serigala jadian
rencana - Serigala jadian memang wujud
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
PADA 1573, seorang lelaki Perancis, Gilles Garnier dibakar hidup-hidup selepas lebih 50 orang menjadi saksi melihat dia mengoyak badan kanak-kanak dan memakan daging manusia yang dibunuhnya.
Sebelum hukuman dahsyat itu dijatuhkan kepadanya, Garnier mengaku membunuh dan memakan daging lebih empat kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun kerana dia adalah serigala jadian.
Dia menceritakan, ketika berburu bagi mencari makanan di dalam hutan pada waktu malam, dia didatangi syaitan yang memberikannya krim magis yang membolehkannya bertukar menjadi serigala jadian.
Lalu pada Oktober 1572, dia menculik mangsa pertamanya iaitu kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, mengheret mangsa ke kebun anggur, membuang pakaiannya sebelum memakan daging paha dan tangan kanak-kanak perempuan itu.
Bagaimanapun, selepas beberapa kali membunuh dan memakan kanak-kanak, tindakan Garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak dengannya yang sedang melakukan perbuatan terbabit.
Sekitar 31 tahun kemudian, kes sama turut berulang di Perancis. Seorang remaja, Jean Grenier, 13, mendakwa dia pernah bertemu dengan syaitan di sebuah hutan yang memberikannya kulit serigala yang membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian.
Selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam untuk membunuh dan memakan beberapa kanak-kanak. Grenier kemudian dihukum penjara seumur hidup di Biara Fransiskan, Bordeaux.
Seterusnya melewati masa, beberapa lagi kes sama turut dilaporkan di pelbagai tempat di seluruh dunia - manusia membunuh selepas bertukar menjadi serigala jadian.
Persoalannya, adakah benar manusia mampu bertukar menjadi haiwan dengan menggunakan ilmu sihir atau bantuan syaitan? Misteri membabitkan fenomena mistik itu bukanlah suatu perkara baru malah sudah berlarutan selama ratusan tahun.
Masyarakat kuno Sepanyol, Portugis dan Brazil misalnya percaya bahawa manusia memang mampu bertukar menjadi serigala. Menurut kepercayaan lama mereka, sekiranya sesebuah keluarga memiliki enam anak perempuan, maka anak ketujuh mereka akan menjadi serigala jadian sekiranya anak itu adalah lelaki.
Di Itali, Perancis dan Jerman pula, wujud kepercayaan bahawa seorang lelaki akan bertukar menjadi serigala jadian sekiranya dia tidur di luar rumah pada malam Rabu atau Jumaat tertentu pada musim panas dan cahaya bulan memancar terus ke wajahnya.
Herodotus iaitu sejarawan Yunani dari abad kelima Sebelum Masihi (SM) pula menceritakan wujud puak Neuri pada zaman dulu yang dapat berubah menjadi serigala jadian selama beberapa hari dalam setahun.
Di Malaysia juga turut terdapat kepercayaan yang hampir sama. Manusia kononnya dapat berubah menjadi harimau jadian menggunakan ilmu sihir atau saka.
Teka-teki membingungkan mengenai kesahihan kewujudan serigala jadian menyebabkan penyelidik mula melakukan kajian bagi membongkar misteri terbabit. Akhirnya selepas lama mengkaji, mereka akhirnya mengakui bahawa kejadian manusia yang bertukar kepada serigala sememangnya wujud!
Akan tetapi, kejadian sebenarnya bukanlah manusia itu bertukar struktur biologinya menjadi seperti serigala dengan wajah bengis dan ganas, badan berbulu serta memiliki taring dan kuku tajam.
Sebaliknya, manusia yang mengaku sebagai serigala jadian sekadar berkelakuan seperti haiwan itu termasuk menjadi kanibalisme kerana sanggup membunuh dan memakan daging manusia!
Perlakuan ini dikenali sebagai `lycanthropy' dalam istilah perubatan dan psikologi iaitu sejenis penyakit mental luar biasa sehinggakan pesakit yang mengalaminya akan menyalak kepada bulan, merangkak dan merayau di tanah perkuburan pada waktu malam.
Semua kes membabitkan serigala jadian seperti Jean Grenier dan Gilles Garnier dipercayai
berpunca daripada lycanthropy.
Richard Noll, pengarang buku 'Penyakit Mental Luar Biasa' berkata: "Seseorang yang mengalaminya percaya bahawa mereka sesungguhnya menjadi serigala, ditumbuhi bulu dan kuku yang tajam." katanya.
Selain sindrom psikologi lycanthropy, penyelidik percaya bahawa cerita mengenai serigala jadian mungkin berasal daripada sejenis penyakit genetik dikenali sebagai Hypertrichosis.
Penyakit itu menyebabkan hampir keseluruhan jasad penghidapnya ditumbuhi bulu yang banyak dan lebat sehingga penampilan luaran seseorang itu seakan-akan serigala. Dilaporkan, seorang daripada 340 juta penduduk dunia menghidap penyakit berkenaan.
Mungkin juga terdapat penduduk zaman dulu yang turut menghidap Hypertrichosis dan kewujudan mereka dengan jasad dipenuhi bulu kemudian disalah anggap masyarakat sebagai serigala jadian. Seterusnya salah tanggapan itu kemudian berkembang menjadi momokan popular serigala jadian sehingga kini.
INFO
Serigala jadian
-Rekod kepercayaan terawal mengenai kisah serigala jadian dikatakan bermula pada 1550 Sebelum Masihi iaitu Raja Lycaon dari Arcadia mempersembahkan daging manusia kepada dewa Zeus menyebabkan dia dihukum menjadi serigala atas kesalahan itu.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home