tibi
nasron2
Dimensi
Oleh Nasron Sira Rahim
DENGAN hanya satu hembusan, kuman Tubercle Bacilli mampu berpindah dan menjangkiti ramai individu lain seterusnya 'bersarang' dalam tubuh terbabit bertahun lamanya.
Ia diam di dalam tubuh seseorang dan menunggu masa; apabila tiba saatnya sistem imunisasi individu itu menjadi lemah antaranya akibat penyakit kencing manis, AIDS, barah atau penyakit akibat merokok, kuman itu akan menyerang dan merosakkan organ penghidapnya.
Organ yang paling diminati kuman itu adalah paru-paru selain selaput otak, kelenjar leher dan tulang malah pada tahap kritikal iaitu tanpa rawatan, Tubercle Bacilli mampu menghasilkan kerosakan maksimum sehingga menyebabkan penghidapnya menemui maut.
Penyakit yang dihasilkan kuman itu pernah dikenali sebagai batuk kering di negara ini, suatu ketika dulu. Ia bagaimanapun digelar Tuberculosis atau Tibi dalam istilah perubatan.
Sejarah menunjukkan Tubercle Bacilli dipercayai wujud sejak 2,500 tahun Sebelum Masihi (BC) tetapi ia bagaimanapun mula dikesan pakar bakteria, Dr Robert Koch pada 1882.
Pada zaman awal kajian mengenainya, tibi adalah antara penyakit yang merunsingkan doktor dan ditakuti penduduk dunia. Masakan tidak, dengan sekali hembusan nafas, ia mampu menjangkiti ramai pihak malah kaedah rawatannya pula mengambil masa lama.
Ketua Institut Perubatan Respiratori (IPR), Datin Dr Aziah Ahmad Mahayiddin, berkata sejarah penyakit itu di Malaysia menyaksikan bahawa satu daripada tiga katil hospital seluruh negara diisi pesakit tibi, sebelum 1960.
"Menyedari bahawa kuman ini cepat merebak, kerajaan memulakan langkah kawalan dengan memperkenalkan Program Kawalan Tibi Kebangsaan (PKTK) sekitar 1960. Empat Pusat Tibi Negara (PTN) diwujudkan iaitu di Lembah Klang adalah Hospital Lady Tample dan IPR, Hospital Permai di Johor dan Hospital Tanjung Rambutan di Perak.
"Antara lain PKTK menyediakan program rawatan yang lebih berstruktur dengan PTN mengawasi kewujudan kes tibi di seluruh negara, menyediakan langkah kawalan, penyelidikan makmal dan mengasingkan pesakit sepanjang rawatan," katanya.
Melewati masa, penemuan ubatan bagi mengatasi penyakit itu kemudiannya dikomersilkan, suntikan BCG bagi meningkatkan sistem imun badan dan mencegah serangan tibi pada organ luar paru-paru mula diperkenalkan kepada bayi, kanak-kanak berusia tujuh dan 12 tahun turut dijalankan.
Hasil penciptaan ubatan dan program kawalan yang dilakukan, ramai pihak mula menarik nafas lega apabila statistik graf jangkitan tibi mula menurun dan berkurangan untuk suatu tempoh lama sehinggakan penyakit 'batuk kering' seolah-olah semakin hilang daripada ingatan penduduk.
Keadaan selesa itu berterusan sehinggalah sekitar awal 1990-an, penelitian mendapati statistik pada graf jangkitan tibi meningkat kembali daripada 11,778 kes setahun yang dicatatkan pada 1995, ia melonjak kepada hampir 16,000 kes setahun, tahun lalu.
Mungkin ramai tidak menyedari tetapi tibi turut menyumbang kepada kematian kira-kira 1,500 penduduk negara ini dalam setahun dan dengan peningkatan jumlah kes, kadar kematian juga dijangka meningkat.
