misteri dan kepercayaan tahyul
nasron9
Misteri- benda-benda pelik
FAKTA NOMBOR:
bayaran masuk
# RM5
pelawat
# RM2
pelajar
Oleh Nasron Sira Rahim
KEPERCAYAAN kepada makhluk halus dan alam mistik adalah antara anutan yang mula-mula muncul di kalangan manusia primitif seluruh dunia termasuk negara ini lantaran mereka masih belum menerima kedatangan Islam ketika itu.
Kepercayaan digelar ‘animisme’ itu mempercayai bahawa setiap benda di Bumi ini seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar memiliki ‘jiwa’ yang mesti dihormati supaya semangatnya tidak mengganggu manusia malah akan membantu mereka menghindari semangat jahat lain dalam kehidupan seharian.
Selain daripada jiwa yang mendiami sesuatu benda atau lokasi, animisme juga mempercayai bahawa ‘roh’ orang mati mampu masuk ke dalam tubuh haiwan.
Melewati masa, Islam mula muncul di negara ini sekitar abad ke-15 dan ramai mula menganuti Islam dan meninggalkan kepercayaan animisme.
Bagaimanapun, apa yang lebih menghairankan adalah masih ada umat Islam yang mempercayai dan mengamalkan pemujaan semangat dan alam mistik walaupun ia sudah bertentangan dengan Islam kerana bersifat tahyul, khurafat dan syirik.
Selain itu, terdapat juga segelintir masyarakat yang tidak menganut Islam masih menganuti kepercayaan animisme sehingga kini dan kebanyakan mereka didapati tinggal jauh di pedalaman dan terdiri daripada masyarakat Orang Asli.
Sebahagian amalan aminisme itu kini dapat dilihat di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur menerusi ‘Pameran Alam Misteri’ yang diadakan dari 1 Ogos hingga 14 September ini, dari jam 9 pagi sehingga 9 malam.
Perkara dan kuasa mistik sememangnya wujud dan mampu bertindak balas dengan manusia kerana ia mungkin disebabkan perlakuan jin yang berasal dari alam ghaib yang tidak dapat dilihat manusia.
Akan tetapi, dalam ajaran Islam, manusia dilarang memuja makhluk itu kerana ia adalah syirik dan bertentangan dengan syariat manakala perkara mistik yang diada-adakan pula sekadar tahyul dan mempercayainya dianggap khurafat.
Ketua Projek Pameran Alam Misteri, Mohd Imran Nul Hakim, berkata selain kepercayaan dan amalan mistik, pameran itu turut mempamerkan mengenai perkara pelik yang terdapat di dunia sekali gus membuktikan kebesaran Allah SWT dalam menjadikan sesuatu kejadian.
“Terdapat 30 jenis barang mistik dan aneh yang diperoleh dari dalam negara selain dari Thailand, Kemboja, Papua New Guinea dan Indonesia dipamerkan dan semua barang dibekalkan oleh Farmwell Sdn Bhd,” katanya.
Antara penjelasan bagi sebahagian barang yang dipamerkan adalah:
- KAYU PEMUJAAN: Kayu yang diperoleh dari Negeri Sembilan ini adalah sebahagian daripada akar pokok besar yang digunakan sebagai tempat pemujaan masyarakat dulu kala. Terdapat ukiran katak, penyu dan labi-labi pada kayu itu.
Kambing hutan adalah antara binatang yang dijadikan persembahan dalam upacara berkenaan dan walaupun kelihatan sudah mati, struktur dalaman akar kayu itu didapati masih hidup.
- PAKU PONTIANAK: Mengikut mitos, paku besi ini digunakan untuk memaku kepala pontianak dan sebaik dipaku, hantu itu akan bertukar menjadi gadis jelita.
Asal paku yang diperoleh dari Kelantan itu adalah kepunyaan seorang bomoh yang diwarisi secara turun temurun selama tiga generasi dan dipercayai berusia ratusan tahun. Paku itu digunakan untuk tujuan perubatan seperti mengubati mangsa yang dirasuk hantu.
- ANAK KERAK: Ia adalah janin bayi yang berusia empat bulan yang diambil selepas ibunya mati dibunuh untuk tujuan ilmu hitam. Ia digunakan sebagai pelaris, sihir, penunduk dan ia banyak terdapat di Thailand.
- BURUNG CENDERAWASIH: Burung ini dihikayatkan dalam kitab kuno iaitu Tajul Muluk dan dikatakan berasal dari kayangan dan selalu mendampingi wali Allah. Memiliki struktur tubuh yang unik dan pelik iaitu dikatakan memiliki empat sayap dan dua jalur menyerupai dawai di bahagian ekor.
Diriwayatkan bahawa tidak ramai yang memiliki burung cenderawasih kerana ia bukan berasal dari bumi dan pada zaman dulu, ia hanya dimiliki kerabat diraja sebagai barang berharga.
Burung itu dikatakan akan mati jika menjejak kaki ke bumi namun turut dinyatakan bahawa bangkai burung cenderawasih tidak reput kerana ia memakan embun dari ‘syurga’. Malah, burung itu mengeluarkan bau wangi.
- KAPAK GERGASI: Digunakan suku kaum di Kalimantan untuk menjalankan hukuman kepada sesiapa yang melanggar adat.
- PEMBERIAN NENEK KEBAYAN DAN SENJATA BUNIAN: Seorang petapa yang bertapa di Gunung Ledang, Johor dihadiahkan keris, rambut dan permata oleh Nenek Kebayan. Senjata bunian yang turut dijumpai di gunung itu digunakan untuk pelbagai tujuan sama seperti senjata yang digunakan manusia.
- KERIS PICIT: Keris ini digunakan sebagai alat untuk menguji kekuatan batin murid seni persilatan Melayu. Besi keris yang panas dan berwarna merah akan digenggam murid dan jika ia berjaya dilakukan serta kesan jari tertera pada mata keris, maka ilmu perguruan mereka dianggap berjaya.
- PATUNG KENIT: Patung ini berasal dari Sawankhalok, Siam sekitar abad ke-13 hingga abad ke-15. Kajian etnografi menunjukkan ia digunakan untuk mengelakkan ibu daripada mati ketika melahirkan anak. Roh jahat disalurkan ke dalam patung sebelum ia dibuang ke dalam laut.
- TOPENG HUDO: Topeng ini dipakai suku Kenyah dan Kayan di Sarawak semasa upacara putaran musim pertanian, pesta selain menyambut tetamu.
Pemakai topeng akan menjadi perantara sementara antara makhluk ghaib dan dirinya dan ia juga turut digunakan bomoh sebagai perantara roh ketika menghalau semangat jahat dalam proses penyembuhan pesakit atau upacara pengebumian.
- HIDUPAN MENJADI BATU: Turut dipamerkan adalah keajaiban alam ciptaan Tuhan yang menukarkan sesuatu hidupan seperti ikan, cacing, ketam, tapak Sulaiman, ubi, kayu dan bawang yang akhirnya menjadi batu.
- BATU PETIR DAN PERMATA: Batu petir dikatakan dipancarkan dari langit ketika kilat sehingga menyebabkan adanya pokok tumbang ketika keadaan itu. Turut dipamerkan adalah permata yang jarang dilihat seperti bintat kelapa dan permata embun.
- KEAJAIBAN TUHAN: Terdapat juga pelbagai barang seperti batu dan tumbuhan yang tertera kalimah ‘Allah’ dalam tulisan Jawi selain bentuk tumbuhan yang menyerupai seseorang sedang rukuk ketika solat.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home