isu telefon bimbit pelajar
fon bimbPublication : BM
Edition :
Date : 22/01/2006
Page Number : 17
Headline : Telefon bimbit lebih mudaratkan pelajar
Words : 1262
Byline : Oleh Azran Jaffar; Nasron Sira Rahim
Text :
ISU kebenaran penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar sekolah,
seperti yang diperkatakan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon
mencetuskan kontroversi. Namun, belum sempat pekeliling berhubung perkara
itu sampai ke peringkat sekolah, Menteri Pelajaran, Datuk Seri
Hishammuddin Hussein mengambil keputusan menarik balik kebenarannya.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional,
Profesor Madya Mohamad Ali Hassan ketika ditemui Berita Minggu berkata:
"Pada keseluruhannya, saya melihat pekeliling yang dikeluarkan berhubung
perkara itu terlalu terbuka.
"Saya lihat telefon bimbit pada masa ini bukan keperluan mendesak dan
bukan perkara yang perlu diberikan perhatian utama. Sekarang Kabinet
sudah menarik balik kebenaran menggunakan telefon bimbit di kawasan
sekolah.
"Melihat kepada pertemuan saya dengan ibu bapa dan guru dalam dua
mesyuarat PIBG, apabila isu ini ditimbulkan, Pengetua sendiri memberitahu
saya mengatakan mereka tidak sanggup melaksanakannya," katanya.
Jika dilihat pada pro dan kontra, beliau mendapati perkara itu lebih
banyak keburukan;
* Soal pengawalan penggunaan. Walaupun dalam pekeliling itu mengatakan
tiga tempat dibenarkan, tetapi ia amat susah untuk dikawal. Masa
dibenarkan menggunakannya pula - sebelum sekolah bermula, waktu rehat dan
selepas sekolah. Kita ambil waktu rehat, semua akan mencari telefon
bimbit dan bayangkan suasana bising dengan deringan dan sebagainya.
* Gangguan kepada proses pengajaran. Ada guru memaklumkan, di depan
mereka mengajar, di belakang pelajar bersms. Ini akan mengganggu pelajar
lain dan proses pembelajaran.
* Gangguan kepada tumpuan pelajar yang mana mereka akan menunggu waktu
rehat untuk menggunakannya dan selepas sekolah memikirkan siapa hendak
dihubungi, apa mesej hendak dihantar.
* Ada guru mengadu, untuk mengawal pelajar sekarang ini juga mengambil
masa, ini kan pula hendak menyemak semua beg sekolah pelajar sama ada
mereka bawa telefon bimbit atau tidak. Ini juga mengganggu proses
pembelajaran.
* Kita lihat dari segi muat turun, yang mana ia mungkin membabitkan
perkara yang tidak sepatutnya dan kemudian disampaikan.
* Akan timbul satu perlumbaan siapa punya telefon paling canggih. Ini
akan memberi tekanan kepada ibu bapa kerana ada anak yang mahukan mereka
juga harus mempunyai telefon yang secanggih rakan sekolah. Ini juga akan
menjadikan perkara ini sebagai tarikan atau apa yang dikatakan motivasi,
yang mana kalau dapat keputusan baik akan dapat yang canggih.
* Akan mewujudkan renggangan di kalangan pelajar sendiri, antara yang
mempunyai telefon bimbit canggih dengan yang tidak canggih. Ini di
kalangan mereka yang ada telefon bimbit, bagaimana pula dengan yang ada
dan yang tidak ada?
* Memberi kesan psikologi kepada pelajar bahawa mereka akan
dipinggirkan daripada kumpulan pelajar yang ada telefon bimbit atau
pelajar itu sendiri akan berasa kecil hati.
* Satu lagi, bil siapa nak bayar? Ini akan meningkatkan kos. Bagi ibu
bapa yang berada tidak menjadi masalah tetapi kepada purata ibu bapa?
* Ada Pengetua melaporkan, sewaktu dia membuat pemeriksaan di sekitar
sekolah terjumpa telefon bimbit dalam lubang tandas. Ini menunjukkan
kemungkinan ada pelajar yang geram atau marah dengan pelajar tertentu,
ambil telefon bimbitnya dan buang.
* Keselamatan telefon bimbit itu sendiri.
* Interaksi antara pelajar akan menjadi kurang kerana masa yang ada
untuk itu akan digunakan untuk telefon bimbit. Sudah tidak ada masa dan
ini bermakna akan memburukkan lagi suasana sosialisasi. Integrasi pelajar
akan pincang dan ini mewujudkan suasana seolah-olah pelajar bermain
dengan komputer. Menggalakkan pelajar berinteraksi dengan mesin bukan
manusia.
* Kita takut orang luar yang mungkin tidak ada kena mengena dengan
pelajar, mengaku kenal pelajar dan menimbulkan suasana buruk. Beri
pesanan bukan-bukan misalnya dan ajak pelajar keluar. Selagi pelajar
bersama mengeruhkan suasana, masalah sosial sukar untuk kita bendung.
* Kita khuatir duit yang diperuntukkan ibu bapa kepada anak untuk
makanan digunakan untuk membeli prepaid, yang mana ia memberi kesan
kepada pelajar. Ibu bapa mungkin ada peruntukan untuk prepaid anak,
tetapi bagaimana jika ia berlebihan, sudah tentu mereka akan menggunakan
wang saku untuk bil telefon, maknanya mereka tak makan.