Dr Aziah berkata, antara faktor peningkatan kes disebabkan bertambahnya jumlah penghidap HIV, kencing manis dan penyakit yang melemahkan sistem imun badan selain banyaknya kawasan yang sesak dengan manusia.
"Bagaimanapun, penyakit tibi bukanlah penyakit yang berbahaya dan mampu disembuhkan tetapi ia penyakit yang mudah merebak. Mungkin ada individu yang terdedah kepada bakteria tibi tetapi tidak sakit kerana sistem imunisasi badan yang kuat melemahkan bakteria berkenaan.
"Bagi pesakit yang dijangkiti pula, dengan pengambilan ubatan berterusan, mereka mampu sembuh. Berlakunya kes kematian pula disebabkan, pesakit mula mendapatkan rawatan ketika sudah di tahap kronik selain tidak mengambil ubatan mengikut masa ditetapkan.
"Apabila mereka mengambil ubat selama dua minggu dan berasa sihat, mereka mula mengabaikannya menyebabkan bakteria itu tidak mati sebaliknya menjadi kebal terhadap ubat dan menyerang semula," katanya.
Penyakit tibi juga dikenal pasti sebagai antara tiga penyakit berjangkit yang paling banyak direkodkan di negara ini pada setiap tahun selain malaria dan denggi. Tibi juga direkodkan antara penyakit berjangkit yang menyebabkan banyak kematian selain malaria, denggi dan AIDS.
Sekitar 33 peratus daripada pesakit AIDS maut disebabkan jangkitan tibi berikutan virus HIV memusnahkan sistem imunisasi tubuh pesakit dan akhirnya bakteria Tubercle Bacilli yang terdapat dalam badan atau baru berjangkit, merosakkan organ badan.
Pada peringkat global pula, Tibi pernah mencetuskan kebimbangan sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan 'kecemasan global' pada 1993 dan rekod pihak itu menunjukkan hampir tiga juta penduduk dunia yang menghidap tibi, maut setiap tahun.
Jika Malaysia mencatatkan hampir 16,000 kes penghidap tibi baru pada setiap tahun, WHO mencatatkan hampir lapan juta penghidap baru, setiap tahun serta mendahului carta penyakit berjangkit yang membawa kematian.
Berbanding penduduk Malaysia, pendatang asing yang berada di negara ini hanya mencatatkan antara 10 hingga 14 peratus kes jangkitan tibi.
nasron2b
dimensi 2nd story
Oleh Nasron Sira Rahim
SUATU ketika dulu, pesakit yang menghidap batuk kering atau tibi terpaksa diasingkan daripada masyarakat. Lebih memilukan apabila ada antara ahli keluarga yang terpaksa dipisahkan untuk suatu tempoh lama bagi menjalani rawatan.
Tindakan itu dilakukan berikutan tibi amat mudah berjangkit; hanya menerusi percakapan atau pernafasan ia mampu merebak kepada ramai pihak. Malah tanpa rawatan awal dan berterusan, penyakit itu mampu membawa maut.
Tambahan pula sekitar 1950-an, negara masih belum mencapai kemajuan dalam bidang perubatan dan rawatan menyebabkan kaedah pengasingan pesakit daripada khalayak masyarakat perlu dilakukan.
Syukur saja kerana melewati batasan masa, kemajuan teknologi perubatan menyebabkan ubatan dan vaksin berjaya dihasilkan sebagai penawar kepada penyakit berkenaan sehingga menyebabkan pesakit tidak lagi perlu diasingkan daripada orang lain.
Pakar Perunding Perubatan dan Respiratori Pusat Perubatan Selangor, Dr Hamidah Shaban, berkata pesakit tibi yang mula mendapatkan rawatan dan mengambil ubat yang disyorkan boleh bercampur dengan orang ramai kerana kesan ubat itu menyebabkan kuman tibi tidak lagi dapat disebarkan.
"Tibi adalah penyakit sebaran udara yang mana kuman penyebab tibi iaitu bakteria Mycobacterium Tuberculosis (turut dikenali Tubercle Bacilli) di sebarkan melalui udara dalam bentuk titisan yang dikeluarkan seseorang pesakit tibi dan boleh menjangkiti orang lain apabila mereka batuk atau bersin.
