Thursday, November 06, 2008

rencana mengenai al-quran

Publication : HM

Edition :

Date : 08/09/2004

Page Number : 10

Headline : PERISTIWA BESAR DALAM AL-QURAN

Words : 941

Byline : Oleh Nasrullah Rahim

Text :


APABILA ulama Mesir, Dr Zaghlul Najjar, tampil menerangkan kejadian
runtuhan World Trade Center (WTC), New York pada 11 September 2001 sudah
dibayangkan al-Quran, penduduk dunia, termasuk umat Islam sendiri berasa
takjub.
Ini kerana tiada siapa pun termasuk perisik Amerika Syarikat sendiri
gagal menjangka pesawat akan digunakan sebagai 'senjata' bagi meruntuhkan
bangunan lambang kemegahan negara berkenaan.
Mengikut kajian Dr Zaghlul, runtuhan WTC turut mencatatkan sejarah
hitam bagi Amerika seolah-olah digambarkan menerusi ayat ke 110 Surah
at-Taubah dalam al-Quran.
Ayat itu bermaksud: "Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa
menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu
sudah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
Kajian mendapati beberapa fakta mengenai kejadian runtuhan WTC
mempunyai kaitan dengan ayat berkenaan antaranya bangunan WTC setinggi
110 tingkat dan peristiwa itu berlaku pada bulan kesembilan Masihi
(September) manakala ayat al-Quran berkenaan adalah ayat ke- 110 dari
surah kesembilan (at-Taubah).
Persamaan lain, ia berlaku pada 11 haribulan manakala ayat berkenaan
berada dalam juzuk ke-11 dan peristiwa berlaku pada 2001 manakala huruf
terakhir ayat adalah huruf ke- 2001.
Penjelasan Dr Zaghlul itu meyakinkan umat Islam bahawa isi kandungan
al-Quran benar-benar memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan
manusia secara jelas atau memerlukan kajian mendalam.
Hal itu diakui Allah menerusi firman-Nya: "Inilah ayat-ayat al-Quran
yang mengandungi hikmah." (Surah Yunus, ayat pertama).
Ayat lain daripada surah al-Hijr, juga ayat pertama bermaksud: "(Surah)
ini adalah (sebahagian daripada) ayat-ayat al-Kitab (yang sempurna) iaitu
(ayat-ayat) al-Quran yang memberi penjelasan."
Malah, misteri yang terkandung dalam ayat al-Quran membuktikan kitab
suci dan mukjizat terbesar dikurniakan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad
s.a.w itu bukanlah rekaan manusia.
Sebaliknya, penemuan itu seharusnya menambahkan keimanan umat Islam
bahawa ayat al-Quran datang daripada Allah s.w.t sepertimana firmannya
dalam surah as-Syu'araa', ayat ke-192: "Dan sesungguhnya al-Quran ini
benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam."
Ayat lain menunjukkan bahawa al-Quran diturunkan Allah menerusi ayat
pertama dari surah al-Qadr iaitu: "Sesungguhnya Kami menurunkan
(al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar."
Peristiwa runtuhan bangunan WTC tiga tahun lalu bukanlah gambaran
pertama al-Quran mengenai sesuatu peristiwa yang bakal terjadi pada masa
akan datang.
Sebaliknya, kitab suci itu dikatakan sudah menggambarkan mengenai
kebangkitan kembali bangsa Rumawi selepas dikalahkan bangsa Persia dalam
peperangan pada tahun 614.
