seni ukir bali
Publication : BM
Edition :
Date : 09/04/2006
Page Number : 10
Headline : Seni ukir hidupkan Bali
Words : 382
Byline : Oleh Nasron Sira Rahim
Text :
SEPANJANG jalan yang menjadi tumpuan di Bali, Indonesia, pengunjung pasti
dapat melihat banyak landskap berbentuk ukiran patung batu yang
digambarkan penduduk setempat sebagai `dewa dewi' atau `semangat'.
Antara lokasinya ialah pintu masuk premis perniagaan dan pelancongan
selain penghujung jambatan sekali gus menjelaskan bahawa kepercayaan
masyarakat tempatan terhadap dewa amat kuat.
Dalam lawatan 12 wartawan ke pulau itu yang dianjurkan Holiday Villa
Hotels & Resorts serta Air Asia, kelihatan banyak patung agam setinggi
empat meter di bulatan jalan di daerah Denpasar bagi menggambarkan dewa
dewi dalam doktrin Hinduisme.
Pemandu pelancong yang juga penduduk asal Bali, Nyoman Kastawan,
berkata patung berupa dewa-dewi dan semangat didirikan dengan kepercayaan
bahawa ia dapat menghalau `semangat jahat' daripada memasuki sesuatu
kawasan selain dijadikan hiasan seni taman.
Mungkin ia tidak begitu sesuai dengan tradisi masyarakat Malaysia tapi
di Bali, patung atau wajah `semangat' turut diukir pada dinding, monumen
selain arca untuk perhiasan taman.
Berikutan itu, tidak menghairankan apabila banyak hotel atau tempat
penginapan yang didirikan pelabur luar di pulau itu turut mempamerkan
ukiran patung berkenaan - bukan bertujuan sebagai upacara keagamaan
sebaliknya sekadar hiasan landskap.
Mengambil contoh Diwangkara Holiday Villa di pantai Sanur, rekaan
landskap tumbuhan menghijau yang ditanam di sebalik ukiran batu dan
patung bertujuan mewujudkan ketenangan dan mendekatkan pengunjung kepada
alam semula jadi.
Ukiran pelbagai saiz itu sememangnya memiliki unsur seni tersendiri dan
dihasilkan dengan penuh cermat dan sempurna rekaannya.
Jelasnya hasil seperti itu memerlukan kemahiran pertukangan yang
profesional dan apabila melihat banyak sekali bengkel ukiran di sepanjang
jalan menuju ke mana-mana daerah di Pulau Bali, ia membuktikan pulau itu
memiliki ramai pengukir hebat.
Beliau berkata, ukiran semangat dan dewa-dewi itu diperbuat daripada
batu gunung berapi tetapi ada juga patung semangat yang dihasilkan
daripada bahan lain seperti kayu dan kertas.
Ukiran patung yang kecil dan diperbuat daripada kayu pula dihasilkan
sebagai cendera hati dan banyak dijual di premis perniagaan sebagai
kenang-kenangan kepada pelancong ketika melawat Pulau Bali.
Keunikan seni ukir dan patung yang dihasilkan di Pulau Bali adalah
antara budaya tempatan yang berjaya memikat jutaan pelancong mengunjungi
pusat percutian berkenaan pada setiap tahun.
Melihatkan banyaknya ukiran patung batu itu di merata-rata tempat sudah
menjelaskan betapa penduduk di pulau seluas 5,600 kilometer persegi atau
empat kali keluasan Singapura itu begitu kuat kepercayaannya kepada agama
Hindu Dharma, justeru pulau itu digelar sebagai Pulau Dewata.
(Yang melawat Pulau Bali, Indonesia, baru-baru ini)
(END)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home