yap ah loy
nasron30
Jejak - Yap Ah Loy
PROFIL
YAP TET LOY
Nama lain: Yap Ah Loy, Yap Mao Lan.
Tempat lahir: perkampungan Tam Shui di daerah Kwai Yap, Guangdong, China.
Tarikh lahir: 14 Mac 1837
Tarikh kematian: Mac 1885
Sumbangan: membangunkan Kuala Lumpur daripada pekan kecil dikelilingi hutan dan lombong menjadi pekan besar; ketua penduduk Cina di Kuala Lumpur.
Susunan Nasron Sira Rahim
MENYUSURI jalan yang dipenuhi deretan rumah kedai di pekan besar itu, Yap Tet Loy, 47, mampu tersenyum dan menghela nafas puas melihat keriuhan dan kesibukan orang ramai bergerak ke sana ke sini menjalankan pelbagai urusan.
Suatu ketika dulu, dia sendiri tidak menyangka bahawa kedatangannya ke negara asing itu bakal membawa perubahan besar terhadap kehidupan dirinya sendiri khususnya keadaan di pekan besar itu.
Mengimbau kenangan lalu, masih diingat kelibat seorang remaja naif berusia 17 tahun yang menumpang jong membelah samudera luas menuju horizon yang tidak pernah dijejaki. Ketika itu dia cuma mengharapkan kehidupannya akan menjadi lebih baik di tanah orang.
Sejak kecil, dia melihat sendiri betapa sukarnya meneruskan kehidupan di tanah kelahirannya, sebuah kampung digelar Tam Shui di daerah Kwai Yap, Guangdong, China. Ketika dilahirkan pada 14 Mac 1837, Dinasti Qing sudah mengalami zaman kejatuhannya.
Ketika dia berusia tiga tahun pula, Perang Candu antara China dan Britain tercetus di Dongyuan Wumen, tidak jauh daripada kampungnya menyebabkan dia serta penduduk kampung membesar ditemani kesusahan.
Justeru, mungkin menyedari bahawa kehidupan di kampungnya tidak menjanjikan sebarang harapan indah, Yap mengambil keputusan untuk turut menyertai ramai penduduk negara itu berhijrah mencari sinar kehidupan di tanah asing.
Berbekalkan 80 syiling gangsa, dia menaiki jong daripada Macau menuju Melaka, suatu tempat yang amat asing baginya. Nasibnya dipertaruhkan bak pepatah untung sabut, timbul di permukaan air atau mungkin untung batu, tenggelam.
Kini, watak remaja naif itu sudah jauh ditinggalkan waktu. Tiga puluh dua tahun mengubah kehidupannya. Daripada harapan menggunung; ditemani pelbagai pengalaman, senyuman dan titisan darah, dia berjaya membawa sumbangan besar kepada tanah asing itu.
Daripada pekan kecil yang dikelilingi hutan dan lombong, Yap Tet Loy atau lebih dikenali sebagai Yap Ah Loy oleh ramai pihak memimpin penduduk Kuala Lumpur yang kebanyakannya pelombong Cina membangunkan kawasan itu.
Seterusnya daripada pekan kecil, dia menggubal pelbagai peraturan dan menyusun struktur penempatan sehingga pekan ‘koboi’ itu menjadi pekan besar. Melewati masa, usahanya membangunkan Kuala Lumpur semakin bermakna apabila kota itu dipilih menjadi ibu negeri Selangor seterusnya Wilayah Persekutuan dan ibu negara Malaysia.
Bagaimanapun Yap menyedari, jauh perjalanan kisah hidupnya membangun kota Kuala Lumpur diharungi dengan seribu erti kepayahan. Dia pernah ditembak, diburu, berperang dan mengalami saat-saat sukar yang meruntun emosi dan jati diri.
Apabila jong yang dinaikinya mendarat di Melaka sekitar 1854, dia disambut saudara jauhnya, Yap Ket Si yang terlebih dulu menetap di Tanah Melayu. Adalah menjadi perkara biasa di kalangan masyarakat Cina untuk membantu saudara mereka yang baru berhijrah ke tanah asing memulakan kehidupan sehingga memperoleh pekerjaan.
Kehidupan awalnya di Melaka banyak dibantu Yap Ket Si dan saudaranya itu menolongnya mendapatkan pekerjaan awal sebagai pelombong timah di Durian Tunggal, Melaka.
Bagaimanapun, aktiviti perdagangan dan ekonomi di Durian Tunggal tidak begitu baik menyebabkan Yap berhenti selepas empat bulan. Seterusnya dia merantau ke Kesang dan bekerja di kedai milik seorang lagi saudara jauhnya, Yap Ng.
Yap Ah Loy tinggal di Kesang selama setahun. Atas konflik tertentu, Yap Ng memberi wang kira-kira RM100 dan mengarahkan pemuda itu kembali ke China. Dia yang tidak berani membangkang arahan itu menuju ke Singapura untuk mendapatkan kapal untuk pulang ke China.
Dalam perjalanannya ke Singapura, Yap Ah Loy hilang semua wangnya akibat berjudi seterusnya menimbulkan dilema terhadap dirinya. Dia tidak lagi dapat pulang ke China malah malu pula untuk terus meminta pertolongan saudaranya.
Dalam kebuntuan, Yap Ah Loy mengatur langkah untuk ke Lukut bagi mencari hidup baru. Lukut ketika itu memang dikenali sebagai pekan yang sibuk di Selangor selepas kawasan bijih timah dijumpai di kawasan itu sekitar 1840-an. Ramai penduduk dari China dibawa masuk untuk melombong timah.
