kesan kemalangan
nasron11
Elak Kemalangan
Oleh Nasron Sira Rahim
HIDUP sengsara, lumpuh, dipenjara atau maut sekelip mata! Jika semua pemandu di negara ini dapat menghayati kesan memandu secara berbahaya dan cuai sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya, pasti statistik kemalangan termasuk kemalangan maut dapat dikurangkan.
Pelumba litar dan rali kebangsaan, Sutan Mustaffa Salihin, berkata punca utama kemalangan terus berlaku disebabkan pemandu gagal menyedari bahawa potensi kemalangan sentiasa ada walaupun hanya dengan sedikit tindakan berbahaya (seperti tidak mengikut peraturan jalan raya) atau cuai (antara kecuaian utama adalah tidak menggunakan signal untuk membelok).
Malah, kesan kemalangan boleh membawa sengsara yang tidak sedikit terhadap keluarga dan diri pemandu. Senario yang tidak mustahil adalah kemalangan boleh meragut nyawa pemandu tanpa diduga walaupun sebelum itu pemandu terbabit bangun dari tidur dalam keadaan ceria!
Statistik menunjukkan kira-kira 16 orang secara purata, mati setiap hari akibat kemalangan dan disebabkan kemalangan boleh berlaku dengan hanya sedikit tindakan berbahaya atau cuai yang anda lakukan, mungkinkah anda menjadi mangsa seterusnya?
“Memandu adalah aktiviti paling berbahaya yang kita dilakukan setiap hari malah memandu juga mendedahkan diri seseorang kepada kecederaan dan kematian. Kita masih hidup sehingga kini kerana kita hanya bernasib baik,” katanya yang juga Pengarah SMS Motorsport & Driving yang membekalkan khidmat latihan pemanduan profesional secara defensif dan teknik memandu.
Sutan berkata, pemandu juga perlu membayangkan bahawa tindakan agresif mereka semasa memandu secara cuai dan bahaya akan menyebabkan kemalangan kepada insan tersayang atau ahli keluarga mereka sendiri.
“Jika orang lain memandu secara bahaya dan cuai menyebabkan orang tersayang atau ayah, ibu dan ahli keluarga mereka kemalangan, mereka akan marah; oleh itu mereka juga perlu memandu secara berwaspada bagi mengelakkan kemalangan kepada orang lain,” katanya.
Katanya, jika tidak membabitkan kecederaan, kemalangan yang sedikit saja sudah merugikan dari segi masa, tenaga dan kos membaiki kenderaan yang kini semakin mahal dan mencecah lebih ratusan ringgit. Justeru, kemalangan adalah tidak berbaloi sama sekali dan perlunya seseorang pemandu sentiasa berwaspada dan mengelak daripada berlakunya kemalangan.
Katanya, antara kaedah pemanduan yang selamat dan mampu mengelak dari kemalangan adalah pemanduan defensif yang bermaksud ‘mengurus ruang bagi mengelak kemalangan walaupun berpunca daripada tindakan salah pemandu lain dan membabitkan perkembangan teknik pemanduan yang prihatin berdasarkan pemerhatian efektif, jangkaan tepat dan kawalan kenderaan yang sempurna’.
Beliau berkata, pemandu yang baik memiliki empat perkara iaitu pengetahuan (antaranya kelebihan sikap sabar, kaedah memandu defensif, teknik memandu), kejuruteraan (mengetahui kemampuan kenderaan dan aspek kejuruteraannya), disiplin dalam mengikut peraturan jalan raya dan kesedaran untuk memandu secara berhemah dan waspada.
“Pemandu yang memandu secara bahaya atau cuai disebabkan mereka tiada pengetahuan termasuk mengetahui kesan sengsara kemalangan akibat tindakan mereka. Jika mereka mengetahui, mereka pasti akan berhati-hati ketika memandu.
“Jika ada pemandu yang memandu secara berbahaya, kita jangan ‘berlawan’ kerana dia tiada pengetahuan berbanding kita sebaliknya cari ruang untuk mengelakkan kemalangan. Jangan bertindak agresif kerana ia mungkin boleh menimbulkan kemalangan atau pergaduhan dan ia tidak menguntungkan.
“Malah ada kes pertengkaran di jalan raya menyebabkan pergaduhan sehingga berlakunya kematian. Elakkan, sebaik-baiknya fikir hanya untuk sampai di rumah atau lokasi dituju dengan selamat,” katanya.
Katanya, jika berlaku kes pemandu lain cuba mencetuskan pergaduhan, bertindak agresif, pembuli jalan raya atau kenderaan diekori, kaedah terbaik adalah memandu ke balai polis dan menyelesaikan kes di situ.
“Jika terbabit dalam kemalangan pula, pertama sekali jangan panik. Jika keadaan tidak selamat untuk keluar seperti kemungkinan dibelasah; ingat lokasi kemalangan, masa, nombor kenderaan dan terus membuat laporan di balai polis,” katanya.
Antara panduan diberikan Sutan kepada semua pemandu adalah membuang rasa ego dan tidak sabar ketika memandu, sentiasa menimba pengetahuan mengenai teknik pemanduan selamat dan kaedah mengelak kemalangan selain sentiasa menjangka potensi keadaan yang boleh berlaku kemalangan.
FAKTA NOMBOR
# 80 peratus
kemalangan boleh dielakkan
# 95 peratus
kemalangan berpunca dari kesilapan manusia
# 16
purata kematian akibat kemalangan jalan raya sehari
FAKTA
Lima tabiat Memandang Terbaik bagi mengelakkan kemalangan
1. Pastikan anda dapat dilihat pemandu lain.
-tunjukkan niat anda dengan jelas, jika tidak yakin maka tunggu. Jika tidak dapat melihat, jangan pergi. Gunakan signal, lampu atau hon untuk berkomunikasi dengan pemandu lain. Jangan berada di lokasi yang tidak dapat dilihat pemandu lain dan jangan berada bersebelahan kenderaan terlalu lama.
2. Pandang tinggi di atas stering.
-lihat sejauh mungkin; lihat ke mana anda hendak tuju dan bukannya ke mana kereta anda menuju; pandang ke dalam selekoh laluan; lihat melepasi lampu hadapan kenderaan jika memandu malam.
3. Dapatkan pandangan yang luas.
-pastikan jarak mengekori selamat; elak memandang sesuatu objek terlalu lama dan dapatkan pemandangan penuh.
4. Gerakkan mata anda.
- gerakkan mata anda setiap dua saat.
- periksa cermin pandang belakang anda.
- jangan fokus penglihatan kepada sesuatu objek.
- ubahsuai segera pemanduan mengikut perubahan trafik.
5. Berikan anda ruang mengelak atau keluar.
- kekalkan ruang bertindak atau berfikir.
- cari ruang atau jalan untuk keluar dari bahaya.
- bersedia untuk berundur.
- jangan memandu laju di tempat yang salah.
- jarakkan kenderaan menggunakan peraturan dua dan empat saat.
- periksa kedudukan kenderaan anda.
- bergerak mengikut kelajuan dan arus perjalanan trafik.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home