tinju lagenda
nasron29
Tinju3
Oleh Nasron Sira Rahim
KETIKA ini, mungkin tidak ramai lagi penduduk yang mengenali nama-nama besar lagenda dunia tinju profesional tempatan walaupun mereka pernah membawa nama negara terkenal di peringkat antarabangsa.
Seperti pupusnya dunia tinju profesional ketika ini, begitulah juga semakin pupus ingatan terhadap peninju berjasa berkenaan daripada minda orang ramai walaupun pada zaman sebelum merdeka dan sebelum 1960-an adalah era kegemilangan mereka.
Sekadar mengulas beberapa nama besar lagenda peninju profesional, antara mereka adalah Murgass Stephen atau lebih dikenali dalam dunia tinju profesional sebagai ‘Young Jackson’ yang menggegarkan dunia tinju profesional dengan kehebatannya sekitar 1930-an.
Beliau adalah peninju yang digeruni dan terkenal kerana memegang rekod juara Malayan Flyweight selama lapan tahun berturut-turut sehinggalah dia bersara pada 1945.
Pada zaman kegemilangannya, kemasyhuran namanya sebagai ikon dunia tinju negara menyebabkan gelaran ‘Young Jackson’ turut tertera sebagai alais dalam kad pengenalannya selepas namanya dicetak pada kad itu.
Sebagai seorang yang kidal, Young Jackson terkenal dengan tumbukan cangkuknya yang berjaya menumpaskan ramai lawan terkenal di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa, dalam pertandingan diceburinya.
Kerjaya cemerlangnya dalam sukan tinju profesional membawanya berlawan di seluruh Tanah Melayu, Singapura, Thailand dan Indonesia. Saat kemuncak dalam bidang diceburinya pada 1937 di mana Young Jackson bertanding dalam pertandingan yang diadili pelawak filem bisu terkenal ketika itu, Charlie Chaplin!
Sepanjang kira-kira 150 perlawanan tinju profesional yang disertainya, Young Jackson nyata berbakti kepada negara apabila berjaya meletakkan nama negara dalam peta tinju dunia.
Pencetus kegemilangannya bermula ketika menuntut di Penang Free Scholl di Pulau Pinang. Ketika rakan lain memilih bola sepak dan hoki sebagai sukan diminati, beliau menyertai tinju.
Bakatnya disedari promoter tinju ketika itu, Billy George dan melatihnya selama dua tahun sebelum membawanya menyertai dunia tinju profesional kerana yakin dengan potensi anak didiknya.
‘Gelombang’ Young Jackson seterusnya mula melanda negara selepas dia berjaya menumpaskan Juara Malaya, M Suppiah pada 1938.
Selain Young Jackson, K Govindan atau ‘Fighting Kid’ mewarnai dunia tinju profesional sekitar 1950-an malah namanya tercatat sebagai antara peninju profesional lagenda negara terutama di Perak.
Beliau kerap menyertai pertandingan tinju enam pusingan di negeri itu yang menawarkan hadiah RM50 bagi pemenang dan RM35 bagi peserta yang tewas; dan tinju 10 pusingan dengan hadiah RM100 bagi pemenang dan RM80 bagi yang kalah.
Pertandingan pada Khamis setiap minggu dan diadakan di Jubilee Park mengangkat nama ‘Fighting Kid’ sebagai peninju yang dikenali, setaraf Battling Sima, Tiger Aman, Ipoh Kid dan Kid Cabanella. Gelarannya itu diberikan peninju Kid Cabanella.
Fighting Kid memulakan latihan tinjunya sebagai peninju amatur pada 1939 ketika usianya mencecah 21 tahun, sebelum kedatangan tentera Jepun ke Tanah Melayu. Selepas tamatnya era peperangan, dia menceburi tinju profesional.
Sepanjang dunia tinju yang diceburinya, dia bertanding dalam 200 perlawanan dan memenangi separuh daripada jumlah itu sebelum bersara pada 1962 dengan pencapaian terbaiknya sebagai juara Flyweight Perak pada 1957.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home