misteri - ghaibnya kapal waratah
nasron22
Misteri - hilangnya kapal Waratah
FAKTA
- Waratah hilang pada 27 Julai 1909 di perairan Afrika Selatan.
- Penumpang ketika hilang kira-kira 210 orang dan berat muatan adalah 6,500 tan.
- Kapal milik syarikat Australia dalam perjalanan pulang dari England ke Australia ketika hilang.
- Waratah memiliki panjang 140 meter dan dikatakan seumpama hotel mewah yang bergerak di atas air.
- Pencarian demi pencarian dijalankan menemui jalan buntu dan misteri itu kini sudah berusia 97 tahun.
Susunan Nasron Sira Rahim
TIGA tahun sebelum tenggelamnya kapal persiaran mewah RMS Titanic akibat merempuh bongkah ais gergasi di Lautan Atlantik pada 1912, sebuah kapal persiaran raksasa yang hampir sama popularnya dengan Titanic, ‘ghaib’ secara tiba-tiba di perairan Afrika Selatan.
Kehilangan kapal itu seterusnya mencetuskan misteri dan meninggalkan pelbagai teka-teki mengenai punca dan kejadian sebenar yang berlaku pada hari kemalangan. Sehingga kini, rahsia yang menyelubungi kehilangan kapal Waratah terus terkubur selama 97 tahun!
Seperti peristiwa tenggelamnya kapal Titanic, mungkin kisah di sebalik kehilangan Waratah turut mengundang kesayuan lantaran seramai kira-kira 210 penumpang turut berada dalam pengangkutan berkenaan. Seperti juga kapal itu, semua penumpang turut ghaib.
Semua penumpang yang berada di dalam kapal ketika kejadian aneh itu berlaku tidak ditemui terselamat menyebabkan tiada siapa yang mengetahui cerita mengenai punca kehilangannya.
Kapal persiaran mewah yang hilang secara misteri itu adalah milik sebuah syarikat perkapalan dari Australia. Ia diberi nama Waratah sempena mengambil nama sejenis bunga.
Waratah memiliki panjang 140 meter dan ketika hari kehilangan, ia memuatkan beban seberat 6,500 tan. Kapal itu masih baru dihasilkan iaitu kira-kira setahun sebelum ia hilang dan dibina syarikat pembuatan kapal dari Scotland.
Kapal persiaran itu dikatakan kapal yang paling besar dan mewah di seluruh dunia pada masa ia dibina dan ramai menggelarkannya sebagai ‘kapal yang tidak akan tenggelam sepanjang masa’.
Kelengkapan dalaman kapal itu sangat mewah, ia memiliki 100 kabin kelas pertama yang dikatakan lebih megah daripada Titanic, lapan ruang gergasi, salon dan pelbagai kemudahan persis hotel bertaraf lima bintang yang bergerak di atas air. Kapten kapal, Joshua E Ilbery, pula memiliki pengalaman pelayaran selama 30 tahun.
Sejak mengadakan pelayaran pertamanya dari England ke Australia, kapal yang menggunakan tenaga wap daripada arang batu sebagai tenaga penggerak itu menjadi popular terutama di kalangan aristokrat. Pelayaran sulong pada November 1908 disertai kira-kira 750 penumpang.
Kisah misteri mengenai kapal itu bermula pada Julai 1909 apabila Waratah sekali lagi mengadakan pelayaran dari England ke Australia dengan jumlah penumpang adalah 211 orang dan 6,500 tan barang muatan.
Diceritakan, sepanjang perjalanan, kapal megah itu sentiasa meriah mengadakan pelbagai pesta setiap masa dengan jamuan dan lampu dinyalakan terus-menerus bagi menghiburkan penumpang.
Dalam perjalanan, mereka singgah sebentar di Durban, Afrika Selatan untuk beristirehat dan memuatkan kelengkapan sebelum meneruskan perjalanan ke perhentian seterusnya iaitu Cape Town.
Pada 27 Julai tahun kejadian, selepas penumpang bersuka ria sepuasnya dengan melawat Durban, Waratah kembali bergerak menuju Cape Town. Bagaimanapun, seorang penumpang yang merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku, tidak meneruskan perjalanan bersama penumpang lain.
Entah mengapa, hati Claude Sawyer, sentiasa tidak tenteram sejak kapal itu mendarat di Durban. Lalu dia memutuskan untuk tidak meneruskan pelayaran bersama Waratah. Jurutera dan pengembara berpengalaman itu kemudian menghantar telegraf kepada isterinya di London dengan kata-kata: “Berikutan Waratah memiliki beban muatan yang lebih, saya turun di Durban,” dan mengambil keputusan untuk menunggu bagi menumpang kapal lain.
