demam virus
nasron5
Diagnosis
Oleh Nasron Sira Rahim
BERHATI-hatilah apabila anda demam. Ini disebabkan ada dua kemungkinan apabila anda mengalami keadaan demikian iaitu sama ada anda sekadar demam selsema atau mungkin dijangkiti virus berbahaya.
Kini semua penyakit bermula dengan demam, serangan virus ke dalam badan menyebabkan tubuh menjadi lemah dan tidak bermaya. Bagaimanapun, jika ia sekadar demam selsema, tiada yang perlu dikhuatiri kerana ia mungkin dapat dipulihkan kembali dalam tempoh singkat.
Demam yang lebih dikhuatiri mungkin disebabkan virus tertentu terutamanya yang tidak pernah dikenal pasti dan diketahui wujud dalam katalog perubatan sebelum ini.
Virus seperti itu kini banyak dikesan di seluruh dunia termasuk negara ini, kebelakangan ini walaupun ia tidak pernah dilaporkan sekitar 50 tahun lalu dan ia menjadi satu cabaran baru kepada dunia perubatan.
Kini, mungkin kita pernah mendengar virus dan penyakit seperti SARS, selsema burung, virus nipah, Aids dan HIV, Ebola dan Coaxsackie tetapi penduduk generasi dulu mungkin tertanya-tanya apakah maksud perkataan itu.
Ketua Profesor, Jabatan Mikrobiologi Universiti Hong Kong, Malik Peiris, berkata kewujudan virus dan penyakit baru ini berlaku disebabkan perubahan faktor persekitaran manusia ketika ini.
Beliau berkata, virus seperti itu sebenarnya sudah wujud sebelum ini tetapi ia tidak memasuki persekitaran dan menjangkiti manusia sebaliknya berada dalam habitat mereka termasuk menjangkiti haiwan tertentu saja.
“Bagaimanapun, persekitaran manusia kini berubah dan sudah berlakunya percampuran antara dunia manusia dengan binatang lain, contohnya sudah ada manusia yang meminati hidangan daripada binatang eksotik (seperti kura-kura, monyet dan tenggiling) ketika ini.
“Mungkin virus itu sebelum ini terdapat dalam kelompok haiwan eksotik itu saja tetapi apabila manusia memakan hidupan itu, virus itu merebak ke dalam diri manusia pula,” katanya.
Beliau berkata, apabila manusia bergerak ke merata dunia sama ada menggunakan kapal terbang atau pengangkutan lain, virus yang hanya terdapat di satu tempat itu turut tersebar ke tempat lain.
Dalam penerangan disediakan syarikat pembekal barang kesihatan, United Italian Trading (M) Sdn Bhd, demam atau selsema biasa berbeza dengan demam virus kerana selsema berlaku dengan kadar perlahan dan antara simptomnya adalah sakit tekak, hidung tersumbat, pening atau berhingus selain batuk bagaimanapun ada kes di mana pesakit tidak mengalami sebarnag simptom.
Demam virus pula berjangkit dengan cepat sehingga menyebabkan seseorang itu mengalami sakit atau lemah yang sangat teruk serta sakit dan lenguh pada otot. Demam virus bermula daripada sistem respiratori dan mudah merebak kepada orang lain.
Demam virus yang berlarutan boleh menyebabkan penyakit tertentu dan mungkin beberapa komplikasi kesihatan sehingga menyebabkan kematian selain merebak dari paru-paru ke organ badan lain seperti otak, jantung, hati dan buah pinggang.
Penyakit disebabkan virus ini mudah merebak mengikut jenisnya, antaranya seseorang itu mungkin dijangkiti melalui proses bersentuhan dengan pesakit atau bercakap dengan pesakit (virus merebak dari air liur atau nafas pesakit ke udara sebelum memasuki tubuh seseorang).
Seseorang itu boleh mengelak daripada dijangkiti demam virus dengan menerima suntikan vaksin pada setiap tahun. Walaupun keberkesanan vaksin tidaklah 100 peratus, ia didapati mampu mengelak seseorang itu dijangkiti virus antara kadar 70 hingga 90 peratus.
Bagaimanapun, suatu vaksin tidak dapat mencegah virus yang baru ditemui. Justeru, vaksin itu sentiasa diperhebatkan pada setiap tahun menyebabkan seseorang itu juga perlu menerima vaksin setiap tahun.
Selain memperoleh vaksin yang lebih bermutu, suntikan baru dapat memperkuatkan kadar keberkesanan vaksin yang semakin menurun selepas setahun.
Antara mereka yang perlu menerima vaksin adalah seseorang berusia lebih 65 tahun, dewasa dan kanak-kanak yang memiliki penyakit di bahagian jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah serta penyakit kronik seperti kencing manis atau penyakit buah pinggang; tinggal atau bekerja di tempat berpotensi diserang penyakit seperti hospital, mereka yang lemah sistem imunisasi tubuh serta mereka yang tinggal bersama kumpulan yang disebutkan.
Individu yang tidak boleh menerima vaksin adalah bayi berusia bawah enam bulan dan seseorang yang memiliki alahan kepada telur atau bulu ayam, alah kepada vaksin serta mereka yang sedang sakit, perlu sembuh terlebih dulu sebelum menerima vaksin.
Mereka yang menerima vaksin mungkin mengalami kesan sampingan iaitu kesakitan sekitar kawasan suntikan serta demam sementara serta sakit di bahagian kepala dan otot.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home