bigfoot
Publication : BM
Edition :
Date : 08/01/2006
Page Number : 16
Headline : Misteri Bigfoot
Words : 472
Byline : Oleh Nasron Sira Rahim
Text :
KETIKA pawagam menayangkan filem King Kong, penduduk negara ini gempar
apabila beberapa pihak yang mendakwa menemui kesan tapak kaki dan
terserempak dengan 'Bigfoot', yang juga dikenali sebagai Mawas atau
Siamang di kawasan hutan simpan Pahang-Johor.
Bentuk fizikal antara King Kong dan Bigfoot dikatakan hampir serupa
tetapi berbanding King Kong yang digambarkan sebagai gergasi berupa
monyet dengan ketinggian bangunan lebih 10 tingkat, Bigfoot dikatakan
setinggi dua meter hingga 3.6 meter.
Sehingga kini, masih tiada penemuan sebenar mengenai makhluk itu
menyebabkan Bigfoot menjadi antara misteri dunia yang masih tersimpan
rapi. Malah, penyelidik dan penulis asing juga tertarik untuk menjejaki
haiwan raksasa itu.
Kewujudannya tidak hanya di sesebuah negara; membuktikan ia bukanlah
legenda sesuatu kaum. Makhluk besar berbulu itu dikatakan bersembunyi di
hutan atau wilayah yang sukar dijangkau manusia.
Di Amerika Utara, ia dikenali sebagai Bigfoot atau Sasquatch. Di Asia,
terutama kawasan Himalaya, ia digelar Yeti manakala di kawasan Amazon,
Amerika Selatan gelarannya adalah Mapinguari. Yowie adalah nama makhluk
itu di Australia.
Pelbagai pendapat dikemukakan mengenai haiwan itu antaranya teori
Bigfoot-Giganto yang menyatakan makhluk itu mungkin sejenis monyet
gergasi prasejarah yang hidup ketika zaman Pertengahan Pleistocene.
Monyet gergasi itu dipercayai hidup di beberapa kawasan Asia termasuk
China dan Asia Tenggara serta Amerika Utara sejak zaman purba, sebelum
pupus daripada muka bumi sekitar 200,000 hingga 500,000 tahun dulu.
Ramai mendakwa terserempak dengan Bigfoot dan mereka menggambarkan
makhluk itu bertubuh tegap dan besar; gigi besar; mata warna merah;
bulunya berwarna perang gelap atau merah kehitaman yang panjang meliputi
seluruh tubuh.
Bigfoot dikatakan tidak menyerang atau mengganggu manusia sebaliknya
malu jika terserempak dengan manusia malah sering berpindah kawasan. Ia
hanya makan pucuk kayu muda dan akan menggosok badannya pada pokok bagi
menghilangkan kegatalan pada tubuh.
Makhluk yang dikenali sebagai 'Orang Mawas', 'Orang Utan', 'Hantu
Jarang Gigi' dan 'Siamang' di kalangan masyarakat Orang Asli Johor itu
juga hidup dalam kumpulan iaitu satu keluarga yang memiliki ibu, bapa dan
anak.
Kisah terawal mengenai Bigfoot dilaporkan pada 1811 apabila seorang
juruukur Kanada mendakwa menemui jejak kaki besar dipercayai milik
makhluk itu di Jasper, Kanada.
Gelaran 'Bigfoot' (kaki besar) kemudiannya digunakan secara meluas oleh
media selepas wujud satu lagi penemuan di Bluff Creek, California, pada
1959.
Foto Bigfoot paling terkenal diambil pada 1967 di California Utara,
Amerika Syarikat, bagaimanapun keasliannya masih diperdebatkan.
Memikirkan sama ada Bigfoot wujud atau tidak; mungkin boleh dilihat
daripada persepsi begini - masih terdapat banyak hidupan laut dalam yang
tidak ditemui berikutan manusia masih belum dapat menyelam ke tahap
paling dasar dalam lautan, maka kemungkinan adanya hidupan di bumi yang
masih tidak diketahui manusia tidak dapat ditolak.
Bagaimanapun, kajian dan 'pemburuan' untuk membongkar misteri kewujudan
Bigfoot masih diteruskan. Pelbagai usaha dilakukan pengkaji fenomena ini
dan manusia hanya mampu berharap untuk menemui makhluk itu suatu hari
nanti atau Bigfoot akan terus kekal misteri, sama seperti kesahihan
kewujudan UFO.
(END)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home