"Setiap kali pesakit tibi batuk atau bersin mereka akan mengeluarkan titisan halus yang membawa beribu-ribu kuman tibi terapung di udara di sekitar mereka dan akan menjangkiti orang lain yang menyedutnya,” katanya.
Beliau berkata, walaupun kuman tibi menjangkiti seseorang, ia tidak akan memberi kesan terhadap kesihatan jika individu itu memiliki sistem imunisasi yang kuat serta mampu mengatasi kuman terbabit.
Bagaimanapun, kuman itu akan tetap berada di dalam tubuh badan seseorang dan menjadi tidak aktif serta akan menyerang kembali apabila sistem imunisasi individu itu menjadi lemah akibat penyakit seperti AIDS, kencing manis atau buah pinggang.
“Kuman ini paling kerap menyerang paru-paru dan pesakit yang menghadapi tibi paru-paru atau digelar tibi pulmonari dianggarkan sekitar 90 peratus manakala 10 peratus lagi pada bahagian badan lain,” katanya.
Selain paru-paru, kuman itu juga menyerang anggota badan lain seperti sendi, kelenjar leher, otot, tulang, saluran kencing, sistem saraf pusat, sumsum tulang dan sistem limfa dan bagi setiap serangan, ia menunjukkan simptom kesakitan berbeza.
Contohnya, jika serangan berlaku pada tulang belakang, ia boleh menyebabkan sakit belakang manakala Mycobacterium Tuberculosis yang menyerang buah pinggang menyebabkan pesakit mengalami masalah kencing berdarah.
Serangan pada paru-paru menyebabkan berlakunya batuk berdarah, batuk berterusan lebih 2 minggu, kahak mengandungi darah serta sakit dada apabila batuk atau ketika menarik nafas yang panjang.
Selain simptom berasingan mengikut organ serangan, pesakit mengalami beberapa simptom serupa antaranya demam, susut berat badan, berpeluh pada petang atau malam, hilang selera makan dan sentiasa keletihan.
Apabila kuman terbabit memasuki badan seseorang, sistem imun akan mula menyerang bakteria tibi selepas dua hingga lapan minggu dijangkiti. Sel darah putih dipanggil makrofaj akan dihasilkan untuk melawan bakteria itu dan jika bakteria itu mati, individu itu akan bebas sepenuhnya daripada masalah tibi.
“Bagaimanapun pesakit tibi yang menjalani rawatan awal mampu sembuh dengan mengambil ubat saja selama enam bulan secara berterusan. Pada dua bulan pertama, empat jenis ubat perlu diambil setiap hari manakala pada empat bulan seterusnya, tiga jenis ubat perlu diambil setiap hari,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, masih terdapat kes penyakit tibi yang menyebabkan kematian malah di negara ini, jumlah kematian akibat penyakit itu dianggarkan sekitar 1,500 setahun.
“Kematian boleh berlaku jika pesakit tidak mendapatkan rawatan awal dan mengunjungi pusat rawatan apabila penyakit itu berada di tahap kronik. Ada juga kes pesakit beranggapan mereka terkena santau kerana mengalami batuk berdarah dan mendapatkan rawatan bomoh terlebih dulu.
“Faktor lain adalah pesakit yang tidak mengambil ubat mengikut jadual. Apabila mereka mengambil ubat untuk tempoh tertentu dan mula berasa sihat, mereka berhenti mengambilnya menyebabkan kuman itu menjadi kebal dan kembali merebak,” katanya.
Berikutan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengeluarkan strategi rawatan tibi menerusi Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus (DOTS) antara lain memerlukan pesakit mengambil ubat di hadapan kakitangan kesihatan terlatih selama dua bulan.
