jack the ripper
nasron1
Jenayah - Jack The Ripper, pembunuh kejam bersiri
Susunan Nasron Sira Rahim
SEPANJANG bulan ini, genaplah tempoh 118 tahun tragedi pembunuhan ngeri dalam sejarah dunia yang dilakukan penjenayah kejam digelar ‘Jack The Ripper’ di bahagian Timur London, England.
Sepanjang tempoh menjangkau satu abad itu jugalah misteri yang menyelubungi penjenayah bersiri itu kekal rahsia dan menjadi tanda tanya tidak dijawab.
Antara perkara yang menjadikan Jack The Ripper sebagai lagenda kejahatan dalam sejarah selain penjenayah itu gagal dikenal pasti adalah corak kejahatan dilakukannya amat mengerikan - mangsa disembelih, dilapah, tubuh dibelah dan organ dalaman dikeluarkan.
Mangsa Jack yang turut digelar ‘Pembunuh Whitechapel’ itu hanyalah lima pelacur walaupun ada pendapat mengatakan jumlahnya lebih daripada itu manakala tempoh jenayahnya pula hanyalah kira-kira tiga bulan. Bagaimanapun, kekejaman dan misteri pembunuhnya membuatkan kes itu terus popular sehingga kini.
Siapakah sebenarnya pembunuh bersiri yang berselindung di sebalik gelaran Jack The Ripper dan mengapa ia hanya membunuh selama tiga bulan serta lima mangsa saja? Apa tujuannya membunuh dengan kejam serta mengapa dia akhirnya menghentikan kegiatan itu?
Tidak banyak petunjuk konkrit yang ada bagi menjejak pembunuh itu, tambahan pula sains forensik masih belum maju untuk digunakan bagi mengaitkan mana-mana penjenayah dengan kes terbabit ketika itu.
Jack dikatakan mahir menggunakan pisau, berkebolehan membedah dan melapah manusia dengan pantas serta melakukan kegiatan itu ketika hari gelap. Bagaimanapun masih banyak persoalan yang belum terjawab sehingga kini.
Segala misteri itu bermula sekitar jam 4 pagi pada 31 Ogos 1888 apabila seorang penduduk menemui mangsa pertama iaitu Mary Ann Nichols, 42, di Whitechapel, East End.
Mayat wanita itu ditemui penduduk dalam kawasan gelap dengan keadaan kain dipakainya terangkat pada paras pinggang. Menyangka Mary diserang, penduduk mengangkat jasad wanita itu untuk diserah ke polis.
Seorang polis kemudian menghampiri dan menyuluh jasad wanita itu. Mereka akhirnya terkejut apabila melihat darah mengalir keluar dari leher wanita itu yang dikelar dari telinga ke telinga manakala matanya terbeliak.
Doktor yang memeriksa mayat itu mendapati sebahagian tubuhnya masih panas, menunjukkan dia mungkin dibunuh kurang setengah jam sebelum dijumpai. Terdapat kesan calar pada rahang kiri mangsa, perutnya dibelah menggunakan pisau panjang bergerigi selain kesan luka pada beberapa bahagian tubuh.
Polis tidak memiliki petunjuk mengenai kes pembunuhan itu kerana tiada saksi melihat atau mendengar sesuatu yang pelik pada malam kejadian. Tiada senjata atau suspek walaupun mayat ditemui tidak berapa lama selepas kematiannya.
Pada 6 Ogos 1888 sebelum itu, seorang pelacur, Martha Tabram, 39, ditemui mati di George Yard dengan mayatnya ditikam 39 kali pada leher dan kemaluan dengan senjata tajam.
Bedah siasat mendapati lehernya turut dikelar dan perutnya dibelah. Sesetengah pihak berpendapat pembunuhan Martha adalah angkara Jack The Ripper manakala pihak lain menamakan Mary sebagai mangsa pertama.
Lapan hari selepas kematian Mary, penduduk Whitechapel sekali lagi gempar apabila mayat seorang lagi pelacur, Annie Chapman dijumpai dalam keadaan mengerikan selain kainnya terselak hingga ke punggung, kira-kira jam 6 pagi.
Pakar bedah mengandaikan Annie mati dua jam sebelum ditemui dan mendapati sebahagian kulit perut mangsa berada di bahu manakala leher mangsa dicekik sebelum dikelar. Rusuknya dibelah, isi perut dan organ dikeluarkan dan diletakkan di bahu mangsa. Sebahagian kemaluannya juga dipotong.
Beberapa saksi mendakwa melihat Annie berbual dengan seorang lelaki berkulit gelap, memakai topi rusa dan berkot gelap pasar membelakangkannya berbual dengan Annie pada jam 5.30 pagi.
