wajah pada pokok pinang bukan misteri
nasron16
Misteri - tumbuhan berwajah pelik
Oleh Nasron Sira Rahim
MISTERI atau kejadian biasa? Begitulah persoalan yang timbul apabila pokok pinang yang berwajah seakan-akan manusia di temui di Kampung Paya, Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Sejak ditemui, pelbagai persoalan timbul dan menghantui penduduk yang melihatnya sehinggakan kawasan sekitar seolah-olah menjadi pesta lantaran ia dipenuhi individu yang inginkan kepastian mengenai kejadian alam itu.
Jika disingkap sejarah dalam konteks serupa, pokok pinang ‘berhantu’ itu bukanlah kejadian pertama yang ditemui malah sudah banyak fenomena pelik mengenai tumbuhan ataupun haiwan dilaporkan sebelum ini.
Kalimah Allah pada tubuh ikan, haiwan ataupun tumbuhan misalnya sudah banyak dilaporkan di dalam atau luar negara selain serangga atau ikan yang berwajah seakan-akan manusia dan pokok yang menyerupai manusia sedang sujud.
Pensyarah Jabatan Biologi Sel dan Molekul, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul Universiti Putra Malaysia (FBSB-UPM), Prof Madya Dr Suhaimi Napis, berkata kejadian seperti itu sebenarnya bukanlah suatu yang misteri kerana terdapat penjelasan saintifik mengenainya.
Beliau berkata, jika difikirkan bahawa ia adalah petunjuk kekuasaan Allah SWT, maka al-Quran dan hadis menjelaskan bahawa semua kejadian alam adalah bukti kekuasaan Tuhan yang perlu difikirkan manusia, tidak hanya rupa aneh pada pokok pinang atau kalimah Allah pada sesuatu tempat semata-mata.
“Semua kejadian dan spesies hidupan ini adalah dalil akli mengenai bukti kekuasaan Allah SWT tetapi mengapa manusia berasa takjub kepada rupa aneh pada pokok pinang atau kalimah Allah pada tubuh hidupan saja?
“Malah jika diteliti ke dalam lautan dalam, terdapat pelbagai lagi hidupan pelik yang tidak pernah dilihat manusia, unik malah memiliki rupa seperti ‘hantu’ yang sepatutnya difikirkan asal kejadiannya,” katanya.
Dr Suhaimi berkata, kemungkinan terjadinya suatu tumbuhan atau haiwan itu seakan-akan wajah manusia adalah tidak mustahil tetapi dalam kebanyakan kes, ia dapat dikaitkan dengan interpretasi seseorang menerusi mindanya.
“Dalam puluhan ribu ikan, mungkin terdapat satu ikan yang memiliki corak seperti kalimah Allah; jika kita berusaha mencari memang akan jumpa benda pelik seperti ini. Ia tidak mustahil tetapi ia bergantung juga kepada siapa yang melihatnya.
“Malah jika penganut Buddha melihat sesuatu bentuk pelik yang menyamai tuhan mereka, mereka juga mungkin menganggap ia suatu keajaiban yang ditunjukkan agama mereka. Jadi untuk meningkatkan keimanan, kaedah terbaik adalah dengan memerhatikan dan mengkaji semua kejadian alam yang sudah diciptakan Allah, bukan sekadar benda pelik semata-mata,” katanya.
Beliau memberi contoh bahawa kejadian awan juga mampu membentuk pelbagai objek pelik berdasarkan tanggapan minda seseorang tetapi perkara berkenaan bukanlah sesuatu yang misteri.
Menjelas lanjut mengenai kejadian pokok pinang yang memiliki wajah menyerupai manusia, Dr Suhaimi menjelaskan bahawa ia adalah tanggapan seseorang saja tetapi sesuatu bentuk pelik boleh berlaku pada sesuatu tumbuhan atau haiwan menerusi beberapa faktor.
Secara ringkas, beliau menjelaskan ia boleh berlaku apabila sesuatu hidupan itu mengalami kecederaan yang mengubah bentuk asalnya selain kaedah pertumbuhan asalnya terhalang menyebabkan ia tumbuh mengikut keadaan yang tidak mengikut kebiasaannya.
“Keadaan seperti ini boleh dimanipulasikan dan dihasilkan manusia dengan menghalang corak pertumbuhan asalnya malah tembikai yang asalnya berbentuk bulat juga boleh dibentuk menjadi bentuk kotak!” katanya
Beliau berkata, pemerhatiannya pada beberapa kejadian aneh pada tumbuhan mendapati ada antara mereka yang sebenarnya dihasilkan manusia bagi menipu masyarakat dan ia tidak mustahil dihasilkan.
“Jika penduduk terlalu mempercayai perkara ini, maka mereka kemungkinan akan terdedah kepada penipuan,” katanya.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home