Dr Hamidah berkata, ubat anti-tibi turut memberi kesan sampingan antaranya gatal, kulit menjadi merah, mata kekuningan, warna air kencing menjadi jingga dan rasa tidak selesa tetapi ubat itu perlu terus diambil bagi memastikan pesakit sembuh sepenuhnya.
Selain kaedah rawatan, kerajaan mula memperkenalkan suntikan BCG sebagai langkah pencegahan kepada tibi yang menyerang otak dan organ badan bukan paru-paru.
“Bagi mengelak jangkitan tibi, seseorang perlu menjaga pemakanan dan kesihatan bagi memastikan mereka memiliki sistem imunisasi badan yang kuat, mengelakkan berada di kawasan yang sesak dengan manusia selain memastikan pengudaraan sesuatu premis adalah baik.
“Mereka juga perlu berada di bawah pancaran matahari atau memastikan cahaya matahari dapat memasuki premis kerana cahaya matahari mampu membunuh bakteria Mycobacterium Tuberculosis,” katanya.
FAKTA
-Tanda Awal Penyakit Tibi Paru-paru:
* Batuk berterusan 2 minggu atau lebih.
* Kahak mungkin mengandungi darah.
* Demam, selalunya berpeluh, pada waktu petang atau malam.
* Mudah letih dan berasa lemah.
* Mungkin mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menarik nafas panjang.
* Hilang selera makan.
* Kurang berat badan.
-Mengesan Tibi
* Jika anda mengalami batuk berterusan selama lebih dua minggu, anda hendaklah menguji kahak anda untuk kuman tibi.
* Ujian x-ray dada juga boleh membantu mengesan Tibi. Kawasan x-ray yang tidak telus cahaya berkemungkinan dijangkiti kuman tibi.
* Ujian mantoux berupa suntikan dilakukan bagi memastikan terdapat kuman tibi walaupun tidak aktif di dalam tubuh seseorang.
* Ujian kontak iaitu ujian terhadap kelompok yang didekati penyebar kuman tibi seperti keluarga, rakan sekerja akan dilakukan sebagai pemantauan.
- Negeri paling tinggi kes adalah Sabah, Selangor, Sarawak, Johor dan Perak.
FAKTA NOMBOR
Penyakit tibi di Malaysia
#59:100,000
kadar pesakit dengan penduduk
# 25-45 tahun
umur paling ramai pesakit iaitu 40 peratus.
#69 %
pesakit tibi adalah lelaki
#87.6%
kadar sembuh
FAKTA
LANGKAH KAWALAN TIBI KEMENTERIAN KESIHATAN
- memperbanyakkan aktiviti pendidikan kesihatan kepada orang ramai bagi mengenal tanda-tanda awal penyakit Tibi.
- membuat pemeriksaan saringan di klinik kesihatan dan hospital bagi kes-kes yang mempunyai tanda-tanda penyakit.
- membuat pemeriksaan saringan terhadap mereka yang berisiko tinggi seperti penghidap HIV-AIDS, pendatang asing dari negara yang memiliki kejadian tibi yang tinggi, penghuni institusi seperti penjara atau pusat serenti, mereka yang menghidap diabetes atau berhadapan dengan kegagalan buah pinggang.
- menjalani saringan kesihatan secara mandatori terhadap pekerja asing yang ingin memohon permit kerja dalam negara.
- memperluaskan pemantauan terhadap rawatan tibi melalui kaedah penyeliaan langsung rawatan (DOT) dengan menggunakan anggota kesihatan dan perubatan serta sukarelawan terlatih.
-menggunakan sistem 'inspectorate' untuk mengesan konteks dan pesakit tibi yang ingkar rawatan.
- melaksanakan program pelalian BCG kepada bayi dan kanak-kanak sekolah serta mempergiatkan aktiviti itu terutama kanak-kanak Orang Asli di seluruh negara.
- mempertingkatkan aktiviti latihan kepada kakitangan perubatan dan kesihatan serta sukarelawan serta bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, pengamal perubatan di sektor swasta dan hospital swasta.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home