Keterangan saksi yang turut merujuk kepada ‘orang asing’, membuatkan penduduk menyimpulkan pembunuh adalah pendatang Yahudi dan menimbulkan sentimen perkauman di kalangan penduduk. Seorang Yahudi, John Pizer yang turut dikenali ‘Apron Kulit’ ditahan, bagaimanapun dia dibebaskan selepas polis gagal mengaitkannya dengan pembunuhan.
Mangsa ketiga dan keempat Jack dijumpai pada hari sama iaitu 30 September. Elizabeth Stride, 45, ditemui terbaring berlumuran darah di Dutfield Yard kira-kira jam 1 pagi dengan leher dikelar dan dipercayai mati kurang 30 minit sebelum ditemui.
Pada malam itu pula, polis sekali lagi dikejutkan dengan penemuan mayat mengerikan kira-kira 1.6 kilometer dari lokasi penemuan mayat Elizabeth. Kali ini, mayat Catherine Eddowes, 46, ditemui terbaring berlumuran darah, kainnya terselak ke pinggang, lehernya dikelar, tubuhnya dibelah dari dada ke kelangkang manakala isi perutnya terburai.
Buah pinggang kirinya dikeluarkan dengan cermat, manakala rahimnya dipotong
dan dikeluarkan, mukanya cedera teruk, kelopak mata kanannya dipotong, hidung dan telinganya hampir putus. Mangsa mati kurang 30 minit sebelum ditemui.
Siasatan polis di kawasan berhampiran menemui sehelai apron milik mangsa yang berlumuran darah dan berdekatan apron itu terdapat tulisan kapur pada dinding yang berbunyi:
“The Juwes are The men That Will not be Blamed For nothing (Yahudi adalah pihak yang tidak akan disalahkan tanpa sebab).” Tulisan itu bagaimanapun dipadamkan bagi mengelak persengketaan kaum.
Beberapa saksi melihat Elizabeth bercakap dengan lelaki yang digambarkan berusia lingkungan 30 tahun, berambut hitam, bermisai, berkulit gelap dan setinggi kira-kira 1.8 meter, memakai topi pemburu rusa dan berkot hitam, kira-kira jam 12.30 pagi. Polis bagaimanapun masih buntu mengesan pembunuh.
24
Story Dua - Surat Jack The Ripper.
GELARAN ‘Jack The Ripper’ digunakan sendiri pembunuh dalam surat yang dihantarnya ke agensi berita ketika itu. Sebelum itu, media menggelarkan penjenayah sebagai ‘Pembunuh Whitechapel’.
Sejak bermulanya pembunuhan; polis, agensi berita dan individu terbabit dalam penyiasatan kes menerima ratusan surat kononnya dihantar pembunuh. Tiga daripadanya dipercayai dihantar pembunuh sebenar berikutan fakta diberikan tidak diketahui umum melainkan pembunuh itu sendiri.
Pada 27 September 1888, agensi media Central News menerima surat ditulis dengan dakwat merah berbunyi: “Saya dengar polis sudah menangkap saya, tetapi sebenarnya mereka belum. Saya ketawa melihatkan mereka seakan begitu bijak dan mengatakan mereka sedang menjejak saya. Jenaka mengenai Apron Kulit sungguh melucukan.
"Saya memburu pelacur dan saya tidak akan berhenti selagi belum membunuh semuanya. Kerja terakhir sungguh memuaskan. Wanita itu tidak berpeluang menjerit. Bagaimana mereka nak menangkap saya? Saya sukakan tugas ini dan akan melakukannya lagi. Anda akan mendengar lagi mengenai saya dengan permainan ini.
"Saya menyimpan sedikit darah yang diambil daripada mangsa dalam sebuah botol untuk digunakan sebagai dakwat, tetapi ia menjadi pekat seperti gam dan tidak dapat digunakan. Rasanya dakwat merah sesuai sebagai ganti.
“Tugas selepas ini, saya akan kepilkan cuping telinga wanita dan hantar kepada pegawai polis sekadar untuk suka-suka. Pisau saya sungguh tajam dan cantik, saya teruskan tugas ini serta-merta, jika saya berpeluang.”
Surat dihantar pada 25 September itu ditandatangani: ‘Jack the Ripper’, yang akhirnya menjadi identiti penjenayah sehingga kini.
Pengarang Central News menganggap surat itu palsu dan tidak menghantarnya kepada polis. Selepas telinga Catherine didapati dihiris, barulah pihak itu menganggap surat itu ditulis penjenayah dan menyerahkannya kepada polis.
Beberapa hari kemudian, Central News menerima satu lagi surat bertarikh 1 Oktober yang menggunakan tulisan sama berbunyi: “Saya tidak bergurau apabila mengatakan anda akan
mendengar lagi mengenai saya. Kali ini mangsa pertama menjerit sedikit dan tidak dapat selesaikan, tidak sempat memotong telinganya untuk diberikan kepada polis. Terima kasih kerana tidak menyiarkan surat terdahulu, sehingga saya dapat meneruskan tugas lagi. Jack the Ripper.”
