serigala jadian
nasron25
Misteri- sindrom serigala jadian
Susunan Nasron Sira Rahim
TATKALA bulan mula mengambang penuh, tubuh lelaki itu mula berubah! Daripada susuk tubuh seorang manusia normal, tumbuh bulu di seluruh badan; struktur tulang dan tengkoraknya bertukar bentuk.
Gigi menjadi tajam di samping taring menghiasi mulutnya, telinga memanjang dan ekor mula tumbuh. Kuku di jari tangan dan kaki seumpama mata pisau dan struktur biologi lelaki itu kini menyamai campuran sang serigala ganas dan manusia!
Gambaran mengenai proses itu pasti terbayang apabila membicarakan mengenai serigala jadian. Sejak ribuan tahun lalu, cerita manusia bertukar menjadi haiwan itu begitu popular menular ke seluruh masyarakat berbeza budaya di dunia.
Malah, hebatnya pengaruh serigala jadian menyebabkan ia menjadi mainan fiksyen bagi mereka yang kreatif. Kalangan ini menghasilkan filem, siri televisyen, komik, novel, mainan dan apa saja kerana setiap francais daripada serigala jadian masih kekal diminati dan mampu menjana keuntungan di seluruh dunia.
Bagi mereka yang menyelidiki sejarah bagaimana mitos manusia-haiwan ini bermula, mereka akan temui kenyataan bahawa ia sebenarnya sekadar rekaan untuk hiburan semata-mata.
Bagaimanapun, sesuatu yang menarik dalam sejarah penyebaran mitos serigala jadian ini adalah mengenai sikap manusia itu sendiri yang begitu taksub dengan kisah berkenaan sehingga akhirnya mengubah dan menerima bahawa cerita rekaan itu adalah realiti.
Herodotus, sejarawan Yunani dari abad kelima Sebelum Masihi (SM) mengatakan kira-kira 2,400 tahun sebelum itu, penduduk daerah Lithuania dan Poland mengaku berubah menjadi manusia serigala selama beberapa hari dalam setahun.
Serigala jadian itu berlaku disebabkan manusia itu memiliki dorongan diri yang kuat untuk mendatangkan kecederaan kepada manusia lainnya. Melalui sihir, mereka berubah menjadi serigala hitam untuk memudahkan kegiatan mereka. Sekali berubah, manusia itu akan terus menyimpan kekuatan dan kelicikan serigala.
Sekitar abad pertama SM, kisah tahyul itu mula diperkenalkan oleh seorang penulis Latin bernama Virgil. Seterusnya cerita menarik itu mula disebarkan penulis lain pula seperti Propertius, Servius dan Petronius.
Petronius yang bertanggungjawab menguruskan aspek hiburan pada zaman pemerintahan Kaisar Nero (dari tahun 54 hingga 68 Masihi) menceritakan mengenai serigala jadian dalam bentuk sastera Roman Satyricon.
Cerita hiburannya diminati dengan dengan aspek seram popular bercirikan bulan terang, tanah perkuburan dan luka yang kekal selepas serigala jadian kembali jadi manusia.
Walaupun direka sebagai cerita hiburan, kepercayaan masyarakat Barat terhadap kisagh itu semakin kuat bahkan melewati masa, ia mula diterima sebagai kebenaran dan bukannya fiksyen oleh sebahagian penduduk.
Malah pernah ada kes seseorang itu melakukan jenayah kejam kerana terlalu mempercayai wujudnya serigala jadian. Antaranya di Perancis pada awal abad ke-17 apabila seorang remaja mempercayai bahawa dirinya adalah serigala jadian.
Jean Grenier, 13, ketika dibicarakan mengenai kegiatan jenayah yang dilakukannya menceritakan bahawa dua tahun sebelum itu, dia pernah membuat perjanjian dengan syaitan di sebuah hutan.
Dengan kulit serigala yang menurut pengakuannya sebagai pemberian daripada syaitan, pemuda itu berkeliaran menyamar sebagai serigala jadian pada setiap malam dan berpura-pura menjadi manusia pada siang hari. Dia membunuh dan mencederakan beberapa anak kecil yang sendirian di ladang dan menculik bayi yang ditinggal di rumah. Grenier dihukum kurungan seumur hidup di Biara Fransiskan, Bordeaux.
Pada 1572 pula, Gilles Garnier yang juga berbangsa Perancis dibakar hidup-hidup selepas lebih 50 orang menjadi saksi lelaki itu mengoyak tubuh dan memakan daging manusia yang dibunuhnya. Dia yang mengaku sebagai serigala jadian membunuh empat kanak-kanak.
Bagaimanapun, bagi beberapa pakar psikologi yang meneliti beberapa kes pesakit dan kajian, mereka menganggap bahawa kejadian manusia yang bertukar kepada serigala sememangnya wujud!
Akan tetapi, kejadian sebenarnya bukanlah manusia itu bertukar struktur biologinya menjadi seperti serigala dengan wajah bengis dan ganas, badan berbulu serta memiliki taring dan kuku tajam.
Sebaliknya, manusia yang mengaku sebagai serigala jadian sekadar berkelakuan seperti haiwan itu termasuk menjadi kanibalisme kerana sanggup membunuh dan memakan daging manusia!
Perlakuan ini dikenali sebagai ‘lycanthropy’ dalam istilah perubatan dan psikologi iaitu sejenis penyakit mental luar biasa sehinggakan pesakit yang mengalaminya akan menyalak kepada bulan, merangkak dan merayau di tanah perkuburan pada waktu malam. Semua kes membabitkan serigala jadian seperti Jean Grenier dan Gilles Garnier dipercayai berpunca daripada lycanthropy.
Richard Noll, pengarang buku ‘Penyakit Mental Luar Biasa’ berkata: “Seseorang yang mengalaminya percaya bahawa mereka sesungguhnya menjadi serigala, ditumbuhi bulu dan kuku yang tajam.”
“Mereka berkelakuan seperti haiwan iaitu menderam, menyalak dan merangkak. Mereka sering mengasingkan diri daripada manusia dan lebih suka bersembunyi dalam hutan dan kawasan perkuburan. Kebanyakan mereka memiliki keinginan untuk menyerang dan membunuh manusia.”
Noll yang juga ahli psikologi dari Philadelphia berkata keterangan bertulis mengenai kes lycanthropy sudah dikesan sejak berabad lamanya.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home