misteri piramid
nasron26
Misteri - piramid
Oleh Nasron Sira Rahim
BENARKAH piramid dibina oleh manusia pada zaman dulu kala? Persoalan itu terus berlegar di sekeliling penyelidik dan saintis yang terus mengkaji binaan misteri itu sejak ia dibina ribuan tahun lalu.
Dengan tanggapan bahawa kemampuan sains dan teknologi di dunia ini baru berkembang kurang 2,000 tahun lalu, pasti sukar untuk mengandaikan bagaimana bangunan raksasa itu dibina pada tahun Sebelum Masihi (SM).
Bayangkan, untuk membina bangunan raksasa pada masa kini, kita memerlukan pakar kaji bumi, jurutera, arkitek dan pelbagai jentera yang dibina berasaskan teknologi bagi mengangkat bahan yang berat dan menyudahkan binaan.
Justeru, adakah terdapat pakar dalam bidang fizik, kejuruteraan, binaan dan jentera hebat lebih 2,000 tahun lalu yang digunakan untuk membina piramid? Binaan itu membabitkan kira-kira dua juta batu dengan berat setiap satu adalah satu tan malah terdapat kira-kira 104 piramid di Mesir.
Ada pendapat mengatakan bahawa dengan teknologi moden ketika ini, manusia masih belum mampu membina piramid seperti di Mesir.
Misteri yang terdapat pada piramid tidak saja mengenai proses binaannya tetapi juga ‘kuasa’ yang terdapat di dalamnya. Piramid dikatakan menghasilkan kuasa hebat sehinggakan sampah dan bangkai dalam bangunan itu tidak busuk sebaliknya hanya mengering. Pengkaji yang bekerja dalam piramid juga merasakan tubuh mereka lebih sihat dan kuat.
Piramid Mesir pertama dibina pada Zaman Kerajaan Lama oleh arkitek Imhotep untuk Raja Zoser iaitu sekitar 2,650 SM. Piramid yang paling terkenal ialah di Giza, Mesir iaitu Piramid Besar Kufu yang dikenali sebagai satu daripada tujuh benda ajaib di dunia.
Piramid Kufu siap dibina pada 2600 SM, mengambil masa 20 tahun, mengandungi dua juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan dan tapaknya pula seluas lima hektar manakala ketinggiannya mencecah 150 meter.
Pastinya misteri yang paling kerap dibincangkan adalah bagaimana dua juta batu seberat satu tan setiap satu, disusun sehingga membentuk piramid. Pelbagai teori dikemukakan mengenai hal berkenaan.
Antara teori yang bersangkut-paut dengan misteri lain adalah kemungkinan bangunan itu dikatakan dibina dengan bantuan makhluk asing. Teori yang tidak kurang menarik dan dianggap ironi dengan tanggapan manusia adalah kemungkinan tamadun terdahulu memiliki teknologi yang lebih canggih daripada masyarakat sekarang.
Jika kemungkinan itu berlaku, maka tidak mustahil piramid dapat dibina. Kemungkinan juga disebabkan faktor tertentu, teknologi silam itu ‘lesap’ ditelan zaman sehingga kita beranggapan bahawa masyarakat dulu tidak maju dari segi sains dan teknologi.
Teori mengikut logik akal pula adalah ia dibina ratusan ribu hamba abdi yang memahat dan membentuk batu dari kuari berdekatan sebelum menggerakkannya menggunakan batang pohon yang bulat.
Berbanding teori berkenaan, menerusi kitab suci al-Quran, kita turut diberikan beberapa penjelasan mengenai umat terdahulu antaranya mengenai kisah Nabi Sulaiman AS. Menerusi surah Saba, ayat ke-13, Allah SWT berfirman:
“Golongan jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendakinya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.”
Kekuatan pengikut Nabi Sulaiman pula tertera dalam surah an-Naml, ayat ke-38 hingga ke-40 seperti kisah baginda memerintahkan supaya pengikutnya membawa istana Ratu Balqis ke tempatnya.
“Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): “Wahai pegawaiku! Siapakah antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsana (milik Ratu Balqis) sebelum mereka datang menghadap aku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?
“Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakan kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat lagi gagah serta amanah. Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari kitab Allah: “Aku akan membawakan kepadamu dalam sekelip mata.”
Justeru mungkinkah penerangan dari al-Quran itu turut memiliki hubung kait dengan proses pembinaan piramid? Berikutan kita tidak dapat bergerak ke masa lampau, maka proses pembinaan piramid itu kekal menjadi rahsia.
Sementara itu, Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa, Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, berkata misteri piramid tidak saja terletak kepada proses pembinaannya tetapi juga bentuknya yang memiliki rahsia alam mengenai kehidupan.
Beliau berkata, piramid adalah model atom yang nyata serta meliputi kajian fizik kuantum. Setiap atom menghasilkan getaran bertenaga yang konsisten.
“Piramid yang dibina menurut ukuran panjang dan sudut yang tepat seperti dari sisi ke atas dan tapaknya, ia akan menghasilkan getaran tenaga yang menyamai getaran atom seterusnya menghasilkan gema konsisten. Gema di puncak piramid adalah tidak terhingga ukurannya,” katanya.
Katanya, piramid adalah suatu elemen dalam rahsia bentuk yang menyerap cahaya putih memecahkannya kepada tujuh spektrum warna seperti pelangi melalui proses tekanan dan pemindahan tenaga. Tujuh spektrum warna ini akan bertukar kepada warna putih apabila digabungkan semula.
“Oleh kerana piramid memiliki daya tarikan dan keupayaan menyerap, mengumpul, memproses dan menyimpan tujuh spektrum warna itu, maka piramid itu sendiri adalah seumpama cahaya putih. Dengan kata lain, cahaya putih itu sendiri adalah suatu bentuk pemusatan tenaga di dalam rahsia piramid sebagai suatu tahap mutlak,” katanya.
Beliau berkata, bentuk piramid pula dicipta menurut prinsip kebendaan, kehidupan, keseimbangan, kestabilan, kekukuhan dan kekal. Ia adalah dimensi kehidupan yang relatif atau berkaitan dengan alam semesta dengan masa dan ruang adalah relatif di dalamnya.
“Masa atau gema lebih menguasai ruang piramid. Ia juga memiliki tekanan, daya graviti serta suhu stabil, justeru piramid boleh mempengaruhi benda atau jisim persekitarannya seperti makanan yang diletakkan di dalamnya, lambat basi,” katanya.
Beliau berkata, jika bentuk piramid dibina sebagai makam, maka roh seseorang itu akan terseksa kerana unsur jasadnya iaitu karbon, hidrogen dan oksigen tidak dapat kembali terlerai dan diserap bumi.
“Firaun sebenarnya tertipu dan rohnya terseksa kerana unsur dalam jasadnya tidak dapat terlerai kerana mayatnya diletakkan dalam piramid,” katanya.
Kajian dilakukan penyelidik dalam piramid juga mendapati terdapat banyak ion negatif di dalam bangunan itu yang dikatakan dapat membunuh sebarang aktiviti bakteria dan menyifatkan tubuh badan seseorang.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home