jejak kanibal armin meiwes
nasron27
Jejak - pembunuh kanibal (makan daging manusia)
Susunan Nasron Sira Rahim
BAGI penduduk di Rotenberg, sebuah pekan kecil di Jerman, Armin Meiwes dikenali sebagai jiran yang baik dan berbudi bahasa. Senyuman manis yang sentiasa terukir di bibirnya amat menyenangkan sesiapa saja.
Tambahan pula lelaki kacak berusia 42 tahun itu kelihatan senang berkawan dan rajin membantu tetangganya - memotong rumput di halaman rumah, memperbaiki kenderaan atau sekadar berkunjung untuk makan malam.
Sepanjang mengenali juruteknik komputer itu, ramai penduduk pekan berkenaan sentiasa berbaik sangka dan tidak memiliki sebarang syak mengenai perlakuan atau tabiat pelik lelaki terbabit.
Sehinggalah pada 3 Disember 2003, semua tanggapan mereka itu tidak saja terbukti salah tetapi pengakuan daripada jejaki ‘budiman’ itu sendiri membuatkan semua penduduk pekan itu malah seluruh Jerman tergamam.
Dengan wajah yang terukir senyuman seperti biasa, Meiwes mengaku secara terang-terangan di mahkamah bahawa dia memakan daging seorang lelaki yang dibunuhnya selepas mereka berkenalan menerusi internet.
Pengakuan Miewes itu sememangnya mengejutkan penduduk negara itu. Membunuh mungkin jenayah berat yang selalu berlaku tetapi jika membabitkan bunuh, melapah dan memotong daging mangsa, menggoreng bersama herba sebelum memakannya seumpama hidangan lazat, ia adalah kes jenayah yang paling luar biasa di mana-mana negara termasuk Jerman.
Dalam keterangannya, Meiwes mengaku bertemu mangsanya, Bernd Brandes, 43, selepas memasang iklan di internet. Iklannya ditulis lebih kurang sebegini: “Dicari pemuda yang sihat dan bersedia untuk dimakan.”
Sekali baca, kita mungkin menyangka bahawa iklan itu adalah tidak serius atau jenaka tetapi Miewes sememangnya benar-benar menzahirkan niatnya menerusi iklan itu. Lebih memeranjatkan adalah iklannya itu mendapat sambutan malah dalam tempoh setahun, dianggarkan 430 lelaki memberi jawapan kepada iklan Meiwes menerusi emel.
Kebanyakan mangsa yang menawarkan tubuh mereka untuk dimakan Miewes terpaksa ditolak kerana terlalu gemuk. Akhirnya selepas membalas emel, menemuduga mangsanya menerusi telefon dan ‘menapis’ senarai sukarelawan yang diterimanya, Meiwes memilih Brandes.
Brandes adalah seorang jurutera komputer dari Berlin yang meminati kaum sejenis. Meiwes dan Brandes beberapa kali berutus emel dan dengan ayat memikat, Meiwes berjaya menggoda dan memperdaya lelaki itu.
Selepas berkenalan menerusi internet itu, kedua-dua mereka membuat keputusan untuk berjumpa bagi melaksanakan kerja gila itu. Amat memeranjatkan apabila ada individu di dunia yang secara sukarela mahu dirinya dibunuh kejam dan dagingnya dimakan manusia lain, tetapi itulah yang berlaku kepada Brandes.
Pada 9 Mac 2001, Meiwes bertemu dengan Brandes di sebuah stesen kereta api sebelum membawa lelaki itu ke rumahnya dan bermulalah kisah ngeri yang di luar jangkauan pemikiran manusia normal.
Sampai di rumah Meiwes, Brandes ditunjukkan bilik yang bakal menjadi tempat penyembelihan dan memotong dagingnya iaitu sebuah bilik tanpa tingkap di tingkat atas dengan pencangkuk daging dipasang di siling.
Selepas itu, dua lelaki berkenaan masuk ke dalam bilik tidur di rumah itu dan berbaring di atas katil. Meiwes ke dapur untuk mencampurkan 20 pil tidur dalam sebotol arak untuk diminum Brandes. Minuman bercampur pil itu dipercayai bagi menghilangkan kegelisahan, ketakutan dan rasa sakit pada mangsanya.
