zoo malam
Publication : BM
Edition :
Date : 27/11/2005
Page Number : 01
Headline : Menemani haiwan malam
Words : 811
Byline : Oleh Nasron Sira Rahim
Text :
MALAM dan kegelapan bukan suatu janji atau penentuan bahawa semua
pergerakan akan terhenti dan setiap makhluk akan memejamkan mata untuk
tidur. Bagi sesetengah spesis haiwan, sama ada jinak atau liar, waktu
begitu adalah sebaliknya di mana pergerakan mereka bermula.
Tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana kehidupan kumpulan haiwan jenis
itu kerana pelbagai aktiviti siang berlaku, mereka pula merehatkan diri.
Bagaimanapun, tabiat haiwan itu bukanlah rahsia kerana sejak dua tahun
lalu, Zoo Negara di pinggir Kuala Lumpur mendedahkan sebahagian spesis
haiwan yang terdapat di zoo itu untuk bergurau senda dan bermesra dengan
pengunjung menerusi program `Zoo Negara By Night'.
Pengarah Zoo Negara, Dr Mohamad Ngah, berkata menerusi program itu,
keluarga yang sibuk pada waktu siang masih berpeluang menghayati
kehidupan haiwan pada waktu malam.
Jika anda beranggapan adalah membazir melawat haiwan pada waktu malam
kerana mereka tidak aktif, maka tanggapan itu tidak tepat kerana
kebanyakan haiwan mula aktif selepas terbenamnya matahari.
Berikutan itu, waktu malam adalah masa paling sesuai untuk menikmati
keunikan pola kehidupan haiwan berjenis itu antaranya rusa, kucing liar,
musang, harimau, ular, landak, tapir, badak air dan segelintir spesis
burung.
Seperti menukar giliran kerja, ada juga haiwan yang tidak aktif pada
waktu malam seperti monyet menyebabkan kawasan penempatan haiwan itu
ditutup untuk lawatan bagi membolehkan mereka berehat.
Bagaimanapun, jika anda berhajat untuk meninjau kehidupan singa, anda
mungkin tidak dapat melihat haiwan itu bergerak aktif kerana fakta
menunjukkan singa tidur sehingga 20 jam sehari, tanpa mengira siang atau
malam. Anda dikira bernasib baik jika dapat melihat singa bergerak aktif,
Dr Mohamad berkata, Zoo Negara by Night dibuka pada 2003 sempena
sambutan ulang tahun ke 40 pembukaannya. Ia hanya dibuka pada hari Sabtu,
Ahad dan cuti umum bermula jam 9 pagi hingga 10 malam.
Sebaik melangkah masuk ke dalam Zoo Negara, pengunjung diberi peluang
bersemuka dalam jarak dekat, berinteraksi dan mengambil gambar dengan
haiwan tertentu seperti ular sawa yang dikawal pegawai zoo.
Pengunjung boleh memilih untuk melawat zoo dengan berjalan kaki atau
menggunakan kereta api mini yang disediakan secara percuma dan dengan
menaiki kereta api mini itu, pengunjung dibawa melawat hampir 60 peratus
kawasan zoo daripada keseluruhan keluasan 16 hektar.
Selain melawat secara bebas ke mana-mana lokasi penempatan haiwan,
pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan pelbagai haiwan yang
menunjukkan kemahiran masing-masing bermula jam 8 malam.
Ada pelbagai aksi menarik dipertontonkan kumpulan haiwan itu antaranya
telatah memerang mengutip sampah yang bertaburan untuk dibuang ke bakul
sampah selain pertunjukan singa laut.
"Pegawai zoo melatih semua haiwan ini sejak kecil hinggalah mahir. Ia
mengambil masa yang agak lama dan memerlukan latihan berterusan hampir
setiap hari," katanya.
Pada sesetengah kawasan penempatan haiwan seperti rusa dan badak air,
pengunjung dapat merasai pengalaman menyuap makanan yang ditetapkan dan
dibekal Zoo Negara sambil mengusap haiwan berkenaan.
Dr Mohamad berkata, pihaknya kini tidak lagi menggunakan kaedah
kurungan terhadap haiwan tetapi membuat halangan seperti kawasan parit
berair dan tembok bagi menghalang haiwan terlepas tetapi bagi burung,
pihaknya terpaksa menggunakan sangkar.
"Bagi burung Ranggung Padi pula, iaitu sejenis spesis bangau, kita
melepaskan mereka untuk terbang dan burung ini mampu bergerak sehingga ke
Puchong dan Putrajaya tetapi akan kembali semula ke zoo selepas itu,"
katanya.
Beliau berkata, sejak Zoo By Night dibuka, sambutan pengunjung adalah
menggalakkan iaitu kehadiran kira-kira 2,000 pengunjung pada waktu malam
berbanding sehingga 4,000 pada siang dan kebanyakan pengunjung adalah
keluarga. Jumlah pengunjung teramai bagi Zoo Negara menjangkau 15,000
orang sehari pada musim cuti sekolah atau perayaan.
"Memang jumlah kehadiran pengunjung pada waktu malam kurang sedikit
berbanding pada siang tetapi antara tarikan lawatan pada waktu malam,
pengunjung bagaikan merasai sendiri suasana berada di dalam hutan bersama
keluarga.
"Tingkah laku haiwan ketika siang berlainan dengan malam, contohnya ia
mungkin agresif dan keluar memburu pada malam tetapi pada siang ia
membuat aktiviti lain dan pengunjung meninjau sendiri kehidupan haiwan
itu," katanya.
Lawatan ke Zoo Negara pada waktu malam bukan saja membekalkan
pengetahuan umum mengenai alam haiwan kepada pengunjung tetapi turut
dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan menerusi sesi lawatan yang
menggembirakan.
Zoo Negara
* Diiktiraf sebagai zoo bertaraf dunia apabila berjaya membiakkan
beberapa haiwan yang hampir pupus antaranya spesis buaya Junjulung dan
burung Batak Upih.
* Turut menyediakan pakej sambutan hari keluarga dan aktiviti mencari
harta karun dan merancang beberapa pakej lagi antaranya perkahwinan di
dalam zoo dan seminar mingguan mengenai haiwan.
* Fungsi zoo adalah rekreasi, pendidikan, penyelidikan dan pemuliharaan.
* Harga haiwan yang dipertunjukkan adalah mahal antaranya seekor
penguin berharga kira-kira RM30,000 dan singa laut kira-kira RM400,000.
* Pengunjung yang ingin melawat Zoo Negara dikenakan bayaran RM10 bagi
dewasa, kanak-kanak (RM5) serta rombongan sekolah (RM3) dan bayaran itu
dipercayai termurah di seluruh dunia.
Antara haiwan yang aktif pada waktu malam
Tapir: Agak pemalu pada waktu siang tetapi jauh lebih mudah didekati
pada waktu malam.
Landak: Berehat pada siang hari bagi mengumpul tenaga untuk berkeliaran
pada waktu malam.
Burung: Ada burung berjenis `nokturnal' seperti burung hantu yang aktif
pada waktu malam.
Ular: Kebanyakan ular memburu pada waktu malam.
(END)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home