ghostbuster
nasron34
Dimensi - menewaskan hantu.
Oleh Nasron Sira Rahim
FILEM Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas di minda kebanyakan kita - hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dengan peralatan sains dan teknologi.
Ketika kebanyakan pihak dihantui perasaan takut dan seram hanya sekadar membicarakan perihal makhluk ghaib itu, ramai antara kita tidak menyedari bahawa kajian sains dan teknologi menemui beberapa ciri-ciri kelemahan jin dan hantu.
Seterusnya kajian itu membawa kepada penemuan menakjubkan sekali gus membuktikan tanggapan bahawa kejadian jin dan hantu yang tidak mampu disingkap atau ditewaskan adalah tidak tepat malah usaha ke arah itu tidak mustahil dilakukan.
Berbeza dengan ahli agama, penyelidik cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan hantu dan jin dari sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita!
Siapa menyangka bahawa fiksyen sains dan dongeng seperti drakula akan terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada waktu siang serta boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; sebenarnya berasas dan benar.
Malah beberapa kepercayaan yang dianggap kurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!
Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa, Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, berkata seperti manusia yang terbentuk daripada unsur sains biologi, kimia dan fizik; hantu atau jin juga turut dikenal pasti menerusi sains.
Beliau bagaimanapun berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad yang menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi.
“Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana mereka bebas daripada jisim, tidak terikat dengan graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada sel yang pejal untuk menjadi khalifah Allah di Bumi.
“Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema,” katanya yang menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun.
Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin dari sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.
“Tidak perlu sampai memukul dan bertindak ganas terhadap pesakit yang dirasuk jin atau hantu untuk memulihkan mereka. Sekarang sains dan teknologi sudah menemui kaedah pemulihan yang mampu menghindari gangguan jin dan hantu.
“Kita bukan ingin berlawan dengan hantu dan jin sebaliknya usaha kita adalah untuk memulihkan mangsa yang diganggu makhluk itu,” katanya.
Dr Noorhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan dan emosi diri.
Malah badan manusia yang memerangkap gelombang yang ‘tidak sihat’ juga mampu memberikan kesan terhadap kesihatan seperti tertekan, letih dan malas. Lebih membimbangkan adalah gelombang jin mampu menjejaskan kesihatan fizikal sehingga mencederakan organ badan, menyebabkan ketumbuhan, kanser, jerawat, kerosakan organ tubuh termasuk perut membusung.
“Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan kepada doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin,” katanya.
Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan hantu itu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu.
Suatu gelombang yang lebih kuat dimasukkan secara berterusan sehingga mengganggu gelombang jin dan hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian itu dan apabila jin dan hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit akan kembali pulih.
“Bagi saya gangguan hantu tidak berbahaya, ia hanya rasukan saja dan apabila disapu gema atau gelombang, gangguan akibat rasukan atau ilusi pesakit boleh hilang. Contohnya apabila pesakit histeria atau dirasuk, jika kita membaca surah Yaasin, jin yang berada dalam tubuh mangsa akan menjadi agresif dan tubuh mangsa menjadi medan pertembungan.
“Sebaiknya hanya sapukan air sejuk atau ais supaya gelombang bahan itu akan mengeluarkan gelombang rasukan serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa,” katanya.
Beliau berkata, berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara yang lebih bahaya adalah sihir iaitu manusia membuat perjanjian dengan syaitan.
“Ini lebih berbahaya dan dimurkai Allah. Ia mampu menjadi saka, menyebabkan isteri membenci suami secara tiba-tiba, menyebabkan gangguan terhadap kesihatan fizikal dan menyebabkan pasangan tidak mendapat anak,” katanya.
Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Pihaknya akan memasukkan gelombang yang berfrekuensi rendah secara berterusan untuk menghalau gelombang jin dari rahim isteri.
“Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui pelbagai benda asing seperti habuk kayu, kala jengking dan permata terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila gelombang dipancarkan,” katanya.
Kajian beliau juga mendapati zikir memiliki gelombang yang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang dan masa pada tubuh manusia dan menjadikannya ‘pejal’ menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing.
Selain itu, kajian lain mendapati hantu akan menjauhkan diri apabila mendengar bunyi atau menerima gelombang yang frekuensinya melebihi 20 hertz sama ada letupan mercun, jeritan, takbir atau bacaan ayat suci.
Usaha untuk memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti yang kita bayangkan, tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh disimpan dan diperangkap di dalam pil.
“Kami sudah menciptakan alat radionik iaitu teknologi untuk merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam pil dan pesakit hanya perlu memakan pil secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam badan,” katanya.
Beliau berkata, ubatan kimia tidak mungkin dapat menghindari jin untuk keluar daripada tubuh seseorang tetapi ia sekadar dapat mencederakan makhluk ghaib itu. Ramai penduduk tidak mengetahui bahawa terdapat banyak perkara yang dapat menghindari atau mencederakan jin. 30
“Cerita Drakula yang akan terbakar jika didedahkan kepada matahari, teori itu adalah benar. Hantu adalah gelombang buruk yang tidak seimbang dan tidak memiliki gelombang magnetik manakala cahaya matahari berfungsi untuk menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang yang tidak seimbang terdedah kepada cahaya matahari, ia akan musnah dan menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar.
“Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti cerita Ghostbuster adalah benar.
“Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana ia mampu memerangkap gelombang buruk yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia. Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang buruk. Perkara seperti ini bukan kurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya,” katanya.
Suatu fakta yang ironi adalah kebanyakan manusia terlalu takutkan hantu walaupun perkara sebenar adalah hantu juga takut untuk berhadapan dengan manusia kerana di dalam penglihatan manusia terdapat cahaya foton yang mampu mencederakan mereka.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home