Surat ketiga yang dikirim pada 16 Oktober kepada George Lusk yang mengetuai Jawatankuasa Pengawasan Mile End, disertakan cebisan buah pinggang manusia. Bagaimanapun, polis gagal mengesahkan surat itu ditulis pembunuh.
Pada 9 November 1888, Jack membunuh mangsa terakhirnya, Mary Kelly, 25 tahun dan mayatnya ditemui di dalam bilik sewa di Jalan Dorset dalam keadaan berbogel, seluruh kulit perut dan paha dilapah manakala isi perutnya dikeluarkan.
Buah dadahnya dipotong, lengan luka parah, isi perut bertaburan dengan buah pinggang dan usus serta satu buah dadanya ditemui berhampiran kaki kanan, manakala kulit perut dan paha yang dilapah berada di atas meja.
Wajah mangsa terkoyak ke semua arah, hidung, dagu, kening dan telinganya dipotong, bibirnya dikerat sehingga ke dagu selain kesan kelar pada muka mangsa. Jantung mangsa dipercayai diambil pembunuh.
Bayangan Jack The Ripper akhirnya lenyap pada 1889 apabila polis mengesahkan pembunuhan sudah berakhir. Tanpa perkembangan memberangsangkan, kes siasatan Jack the Ripper ditutup pada 1892, tetapi misterinya menyebabkan gelaran itu terus menjadi legenda kejahatan sehingga kini.
Daripada beratus suspek, polis menyenarai pendekkan empat orang yang paling disyaki sebagai Jack the Ripper. Antaranya Dr Montague John Druitt, pengamal perubatan yang dilaporkan hilang selepas pembunuhan Mary Kelly dan mayatnya ditemui di Sungai Thames pada 31 Disember 1888. Beliau dikatakan gila seks dan ahli keluarganya percaya beliau adalah pembunuhnya.
Yahudi Poland, Aaron Kosminski, turut disyaki kerana tidak siuman, membenci wanita dan pelacur serta berkecenderungan membunuh. Kosminski turut dicam saksi dalam kes pembunuhan Catherine. Bagaimanapun ia diragui ramai pihak kerana pengecaman dilakukan dua tahun selepas itu dan suspek tidak menepati keterangan awal saksi itu.
Pencuri dan penipu yang menggunakan pelbagai nama, Michael Ostrog, turut disyaki kerana ketika berlaku pembunuhan di Whitechapel, Ostrog dikehendaki polis kerana gagal melapor diri. Ostrog pernah mendakwa dirinya pakar bedah dan dimasukkan ke rumah orang gila.
Tabiatnya gemar menipu membuatkan polis mempercayai beliau adalah Jack the Ripper tetapi ramai menyangkal kerana Ostrog bukanlah penjenayah kejam, tiada rekod menyerang wanita selain beliau berusia sekitar 60 tahun dan tidak menepati gambaran saksi.
Seorang lagi yang disyaki ialah George Chapman yang memiliki rekod keganasan terhadap isteri dan kekasihnya malah dikaitkan dengan pembunuhan tiga wanita, termasuk dua isterinya. Dia dihukum gantung pada 7 April 1903 kerana meracuni isteri keduanya.
Polis percaya Chapman adalah pembunuh kerana tarikh kedatangan lelaki itu ke England bertepatan dengan bermulanya kes pembunuhan dan jenayah itu terhenti seketika apabila Chapman ke Amerika. Sebaliknya, kes pembunuhan serupa berlaku pula di Amerika.
Pada 24 April 1891, seorang wanita, Carrie Brown ditemui mati dibunuh dengan kejam di New Jersey. Mangsa dicekik dan tubuhnya dicederakan dengan teruk. Chapman juga pernah mengikuti pengajian perubatan dan pembedahan di Russia.
Barangkali antara teori paling menarik pernah dibuat mengenai Jack the Ripper ialah kononnya pembunuh sebenar ialah seorang wanita iaitu bidan yang terbabit dalam kes pengguguran bayi dan menjadi gila selepas dipenjara kerana kesalahan melacur.
Teori lain mengaitkan pembunuh itu dengan keluarga Diraja Britain iaitu cucu Ratu Victoria, Putera Eddy yang dikatakan homoseksual dan melakukan pembunuhan dengan dibantu kekasihnya, James Stephen.
Walaupun ratusan suspek dikemukakan, apa yang pasti adalah misteri mengenai identiti dan tujuan pembunuhan Jack The Ripper, akan terus menjadi misteri dan tidak akan dapat diselesaikan sampai bila-bila.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home