cenderawasih
nasron3
Misteri - mistik burung cenderawasih
FAKTA
Cenderawasih
- Cenderawasih jantan lebih cantik daripada betina kerana memiliki warna menarik dan bulu yang kembang.
- Terdapat 43 spesies Cenderawasih dan ditemui di Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan Kepulauan Maluku.
- Spesies terkecil sepanjang kira-kira 16 sentimeter (cm) dan terbesar sepanjang kira-kira 44 cm.
- bertelur antara satu hingga tiga biji dan telur dieram antara 14 hingga 16 hari.
- Sekumpulan Cenderawasih jantan akan melakukan ‘tarian’ bagi memikat betina ketika tempoh mengawan.
- berbunyi nyaring seperti ‘kuang, kuang’.
- memakan buah, cengkerik, telur semut dan labah-labah.
- sarangnya terletak di pertengahan pokok beringin dan berbentuk mangkuk yang diperbuat daripada ranting kayu dan daun kering.
Oleh Nasron Sira Rahim
“Sahibul hikayat diriwayatkan Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor burung bergelar Cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ia berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para wali.
“Amatlah jarang sekali orang memiliki Cenderawasih kerana burung ini bukanlah berasal dari Bumi. Dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama, sekiranya Cenderawasih turun ke bumi nescaya berakhirlah hayatnya. Ia akan mati sekiranya menjejak kaki ke Bumi.
“Namun yang peliknya, Cenderawasih tidak reput seperti bangkai binatang lain kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga. Malah ia mengeluarkan wangian yang sukar diperkatakan. Cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, dalam keadaan istirahat dan dalam keadaan tidur.
“Burung ini lebih terkenal di Nusantara dengan panggilan Cenderawasih. Bagi masyarakat China pula, ia dipanggil Phoenix dan penduduk Eropah mengenalinya sebagai ‘Bird of Paradise’.
“Asal burung ini gagal dikesan sehingga sekarang. Tiada bukti menunjukkan ia berasal dari alam nyata namun Cenderawasih turun ke Bumi hanya di Irian Jaya, Indonesia. Tetapi yang peliknya, burung ini hanya turun seekor dalam tujuh tahun dan ia turun untuk mati.
“Dinyatakan dalam Tajul Muluk bahawa Cenderawasih memiliki pelbagai kelebihan. Seluruh badannya termasuk isi perut dan bulunya mempunyai khasiat misteri dan kebanyakannya digunakan untuk perubatan.
“Namun ramai memburunya kerana ‘tuah’ dan Cenderawasih digunakan sebagai pelaris. Mengikut ramai yang ditemui memakainya, menyatakan bulu Cenderawasih ini pelaris paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini.”
Demikianlah antara keterangan mengenai Cenderawasih yang disebarkan menerusi buku, majalah, akhbar, internet selain sumber lisan daripada beberapa individu yang kononnya mahir mengenai ilmu mistik dan misteri.
Menerusi beberapa sumber berkenaan, kepercayaan itu dipercayai ramai pihak dan sudah melewati beberapa generasi terdahulu. Malah ada pihak tertentu yang dikatakan mengambil keuntungan menjual bangkai burung itu sehingga puluhan ribu ringgit selain mencarinya untuk dijadikan pelaris diri dan perniagaan.
Bagaimanapun, Pegawai Veterinar Taman Burung Kuala Lumpur, Dr Marzura Md Rodzi, berkata dakwaan itu tidak berasas dan fakta disampaikan nyata tidak benar kerana Cenderawasih sememangnya wujud sebagai spesies burung biasa di Bumi dan bukannya berasal dari syurga.
“Malah terdapat 43 jenis spesies Cenderawasih yang dibezakan dari beberapa ciri seperti warna bulu dan saiznya. Kebanyakan burung berjenis ini berhabitat di kawasan hutan tropika dan banyak ditemui di Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan Kepulauan Maluku,” katanya.
Taman Burung Kuala Lumpur sendiri memiliki tiga Cenderawasih berjenis Paradisea Apoda yang masih hidup untuk dipamerkan untuk tontonan pengunjung, sejak lima tahun lalu.
“Cenderawasih hidup dan mati seperti burung biasa, ia juga tidak memakan embun syurga seperti dipercayai ramai sebaliknya memakan buah, cengkerik, telur semut dan labah-labah. Ia mati dan reput, mungkin Cenderawasih yang dipamerkan kononnya sebagai objek misteri tidak reput kerana ia sudah diawetkan,” katanya.
Beliau berkata, masyarakat pribumi terdahulu suka memburu Cenderawasih jantan kerana cantik dan mengambil bulunya untuk dijadikan hiasan kepala. Apabila penjajah datang ke tempat mereka, masyarakat pribumi itu menghadiahkan Cenderawasih yang disalai untuk proses awetan serta memotong kaki burung itu.
“Mungkin apabila penjajah melihat burung itu tidak mereput kerana sudah diawet secara salai dan tidak memiliki kaki, mereka menganggap burung itu unik dan berasal dari syurga. Mungkin daripada fahaman penjajah itulah ia kemudian merebak ke negara dan masyarakat kita,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ideris Endut, berkata pelbagai benda lahiriah terutama benda bernajis seperti bangkai binatang boleh digunakan sebagai alat dalam perbuatan sihir seperti pelaris.
Beliau bagaimanapun berkata, walaupun bahan itu dijadikan pelaris atau tangkal, pemakai sebenarnya menggunakan bantuan jin untuk melariskan jualan atau memberikan apa-apa bantuan kepada mereka dan perbuatan itu bertentangan dengan syariat Islam.
“Kita tidak harus percaya bahawa burung itu berasal dari syurga kerana ia memang wujud di dunia ini sebagai makhluk Tuhan. Makhluk Allah SWT memang memiliki keistimewaan masing-masing termasuklah Cenderawasih tetapi ia tidak harus dipuja dan dijadikan alat untuk sihir,” katanya.
Beliau berkata, mempercayai Cenderawasih sebagai haiwan dari syurga dan mampu melariskan perniagaan adalah perbuatan kurafat dan bertentangan dengan Islam. Mempercayai pelaris juga boleh terdedah kepada syirik kerana mereka mempercayai terdapat kuasa lain (pelaris)
daripada Allah untuk memberi rezeki.
Berbanding mengamalkan ilmu sihir dan pelaris, seharusnya seseorang umat Islam itu diajar supaya berdoa kepada Allah SWT termasuk menggunakan ayat al-Quran selain berusaha bagi mencapai sesuatu hasrat seperti maju dalam perniagaan.
tamat

0 Comments:
Post a Comment
<< Home