Selepas berakhirnya peperangan berkenaan, turunlah ayat pertama hingga
keempat dari surah ar-Rum menyatakan bangsa Rumawi akan kembali menang
dalam tempoh beberapa tahun.
Kemenangan bangsa Rumawi terhadap bangsa Persia itu kemudiannya
benar-benar terjadi kira-kira lapan tahun kemudian seperti yang
diramalkan al-Quran.
Selain gambaran mengenai peristiwa yang bakal berlaku pada masa akan
datang, kajian isi kandungan al-Quran juga menunjukkan yang kitab suci
itu mengandungi pelbagai ilmu yang melampaui zaman ia diturunkan.
Ini kerana pada zaman al-Quran diturunkan iaitu pada abad keenam, masih
belum ada kajian sains mengenai alam semula jadi yang dilakukan
menyebabkan masyarakat masih belum mengetahui mengenai ilmu sains dan
teknologi.
Kajian mengenai pelbagai rahsia alam bermula kira-kira abad ke-19 dan
ketika itulah didapati bahawa segala fakta sains yang ditemui adalah
selaras dengan maklumat asas daripada al-Quran.
Antara fakta sains yang ditemui dan terdapat dalam al-Quran adalah
semua cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak
(An-Naml: 88), pokok menghasilkan bahan bakar (Yaasiin: 80), atom adalah
benda terkecil (Yunus: 61) dan semakin tinggi semakin sukar bernafas
(Al-An'aam: 125).
Fakta lain adalah semua makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat: 49),
proses kejadian manusia (Al-Mu'minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid: 25) dan
langit yang terkawal (Al-Anbiyaa': 32).
Selain itu, kajian lain yang dijalankan bagi mencari keajaiban al-Quran
mendapati bahawa jumlah sesetengah perkataan berbahasa Arab di dalam
kitab itu adalah saling berlawanan.
Antara perkataan berkenaan adalah; dunia yang disebut sebanyak 115 kali
manakala akhirat yang turut disebut sebanyak 115 kali, malaikat dan
syaitan (88 kali), hidup dan mati (145 kali), faedah dan kerugian (50
kali), kesusahan dan kesabaran (114 kali) serta lelaki dan perempuan (24
kali).
Perkataan lain adalah ummah dan penyampai (50 kali), iblis dan memohon
perlindungan daripada iblis (11 kali), musibah dan bersyukur (75 kali),
bersedekah dan berpuas hati (73 kali) serta zakat dan berkat (32 kali).
Golongan muslimin dan jihad (41 kali), orang yang sesat dan meninggal
dunia (17 kali), emas dan kemurahan hidup (lapan kali), keajaiban dan
fitnah (60 kali), minda dan nur (49 kali), lidah dan sumpah (25 kali),
nafsu dan ketakutan (lapan kali), bercakap di khalayak ramai dan
berdakwah (18 kali).
Jumlah perkataan lain dianggap ajaib dijumpai adalah solat (lima kali),
bulan (12 kali), tahun (365), lautan (32 kali) dan daratan (13 kali).
Jumlah lautan dan daratan ini apabila ditukar dalam bentuk peratus
bersamaan dengan jumlah sebenar kawasan laut dan darat yang terdapat di
dunia ketika ini iaitu 71.111 peratus dan 28.889 peratus.
Misteri dan rahsia yang terkandung dalam al-Quran seharusnya meyakinkan
umat Islam bahawa agama Islam adalah agama yang benar selaras dengan
rukun iman ketiga iaitu beriman terhadap kitab-kitab Allah.
(END)