Semua perlakuan itu dirakamkan dengan jelas oleh Meiwes. Kemudian, dengan persetujuan Brandes, Meiwes memotong kemaluan lelaki itu. Brandes pada mulanya mahukan Meiwes menggigit kemaluannya sehingga terputus tetapi ia tidak berkesan menyebabkan mereka menggunakan pisau.
Meiwes mengambil pisau dan menetak kemaluan mangsanya tetapi ia tidak putus dan Brandes menjerit kesakitan. Brandes kemudian menyuruh Meiwes menggunakan pisau yang lebih tajam. Selepas kemaluannya terputus, Brandes cuba mengunyah kemaluannya tetapi ia amat liat menyebabkan Meiwes menggoreng bersama garam, lada dan bawang sebelum dihidangkan untuk makan malam mereka berdua.
Brandes bagaimanapun sudah dalam keadaan tidak bermaya dan hampir pengsan akibat kesakitan dan banyak kehilangan darah ketika ingin menikmati makan malam itu menyebabkan Meiwes memberinya ubat penahan sakit dan arak dalam kuantiti yang banyak.
Selepas menikmati makan malam dengan menu istimewa itu, dalam keadaan berdarah, Brandes direndam ke dalam tab mandi yang mengandungi air panas selama kira-kira 10 jam sementara Meiwes membaca novel Star Trek.
Menjelang pagi, selepas memberi ciuman terakhir, Brandes akhirnya mati apabila Meiwes mengheret lelaki itu ke bilik untuk melakukan penyembelihan dan menikam leher mangsanya menggunakan pisau dapur.
Lelaki kanibal itu kemudian melapah daging seberat kira-kira 30 kilogram daripada tubuh mangsanya. Daging terbabit dimasukkan ke dalam beg plastik kecil dan disimpan dalam peti sejuk di ruang bawah tanah, di bawah timbunan piza.
Selama 10 bulan selepas itu, Meiwes memasak daging Brandes sebagai makanan makan malamnya sedikit demi sedikit antaranya menggunakan minyak zaitun dan bawang putih malah dia pernah cuba membuat tepung dengan membakar dan menghancurkan tulang mangsa.
“Dalam setiap gigitan, ingatanku kepadanya (Brandes) semakin kuat,” katanya.
Meiwes juga menceritakan bahawa dia menikmati daging mangsanya itu dalam cara yang ‘romantis’ dan istimewa. Dia menggunakan koleksi peralatan makan yang terbaiknya, ditemani sebotol wain merah dari Afrika Selatan dan nyalaan lilin. Dia menyatakan bahawa rasa daging manusia itu mirip daging babi.
Organ yang tidak dikehendaki, termasuk gigi dan tengkorak mangsa pula ditanam di halaman rumah berdekatan tempat memanggang yang sering digunakan Meiwes untuk membakar daging Brandes.
Bila daging Brandes berkurangan, Meiwes mula mencari mangsa baru menggunakan saluran sama iaitu internet. Selepas mangsa pertamanya itu, Meiwes bertemu dengan lima lelaki lain yang memberi maklum balas kepada iklannya di internet.
Bagaimanapun, dia tidak sempat membunuh mereka. Pada Julai 2001, seorang pelajar yang menyertai forum ruang bincang Meiwes di internet yang diberi nama ‘Cannibal Café’; ‘Guy Cannibals’ dan ‘Torturenet’, melaporkannya kepada pihak berkuasa selepas mendapati bahawa apa yang dibualkannya dengan Meiwes dalam internet bukan sekadar jenaka.
Kira-kira 17 bulan selepas laporan itu dibuat dan pihak berkuasa berjaya mengumpul bukti dan keterangan saksi, Meiwes akhirnya ditahan. Ketika polis menyerbu rumah kanibal itu, mereka menemui baki daging Brandes seberat kira-kira tujuh kilogram dalam peti sejuknya.
Second element - mahkamah
KETIKA Armin Meiwes dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan, pihak pengadilan di negara itu menghadapi beberapa masalah dalam mengklasifikasikan jenayah yang dilakukan lelaki terbabit.
