Canselor)
* Amirul Hafiz Mohd Nasir dan Loh Wan Chen (Anugerah Tun Abdul Razak)
(END)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home