Yap Ah Loy tiba di Lukut pada 1856 dan nasibnya baik apabila diterima bekerja sebagai tukang masak. Menjadi tukang masak memberikan beberapa kelebihan kepadanya - selain makan percuma dan menerima upah, pelombong akan memberikan tips beberapa sen kepadanya apabila mereka mendapat upah bekerja.
Selepas tiga tahun, Yap berjaya mengumpul sedikit wang dan dengan tambahan pinjaman daripada rakannya, dia memulakan perniagaan kecil-kecilan. Yap membeli babi untuk ditukarkan dengan bijih timah daripada pelombong dan bijih yang diperoleh kemudian dijual kepada peraih untuk mendapat sedikit keuntungan.
Perniagaannya semakin maju sehingga dia mampu meluaskan perniagaannya ke Sungai Ujong dan Rasah, Negeri Sembilan. Keinginannya untuk menceburkan diri dalam perniagaan menjadi kunci kepada episod kejayaan besarnya.
Dia mula mengenali ramai kenalan antaranya Liu Ngim Kong, panglima kepada Kapitan Cina (ketua masyarakat Cina) Sungai Ujong, Shin Kap. Apabila dia ke Rasah untuk menjalankan perniagaannya, dia akan tinggal di rumah Liu.
Ketika itulah juga dia bertemu dengan seorang lagi rakan iaitu Yap Ah Shak dan atas cadangan pemuda itu itu, Yap diterima menjadi pembantu kepada Liu Ngim Kong seterusnya menyertai kumpulan Shin Kap.
Kehidupannya agak baik sejak menyertai pakatan itu sehinggalah awal 1860 apabila konflik tercetus antara dua ketua suku di kawasan itu berhubung lombong timah. Persengketaan yang semakin buruk itu akhirnya mencetuskan peperangan.
Pelombong di kawasan itu turut berpecah kepada dua kumpulan berasingan mengikut sokongan dua ketua suku berkenaan dan satu daripada kumpulan itu diketuai Shin Kap.
Suasana tegang tercetus dengan pembunuhan dan pertempuran berlaku terus menerus sehingga menyebabkan ramai pelombong terkorban. Dalam peperangan itu, kumpulan Shin Kap paling teruk ditentang lantaran mereka kekurangan senjata.
Ramai ahli kumpulan itu terkorban manakala mereka yang bernasib baik berjaya melarikan diri ke Lukut dan mendapatkan perlindungan daripada Raja Jumaat (kerabat diraja Riau dan menantu Sultan Selangor, Sultan Muhammad).
Seperti nasib kebanyakan ahli kumpulannya, Yap dan rakannya turut cedera dan melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa masing-masing. Liu Ngim Kong yang cedera di kaki akibat terkena tembakan meriam berlindung di rumah rakannya, Yap Fook selama beberapa minggu untuk memulihkan kecederaan.
Shin Kap dan beberapa pengikutnya yang melarikan diri ke dalam hutan pula mula hilang arah dan sesat. Dalam kelaparan akibat kekurangan makanan, mereka merancang untuk ke Sungai Ujong bagi mendapatkan pertolongan daripada sekutu mereka.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila dalam perjalanan ke Sungai Ujong, kumpulan itu ditahan musuh dan kepala Shin Kap dipancung.
Apabila yakin ketuanya sudah dikalahkan, Yap Ah Loy melarikan diri ke dalam hutan dan menumpang perlindungan di sebuah rumah penduduk. Pihak musuh kemudian menjumpainya dan menyerang hendap rumah berkenaan pada waktu malam.
Tembakan pihak musuh menyebabkan Yap Ah Loy cedera di paha tetapi berjaya meloloskan diri ke dalam hutan. Dalam keadaan lemah akibat kekurangan darah dan hanya mampu menunggu ketibaan ajal, Yap dijumpai dan diselamatkan rakannya pada keesokan hari. Mereka kemudian melarikan diri ke Lukut.
Peperangan dahsyat itu akhirnya tamat kira-kira enam bulan kemudian selepas mengorbankan kira-kira 4,000 nyawa. Pihak bertelagah mula berdamai dan penduduk mula bercampur gaul bagi memulakan kehidupan baru.
Satu pilihan raya diadakan untuk memilih Kapitan Cina Sungai Ujong yang baru selepas Shin Kap terbunuh. Yap Ah Shak dipilih dengan sebulat suara tetapi dia menolak dengan alasan mahu menumpukan kepada perniagaannya.
Penolakan Yap Ah Shak menyebabkan penduduk menawarkan pula jawatan itu kepada Yap Ah Loy dan tugas itu diterima pemuda berkenaan.
Sepanjang kira-kira tujuh tahun berhijrah ke Tanah Melayu, nasib Yap Ah Loy berubah daripada seorang remaja mentah dan pendatang China kepada Kapitan yang mengetuai ribuan penduduk Cina di Sungai Ujong ketika itu.
Sementara itu, kematian ketua mereka iaitu Shin Kap menyebabkan Liu Ngim Kong berpindah ke Kuala Lumpur pada 1861. Di pekan itu, Liu menjadi ketua panglima kepada Kapitan Cina Kuala Lumpur yang pertama iaitu Hiu Siew.
Bagaimanapun, setahun selepas Liu menjadi ketua pa

0 Comments:
Post a Comment
<< Home