Ini disebabkan ada antara mereka berpendapat bahawa kanibal bukanlah suatu kesalahan mengikut undang-undang tambahan pula mangsa lelaki itu secara sukarela membenarkan dirinya dibunuh dan dagingnya dimakan.
Justeru, kes pembunuhan Meiwes itu menjadi hangat di negara itu lantaran ia adalah kes kanibal pertama yang dibicarakan di mahkamah. Ia turut mendapat liputan daripada agensi berita luar negara.
Pihak peguam bela berpendapat bahawa Meiwes hanya boleh disabitkan kesalahan mengikut tuduhan ‘membunuh untuk mendapat kenikmatan seksual’ atau ‘membunuh atas permintaan mangsanya’ manakala pihak lain mahukan lelaki itu didakwa mengikut tuduhan pembunuhan kejam.
Jika dia didakwa kerana membunuh dengan kejam, maka Meiwes akan menghabiskan seluruh sisa hidupnya di penjara tetapi jika sebaliknya, lelaki itu hanya mungkin dikenakan hukuman lima tahun penjara.
Punca pertelagahan pendapat itu adalah rakaman video yang dibuat lelaki itu sepanjang aktiviti pembunuhannya itu berlangsung. Dalam rakaman video itu jelas menunjukkan bahawa Brandes memberikan persetujuannya untuk dibunuh dan dimakan.
Malah, Meiwes dalam keterangannya mengatakan bahawa dia hanya bersalah kerana membantu Brandes untuk mati.
“Saya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendaknya (Brandes). Dia tahu yang dia boleh berhenti pada bila-bila masa tetapi dia tidak melarangnya. Dia ingin mati dan mahu tubuhnya dimakan.
“Dia memberitahu saya yang dia memiliki keinginan untuk disembelih dan dimakan sejak kecil. Dia sangat bijak dan saya tidak melihat sebarang tanda yang dia terganggu,” katanya.
Rakaman sepanjang malam itu nyata amat mengerikan dan mampu mengganggu psikologi sesiapa yang melihatnya. Ia ditunjukkan secara tertutup dalam mahkamah dan orang awam tidak dibenarkan melihatnya.
Rakaman selama empat setengah jam itu turut memaparkan bagaimana mangsa disembelih dan dilapah selain perlakuan seksual antara kedua-dua lelaki berkenaan.
Mengenai mangsa Meiwes iaitu Brandes, lelaki itu dikenali sebagai seorang profesional yang berjaya dalam hidupnya. Kepada televisyen Jerman, teman wanita Brandes, Bettina mengaku dia menikmati kehidupan seks yang hangat bersama lelaki itu tetapi mereka berpisah selepas Brandes mengaku menyukai kaum sesama jenisnya.
Brandes juga dikatakan menderita gangguan jiwa cukup berat dan lelaki itu memiliki hasrat kuat menghancurkan diri sendiri.
Sementara itu, pakar psikologi yang meneliti keadaan Meiwes menyatakan bahawa lelaki itu mengalami gangguan jiwa sejak dia kecil. Meiwes mengaku dirinya sangat kesepian dan sejak kecil, dia merasa diabaikan terutama selepas bapanya meninggalkan dia dan ibunya.
Dia mula memiliki fantasi untuk membunuh dan memakan daging mangsanya sejak berusia lapan tahun. Ketika itu, Meiwes membayangkan yang dia ingin merasai daging rakan sekelasnya selain sering berkhayal memiliki adik lelaki berambut perang, yang selalu bersamanya dengan cara ‘memakannya’.
Keinginan tidak normalnya itu semakin memuncak selepas kematian ibunya pada usia 77 tahun pada 1999. Akibat kematian ibunya itu, Miewes mewarisi rumah besar milik ibunya yang memiliki 44 bilik. Dia menyimpan semua perabot dan perhiasan antik yang digunakan ibunya, malah turut memakai pakaian wanita berkenaan dan meniru suara ibunya.
Dua tahun selepas kematian ibunya, lelaki itu tidak lagi boleh menahan dirinya daripada menjadikan angan-angan memakan daging manusia sebagai kenyataan menyebabkan dia mula meletakkan iklan dalam internet untuk mencapai hasratnya itu.