Publication : HM

Edition : TE

Date : 16/01/2004

Page Number : 10

Headline : Ilmu Al-Quran mendahului zaman

Words : 869

Byline : By Nasrullah Rahim

Text :


AL-QURAN adalah mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah s.w.t kepada Nabi
Muhammad s.a.w selain kitab wahyu terakhir yang masih kekal terpelihara
sehingga kini.
Isi kandungan al-Quran yang tidak pernah berubah dan sentiasa relevan
dengan setiap perubahan zaman, malahan ilmu yang terdapat di dalamnya
melampaui zaman ia diturunkan.
Ini kerana pada zaman al-Quran diturunkan iaitu pada abad keenam, masih
belum ada kajian sains mengenai alam semula jadi yang dilakukan
menyebabkan masyarakat belum mengetahui mengenai ilmu sains dan teknologi.
Kajian mengenai pelbagai rahsia alam hanya bermula kira-kira abad ke-19
dan ketika itu didapati bahawa segala fakta sains yang ditemui adalah
selaras dengan maklumat asas daripada al-Quran.
Pelbagai penemuan baru sains dan teknologi pada masa kini yang
berasaskan kepada ayat al-Quran adalah bukti bahawa setiap ayat dalam
kitab samawi terakhir ini bukan rekaan manusia.
Sebaliknya, penemuan ini seharusnya menambahkan keimanan umat Islam
bahawa ayat al-Quran itu datangnya daripada Allah s.w.t seperti firman-Nya
dalam surah as-Syu'araa', ayat ke-192:
"Dan sesungguhnya al- Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan
semesta alam."
Selain ayat berkenaan, ayat lain yang menunjukkan al-Quran diturunkan
Allah adalah menerusi ayat pertama dari surah al-Qadr iaitu: "Sesungguhnya
Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar."
Al-Quran yang mengandungi 114 surah diturunkan secara berperingkat
selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah (1,456 ayat) dan sepuluh tahun di
Madinah (4,780 ayat).
Ayat al-Quran dikatakan memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan
yang disampaikan kepada manusia secara jelas atau memerlukan kajian
mendalam.
Hal ini diakui Allah sendiri menerusi firman-Nya: "Inilah ayat-ayat al-
Quran yang mengandungi hikmah." (Surah Yunus, ayat pertama).
Ayat lain adalah daripada surah al-Hijr, juga ayat pertama: "(Surah) ini
adalah (sebahagian daripada) ayat-ayat al-Kitab (yang sempurna) iaitu
(ayat-ayat) al-Quran yang memberi penjelasan."
Pada zaman Rasulullah s.a.w yang dikenali zaman jahilliah, Allah
menerangkan secara jelas kepada manusia mengenai pelbagai fakta sains yang
melampaui batas pemikiran manusia ketika itu.
Antara fakta sains yang ditemui dan terdapat dalam al-Quran adalah semua
cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml:
88), pokok menghasilkan bahan bakar (Yaasiin: 80), atom adalah benda
terkecil (Yunus: 61) dan semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-An'aam:
125).
Fakta lain adalah semua makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat: 49), proses
kejadian manusia (Al-Mu'minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid: 25) dan langit
yang terkawal (Al-Anbiyaa': 32).
Selain diterangkan secara jelas, kajian mendalam terhadap al-Quran
mendapati kitab ini juga mampu merungkai rahsia kejadian di masa akan
datang seperti kebangkitan kembali bangsa Rumawi selepas dikalahkan bangsa
Parsi.
Ketika berlakunya kekalahan itu iaitu kira-kira tahun 614, turunlah ayat
pertama hingga keempat dari surah ar-Ruum yang menyatakan bahawa bangsa
itu akan kembali menang dalam tempoh beberapa tahun kemudian dan
kemenangan itu benar-benar terjadi iaitu kira-kira lapan tahun kemudian.
Terbaru, kejadian runtuhan bangunan pencakar langit, World Trade Center
(WTC), New York, Amerika Syarikat pada 11 September 2001 dikatakan seolah-
olah sudah digambarkan dalam al-Quran.
Kajian yang dijalankan seorang ulama Mesir, Dr Zaghlul Najjar, mendapati
bahawa ayat ke-110 dari surah at-Taubah seperti memberi isyarat awal
mengenai kejadian ini.
Ayat berkenaan bermaksud: "Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu
senantiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati
mereka itu sudah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
Kajian itu mendapati beberapa fakta mengenai kejadian runtuhan WTC
saling berkait dengan ayat berkenaan antaranya bangunan WTC setinggi 110
tingkat dan peristiwa itu berlaku pada bulan kesembilan Masihi (September)
manakala ayat al-Quran berkenaan adalah ayat ke-110 dari surah ke sembilan
(at-Taubah).
Persamaan lain adalah peristiwa itu berlaku pada 11 haribulan (ayat
berkenaan berada dalam juzuk ke-11) dan pada 2001 (huruf terakhir ayat
adalah huruf ke-2001).
Selain itu, kajian lain yang dijalankan bagi mencari keajaiban al-Quran
mendapati bahawa jumlah sesetengah perkataan berbahasa Arab di dalam kitab
itu adalah saling berlawanan.
Antara perkataan berkenaan adalah; dunia yang disebut sebanyak 115 kali
manakala akhirat yang turut disebut sebanyak 115 kali, malaikat dan
syaitan (88 kali), hidup dan mati (145 kali), faedah dan kerugian (50
kali), kesusahan dan kesabaran (114 kali) serta lelaki dan perempuan (24
kali).
Perkataan lain adalah ummah dan penyampai (50 kali), iblis dan memohon
perlindungan daripada iblis (11 kali), musibah dan bersyukur (75 kali),
bersedekah dan berpuas hati (73 kali) serta zakat dan berkat (32 kali).
Golongan muslimin dan jihad (41 kali), orang yang sesat dan meninggal
dunia (17 kali), emas dan kemurahan hidup (lapan kali), keajaiban dan
fitnah (60 kali), minda dan nur (49 kali), lidah dan sumpah (25 kali),
nafsu dan ketakutan (lapan kali), bercakap di khalayak ramai dan berdakwah
(18 kali).
Jumlah perkataan lain yang dianggap ajaib dijumpai adalah solat (lima
kali), bulan (12 kali), tahun (365), lautan (32 kali) dan daratan (13
kali).
Jumlah lautan dan daratan ini apabila ditukar dalam bentuk peratus
adalah bersamaan dengan jumlah sebenar kawasan laut dan darat yang
terdapat di dunia ketika ini iaitu 71.111 peratus dan 28.889 peratus.
Misteri yang terkandung dalam ayat-ayat al-Quran ini membuktikan kitab
berkenaan bukan rekaan seorang manusia melainkan ia dihasilkan oleh suatu
kuasa yang mentadbir seluruh alam ini yakni Allah s.w.t.
(END)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home