darah tinggi
nasron2
Diagnosis - tekanan darah tinggi
Oleh Nasron Sira Rahim
JIKA anda bersama dua lagi rakan berkumpul, seorang daripada anda mungkin menghidap tekanan darah tinggi atau hipertensi. Ini disebabkan kajian menunjukkan 30 peratus atau satu daripada tiga rakyat Malaysia menghidap penyakit itu.
Malah, lebih membimbangkan adalah masalah kesihatan itu kini mula menular tidak saja di kalangan penduduk dewasa tetapi juga di kalangan remaja seawal usia 18 tahun.
Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datuk Dr Azhari Rosman, bagaimanapun berkata golongan remaja yang menghidap penyakit itu sukar untuk diberi bantuan kerana mereka tidak tampil menjalankan pemeriksaan lanjut disebabkan kurangnya kesedaran mengenai bahaya penyakit itu.
Beliau berkata, tekanan darah tinggi juga tidak menunjukkan sebarang simpton sekali gus menyebabkan remaja terbabit tidak mengetahui bahawa mereka menghidap masalah kesihatan itu sebaliknya beranggapan mereka sihat.
“Peratusan sebenar pesakit tekanan darah tinggi di kalangan remaja berusia 18 tahun akan dijalankan pada tahun ini kerana sukar untuk mengesan dan mengumpulkan profil penghidap remaja (bagi mengetahui punca) kerana mereka tidak berjumpa dengan doktor.
“Penyakit ini tidak menunjukkan simpton tertentu dan sukar untuk mengesannya. Memang terdapat simpton seperti sakit kepala dan kabur pandangan tetapi ia juga mungkin disebabkan penyakit lain,” katanya yang juga perunding Kardiologi dan Elektrofisologi di Institut Jantung Negara.
Dr Azhari berkata, sememangnya ramai penduduk negara ini yang menghidap tekanan darah tinggi dan ia berpunca daripada pelbagai faktor antaranya faktor keturunan iaitu anak-anak menghidap darah tinggi berikutan diwarisi ibu bapanya.
“Faktor lain adalah terlalu gemuk dan memiliki tahap kolesterol tinggi, hormon tidak stabil, pengambilan steroid selain persekitaran dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, jarang bersenam dan mengambil makanan bergaram secara berlebihan.
“Terdapat juga penyakit lain yang menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi seperti sakit buah pinggang,” katanya.
Tekanan darah tinggi ditakrifkan sebagai keadaan di mana tekanan darah dalam arteri atau salur darah meningkat secara kronik. Tekanan darah seseorang yang kurang dari 120/70 mmHg didefinisikan sebagai normal.
Hipertensi biasanya terjadi pada tekanan darah 140/90 mmHg atau ke atas dan ia diukur di kedua lengan sebanyak tiga kali dalam jangka masa beberapa minggu. Jika bacaan masih sama, maka seseorang itu menghidap darah tinggi.
Tekanan darah tinggi kebiasaannya berlaku dalam beberapa keadaan antaranya jantung berdegup atau mengepam lebih kuat bagi mengalirkan lebih banyak darah pada setiap kali degupan.
Selain itu, arteri hilang kekenyalan dan menjadi kaku sehingga ia tidak dapat mengembang ketika jantung mengepam darah melaluinya. Keadaan itu menyebabkan darah dipaksa melalui pembuluh sempit pada setiap denyutan jantung.
“Pengambilan terlalu banyak garam menyebabkan tubuh memerlukan lebih air sekali gus merangsang penambahan darah dalam badan.
“Bertambahnya darah dalam satu pusingan degupan juga menyebabkan meningkatnya tekanan darah dan hal ini terjadi jika ginjal (buah pinggang) tidak mampu membuang sejumlah garam dan air dari dalam tubuh,” katanya.
Stres atau tertekan juga mampu meningkatkan tekanan darah disebabkan apabila stres, hormon dan steriod dalam badan seseorang bertambah dan merangsang kadar degupan jantung tetapi ia hanya menyebabkan tekanan darah meningkat secara sementara dan kembali normal apabila seseorang itu bertenang.
Bahayakah tekanan darah tinggi? Jika anda (terutamanya remaja) menganggap tekanan darah tinggi tidak berbahaya dan mengabaikan aspek pemulihan atau pencegahannya, maka Dr Azhari menjelaskan masalah kesihatan itu menjadi punca penyakit lain yang lebih berbahaya sehingga mampu membawa kesengsaraan dan maut!
“Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat dan dibiarkan berlarutan akan menyebabkan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian, kegagalan buah pinggang, mati pucuk dan juga lumpuh akibat strok,” katanya.
Strok mungkin tidak menyebabkan kematian tetapi sanggupkah anda lumpuh dan hanya terbaring seumur hidup? Keadaan itu secara tidak langsung memerlukan penjagaan rapi daripada orang lain.
“Kajian Realiti Global Mengenai Sikap Terhadap Pencegahan Strok dan Hipertensi (GRASP) yang dilakukan di empat negara Asia mendapati terapi antihipertensi terbukti dapat mengurangkan risiko strok sebanyak 25 peratus.
“Strok dan serangan jantung kini tidak lagi dihidapi warga emas malah golongan remaja juga terdedah kepada penyakit itu,” katanya.
Pada masa kini, rawatan terhadap tekanan darah tinggi dilakukan dalam dua cara iaitu kembali mengamalkan hidup sihat seperti mengurangkan berat badan, mengurangkan makanan bergaram, bersenam dan menjauhi aktiviti yang menyumbang kepada risiko penyakit itu selain mengambil ubatan.
“Bagi kes pesakit yang memiliki tekanan darah yang terlalu tinggi, dia mungkin perlu mengambil sehingga tiga jenis ubat setiap hari bagi satu tempoh lama.
“Penghidap tekanan darah tinggi tidak digalakkan bersenam terlebih dulu kerana aktiviti itu akan meningkatkan tekanan darah. Sebaliknya dia perlu mengurangkan tekanan darah terlebih dulu sebelum bersenam bagi mengurangkan berat badan dan kolesterol,” katanya.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home