Meiwes pernah menyatakan sendiri hasratnya itu pada hari pertama dia dibicarakan dengan ungkapan: “Aku sering berkhayal melakukan hal itu (makan daging manusia). Sekarang, fantasi itu akhirnya menjadi kenyataan,” katanya.
Seramai 36 saksi dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes berkenaan antaranya adalah dua saksi yang nyaris menjadi korban lelaki itu selepas Brandes. Seorang daripada mereka adalah lelaki berusia 27 tahun iaitu, Pervert Dirk Moeller.
“Kanibal itu ingin memakanku,” kata Moeller, yang berasal dari London, United Kingdom ketika tampil sebagai saksi kes. Seperti Brandes, Moeller pada mulanya juga secara sukarela membenarkan tubuhnya dimakan Miewes. Bagaimanapun, dia membatalkan hasratnya pada saat-saat akhir akibat ketakutan.
Diceritakan, tubuh Moeller sempat dibungkus dengan kertas kaca oleh Meiwes selepas kedua-dua lelaki itu berbogel dalam bilik hotel. Meiwes kemudian menusuk tubuh lelaki kurus itu dengan tongkat dan menunjukkan bahagian yang ingin dimakannya seperti daging paha, punggung dan bahagian lain.
Walaupun pemuda itu turut memiliki fantasi untuk membenarkan daging dirinya dimakan, Moeller akhirnya ketakutan apabila Meiwes menunjukkan gambar mangsa yang digantung terbalik dan gambar lain yang mengerikan.
“Saya menolak untuk dimakan. Saya tidak ingin mengalami kejadian seperti lelaki dalam gambar itu,” katanya.
Disebabkan Moeller membatalkan hasrat untuk membenarkan dirinya dimakan, Meiwes tidak meneruskan tindakan kejam itu sebaliknya mereka menukar rancangan dengan menonton filem ‘Ocean’s Eleven’ di pawagam.
“Dia tidak ingin menyakiti saya,” kata Moeller yang sentiasa kelihatan takut. Selain Moeller, seorang lagi saksi yang nyaris dimakan Meiwes adalah lelaki Jerman, Joerg Buesse, 34, dan dia mengaku sempat singgah dan mengelilingi rumah Meiwes.
Seperti mangsa lain, Buesse turut memiliki fantasi yang sama iaitu inginkan daging dirinya dimakan manusia lain. Bahagian tubuh Buesse yang ingin dimakan Meiwes sudah ditandai tetapi akhirnya lelaki itu turut membatalkan niatnya.
Selepas mendengar keterangan saksi dan hujah antara peguam bela dan pendakwa raya, mahkamah membuat keputusan mengejutkan apabila memutuskan Meiwes tidak bersalah kerana membunuh Brandes kerana mangsa merelakannya.
Sebaliknya, hakim yang mengadili Meiwes menyatakan bahawa lelaki itu hanya didapati bersalah kerana ‘melakukan penyembelihan’ terhadap mangsanya dan dia dihukum penjara selama lapan tahun enam bulan akibat tindakannya itu.
Namun, April tahun itu, sebuah Mahkamah Agung Jerman memutuskan yang hukuman itu terlalu ringan dan Meiwes sepatutnya dibicarakan buat kali kedua dengan tuduhan baru iaitu membunuh.
Pada perbicaraan semula, pihak pendakwa raya berhujah bahawa Meiwes masih memiliki keinginan dan fantasi untuk terus menikmati daging lelaki muda menyebabkan lelaki itu masih berbahaya dan tidak sepatutnya dibebaskan untuk berada dalam masyarakat.
Mahkamah pada Mei lalu kemudian menjatuhkan hukuman baru kepada Meiwes sekali gus melegakan ramai pihak. Daripada penjara selama lapan tahun enam bulan, lelaki itu dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Kini ketika menghabiskan masanya dalam sel penjara, Miewes yang turut digelar ‘Kanibal Rotenburg’ dan ‘Pakar Penyembelih’ dikatakan melakukan sesuatu yang pelik dan jarang difikirkan orang ramai - dia sedang menulis biografi mengenai dirinya.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home