"Pada pandangan saya inilah masalahnya dan ia akan berterusan. Kenapa
kita lihat ia tidak perlu adalah kerana, sekarang ini di setiap sekolah
telefon awam berfungsi, telefon pejabat berfungsi, guru-guru juga ada
telefon bimbit. Ini sudah memadai. Walaupun sewaktu pekeliling ini
dikeluarkan ia kononnya untuk mendekatkan pelajar dengan teknologi
maklumat, pada saya lebih baik kita beri keutamaan kepada komputer,"
katanya.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP), Ismail Nihat berkata; "Dalam zaman ICT sekarang kita tidak dapat
lari daripada berdepan dengan perkembangan teknologi. Sama ada suka atau
tidak ia menjadi budaya masyarakat Malaysia.
Sewaktu tiada sebarang garis panduan diberikan oleh Kementerian
Pelajaran, didapati penggunaan tanpa kebenaran tetap berlaku di kalangan
pelajar.
Kalau ditanya perlu atau tidak, ia bergantung kepada penjaga murid
berkenaan. Bagaimana penjaga dapat mengawal anak mereka sama ada di rumah
atau di luar pandangan mereka. Bagi guru mungkin tiada keperluan untuk
murid mereka memiliki telefon bimbit kerana jika timbul sebarang masalah
mereka boleh menghubungi penjaga melalui berbagai saluran. Tambahan pula
hari ini telefon awam ada di kebanyakan sekolah.
Namun persoalan yang mungkin dihadapi oleh guru khususnya guru disiplin
ialah berkaitan kehilangan barang sehingga menambahkan lagi beban tugas
guru. Bagaimanapun murid perlu dididik supaya bersikap dengan pekerti
yang baik, walaupun cabarannya tetap ada.
Ada sesetengah pihak berpendapat bahawa penggunaan telefon bimbit sudah
berlaku sebelum pekeliling dikeluarkan, tetapi dipejamkan mata begitu
saja selagi tidak menimbulkan masalah.
"Mengikut pengalaman kami, memang perkara ini berlaku. Banyak sekolah
mengadakan peraturan mereka sendiri dengan melarang penggunaan telefon
bimbit bagi mengatasi masalah ini. Ada yang merampas telefon bimbit
berkenaan."
Dengan menarik balik kebenaran menggunakan telefon bimbit oleh pelajar
di sekolah, NUTP mengalu-alukannya kerana di samping bantahan sebahagian
besar ibu bapa, ia juga mengurangkan beban tugas guru dalam
menguatkuasakan syarat-syarat penggunaannya.
NUTP berasa dukacita kerana Kesatuan Guru tidak dibawa berbincang
mengenai isu yang penting seperti ini yang meliputi ibu bapa, pelajar dan
guru. Harapan NUTP adalah supaya di masa akan datang, isu-isu yang
penting seperti ini haruslah mendapat pandangan daripada semua pihak
sebelum ia dijadikan pekeliling dan dikuat kuasakan.
"Ada pandangan mengatakan bahawa pelajar lebih suka menghabiskan masa
dengan permainan dalam telefon bimbit serta perbuatan melanggar disiplin
seperti mengambil gambar tidak sopan. Ini juga mungkin boleh berlaku,"
katanya.
Bagaimanapun, sekiranya kebenaran itu tidak ditarik apa yang kita boleh
katakan mengenai perkara ini ialah, penjaga seharusnya tidak membelikan
telefon yang canggih, memadai yang asas saja. Malangnya perkara ini sukar
dikawal. Peranan semua pihak perlu supaya budaya penggunaan yang beradab
sopan ditanam di kalangan pelajar. Ini satu proses pendidikan yang perlu
difikir secara positif.
Begitu juga, pada peringkat awal penggunaan telefon bimbit boleh
mewujudkan jurang antara pelajar berada dan pelajar tidak berkemampuan.
Mungkin hal ini akan berlaku tetapi lama-kelamaan ia akan menjadi perkara
biasa. Ia juga bergantung kepada bagaimana ibu bapa mendidik anak mereka.
FAKTA
Kesan buruk telefon bimbit di sekolah
* Gangguan kepada proses pengajaran. Murid kirim SMS dalam darjah.
* Tumpuan terjejas kerana murid tunggu waktu rehat untuk menggunakan
telefon.
* Tugas guru semakin bertambah untuk memeriksa beg murid sama ada bawa
telefon bimbit atau tidak.
* Muatan beg makin bertambah kerana telefon bimbit diselitkan bersama
buku.
* Akan timbul perlumbaan siapa punya telefon paling canggih.
* Memberi tekanan kepada ibu bapa kerana ada anak mahukan telefon yang
secanggih rakan di sekolah.
* Mewujudkan kerenggangan di kalangan pelajar sendiri, antara yang
mempunyai telefon bimbit canggih dengan yang tidak canggih.
* Memberi kesan psikologi kepada pelajar mereka akan dipinggirkan
daripada kumpulan yang ada telefon.
* Siapa nak bayar bil? Ayah atau emak? Ini akan meningkatkan kos.

* Interaksi antara pelajar akan menjadi kurang kerana telefon bimbit.
(END)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home