Nyata kebimbangan Sawyer menjadi tanda-tanda awal bagi kecelakaan yang bakal dihadapi Waratah. Selepas kapal itu berlepas, secara tiba-tiba keadaan laut dilanda badai yang disifatkan sebagai aneh dan jarang berlaku di permukaan laut.
Bagaimanapun, badai itu digambarkan tidaklah begitu teruk sehingga mampu menenggelamkan kapal. Diceritakan bahawa kapal kecil juga selamat mengharungi bencana alam itu dan secara logik pasti kapal besar seperti Waratah mampu melepasinya tanpa banyak masalah.
Tetapi keadaan sebaliknya berlaku apabila sebaik badai itu berakhir beberapa jam selepas itu, Waratah terus ghaib tanpa sebarang kesan! Kapal itu tidak tiba di Cape Town yang berjarak dua hari perjalanan dari Durban.
Angkatan Tentera Laut Australia segera dikerahkan untuk menjalankan operasi pencarian tetapi mereka tidak menemui sebarang jejak pelayaran kapal itu sepanjang perairan yang menghubungkan dua lokasi itu.
Segala-galanya mengenai Waratah ghaib melainkan seorang penumpang yang sempat turun di Durban selepas berasa tidak sedap hati dengan pelayaran itu.
Apabila berita kecelakaan yang menimpa Waratah menjadi gempar, ramai menumpukan kepada Sawyer lantaran hanya dia yang terselamat. Sawyer kemudian menceritakan bahawa dia mendapat bayangan ‘seorang lelaki yang berpakaian pelik memegang pedang panjang di tangan kanannya dan pedang itu diliputi darah.’
Malah satu lagi petanda buruk yang dikenal pasti adalah kapten pelayaran yang memeriksa kapal sebelum bertolak dari England menyatakan kegelisahannya bahawa muatan kapal terlalu berat sehingga badan kapal tertekan ke bawah, tidak seperti biasa.
Ramai pihak bagaimanapun tidak percaya yang kapal itu ghaib begitu saja. Lalu pada tahun kedua kejadian, ada ahli keluarga mangsa yang mengadakan gerakan mencari selama tiga bulan lamanya, namun mereka kembali dengan kehampaan.
Waratah tidak dilengkapi dengan komunikasi radio dan telegram menyebabkan apabila ia bertolak ke lautan bermakna tiada lagi perhubungan dengan daratan.
Kumpulan pencari dan penyelamat berpendapat bahawa kapal itu tenggelam di lautan luas namun lokasi tenggelam dan punca insiden masih menjadi teka-teki yang membingungkan.
Antara teori yang dikemukakan adalah reka bentuk kapal dan muatan yang terlampau berat menyebabkan kapal itu tenggelam selain pendapat lain adalah kapal itu ditarik ke dalam pusaran misteri di tengah samudera.
Pada 1925, seorang tentera udara yang sedang mengadakan penerbangan latihan mengatakan bahawa ia menemui sisa-sisa peninggalan kapal Waratah, namun tiada pihak yang mempercayai dakwaannya.
Pada 1962 pula, ketika hari cerah, angin reda dan laut tenang sehingga menampakkan jernihnya air laut, seorang juruterbang secara tiba-tiba melihat bentuk kapal yang tenggelam ketika terbang di kawasan perairan Afsel.
Juruterbang itu menggambarkan bentuk itu seperti: “Lambung kapal sangat besar, tidak tampak cerobong asap atau tiang kapal, namun tingkap sisi kapal dan pintu kabin dapat dilihat secara jelas.”
Selanjutnya pada 1999, ahli kaji bumi Afrika Selatan, Peter Lamuzy tampil mengatakan bahawa dia menemui sisa-sisa peninggalan Waratah, namun dua tahun kemudian, sebuah laporan lain menyangkal dakwaan itu.
Laporan itu menyatakan bahawa kapal yang ditemui Lamuzy adalah sisa peninggalan sebuah kapal selam milik Jerman yang karam pada saat Perang Dunia kedua.
Sehingga kini, lokasi dan punca sebenar hilangnya kapal persiaran mewah, Waratah yang turut digelar ‘Titanic Australia’ itu terus kekal sebagai misteri, rahsia dan teka-teki yang gagal dipecahkan.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home