misteri stonehenge
nasron33
Misteri - stonehenge
Oleh Nasron Sira Rahim
ANTARA misteri yang terus menyelubungi binaan aneh Stonehenge di Wiltshire, England selama ribuan tahun adalah proses pembinaannya yang nyata membingungkan ramai penyelidik dan ahli kaji purba.
Ini disebabkan batu biru raksasa yang digunakan untuk membangunkan Stonehenge dikatakan berasal dari pergunungan Prescelly, Wales yang terletak kira-kira 340 kilometer daripada lokasi ia dibina.
Memikirkan bahawa terdapat kira-kira 80 batu yang digunakan untuk membina Stonehenge malah beratnya melebihi puluhan tan, pasti sukar untuk mencari kaedah bagi memindahkan batu itu menyusuri lembah berbukit dan lautan sejauh Kuala Lumpur ke Johor Bahru.
Tambahan pula binaan itu dibangunkan lebih 4,000 tahun lalu tatkala zaman ketika itu digambarkan kuno dari segi sains dan teknologi. Justeru, bagaimana pembuatnya mengangkut batu yang amat berat itu sejauh ratusan kilometer?
Persoalan itu terus diperdebatkan sehingga kini namun jawapan yang benar-benar pasti bagi merungkai teka-teki itu masih menjadi misteri. Jawapan yang ada pula hanyalah teori yang terlintas di minda pengkaji dan penyelidik.
Stonehenge terdiri daripada batuan raksasa yang disusun berdiri dan bertindih membentuk seakan huruf ‘l’, ‘n’ dan ‘m’ sehingga membentuk satu bulatan.
Di bahagian monumen Stongehenge terdapat lingkaran parit yang memiliki diameter sekitar 115 meter dengan sebuah pintu gerbang di bahagian timur laut. Di bahagian luarnya pula terdapat kira-kira 59 lubang yang dikenal sebagai lubang Aubrey.
Sejak ditemui, pelbagai misteri menyelubungi binaan itu sehinggakan ia diiktiraf sebagai satu daripada Lokasi Warisan Dunia oleh UNESCO pada 1986. Sehingga kini, ahli arkeologi dan penyelidik masih menjalankan kajian bagi memecahkan teka-teki di sebalik pembinaan monumen berkenaan.
Tatkala melihat betapa anehnya binaan monumen purba itu, pelbagai persoalan menjengah ke kotak pemikiran - apakah tujuan ia dibina, apakah erti susunan dan reka bentuk batu itu, siapa yang membinanya serta bila ia dibangunkan?
Apabila kajian mendapati bahan binaan iaitu batu biru seberat antara satu hingga 45 tan itu diperoleh dari Wales yang terletak kira-kira 340 kilometer dari Wiltshire, pasti misteri itu semakin memeningkan. Bagaimana pula batu itu dipindahkan?
Masih banyak kontroversi mengenai tarikh monumen itu dibina. Sebahagian besar ahli arkeologi berpendapat bahawa tempat itu dibangunkan sekitar 2,500 Sebelum Masihi (SM) dan 2000 SM. Sesetengah yang lain berpendapat ia dibina sekitar abad 3100 SM.
Teori yang lebih menarik adalah proses pembinaan itu dilakukan selama kira-kira 2,000 tahun sebelum siap dan tugas membangunkannya diwarisi dari generasi ke generasi. Prosesnya dimulakan sekitar 3,100 SM dan siap pada 1,100 SM.
Pastinya pembinaan Stonehenge adalah suatu yang amat penting jika memikirkan bahawa penduduk sanggup menghabiskan seumur hidup mereka malah selama puluhan generasi semata-mata untuk menyiapkannya. Tetapi persoalannya, apakah tujuan ia dibina?
Ada beberapa teori dikemukakan berhubung fungsi atau tujuan Stonehenge. Antaranya, adalah lokasi itu dikatakan sebagai tanah perkuburan. Stonehenge juga dikatakan pernah menjadi tugu peringatan kepada 400 bangsawan yang dibunuh pemerintah, Hengist pada tahun 472 kerana dianggap pengkhianat.
Teori lain mengatakan bahawa Stonehenge dibangunkan sebagai kuil pemujaan dukun bahkan ramai yang percaya bahawa monumen itu berkait rapat dengan legenda Merlin, penyihir tersohor di kawasan itu. Bagaimanapun pendapat itu disangkal beberapa penyelidik kerana praktik dan amalan dukun dikatakan masih belum wujud di England sehingga tahun 250 SM.
Tempat itu juga dikatakan candi pemujaan milik bangsa Romawi yang dipersembahkan untuk Dewa Caelus selain dibangunkan untuk memuja langit.
Baru-baru ini, beberapa penyelidik dari Kanada tampil mengemukakan teori bahawa Stonehenge adalah simbol kepada kemaluan wanita berdasarkan struktur kedudukan batu itu yang dikatakan menyerupai struktur anatomi seksual wanita.
Teori yang lebih ilmiah pula mengatakan bahawa fungsi Stonehenge adalah sebagai lokasi untuk mengkaji astronomi dan digunakan untuk mengira kedudukan bintang dan perhitungan kalendar.
Diceritakan, menerusi reka bentuk dan kedudukan batu itu, ahli astronomi purba mampu meramal dan menanda berbagai peristiwa penting dalam kalendar prasejarah seperti mengukur pergerakan matahari, bulan, bintang dan mampu menganggarkan waktu pertukaran musim.
Pastinya teori ala fiksyen mengaitkan lokasi monumen itu sebagai tapak pendaratan kapal angkasa makhluk asing.
Seperti juga tanda tanya mengenai tujuan Stonehenge dibina, misteri berhubung dari mana batu biru yang menjadi asas binaannya diperoleh turut menjadi isu pertelagahan pendapat antara penyelidik.
Ada ahli geologi mengemukakan pendapat bahawa batu itu sampai ke Wiltshire akibat dihanyutkan glasier pada zaman ais sekali gus menyangkal teori yang dikemukakan lebih awal bahawa ia dibawa dari kawasan pergunungan dengan usaha dan tenaga manusia menyebabkan Stonehenge mengambil masa lama untuk disiapkan.
Malah, teori bahawa batu berat itu dibawa manusia merentasi bukit dan lautan untuk sampai ke lokasi pembinaan terbukti sukar dilaksanakan berdasarkan eksperimen yang dijalankan pada 2001.
Dalam uji kaji menggunakan kayu balak dan tali itu, sukarelawan berjaya menarik batu berkenaan di atas kayu luncur di daratan tetapi apabila diangkut ke replika bot prasejarah bagi dipindah mengikut jalan laut merentasi Selat Bristol, batu itu tenggelam.
Tanpa kayu peluncur itu, usaha mengangkat dan membawa batu raksasa yang beratnya mencapai puluhan tan itu memerlukan tenaga ratusan orang.
Kesukaran memecahkan misteri batu biru raksasa itu menyebabkan ada pihak mengemukakan teori mudah iaitu batu itu dipindahkan gergasi, makhluk asing selain menggunakan jin dan dan ilmu sihir.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home