SIRI 4 - pembunuhan Intan Yusniza
nasron42
Fail Jenayah - pembunuhan Intan Yusniza
SIRI EMPAT
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
MINGGU lalu, Fail Jenayah menceritakan yang tertuduh kes pembunuhan Intan Yusniza Mohamad Yunus, 12, dan ibu angkatnya, Hanizah Ismail, 56; mengaku kepada polis yang dia membunuh kedua-dua beranak itu.
Pengakuan Zainuzzaman Mohamad Jasadi, 24, itu dibuat di Balai Polis Brickfields ketika disoal siasat kira-kira jam 12.30 tengah hari, 2 Julai 1991 malah tertuduh juga menunjukkan tempat beliau menyembunyikan senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu iaitu batang besi selain pakaian yang dipakai ketika kejadian.
Berikutan itu, pada 7 Mac 1991, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur memerintahkan perbicaraan itu dipindah ke Mahkamah Tinggi selepas pihak pendakwaan yang mengemukakan 15 saksi berjaya membentuk kes mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan yang membawa kepada hukuman mati jika sabit kesalahan.
Tertuduh menghadapi dua tuduhan menyebabkan kematian Intan Yusniza, dan Hanizah di rumah No. 74, Blok V, Rumah Panjang, Jalan Kuchai Lama antara pukul 9.30 malam 22 Jun 1991 dan pukul 7.42 pagi 24 Jun 1991.
Bagaimanapun, di Mahkamah Tinggi, kes pembunuhan itu menjadi semakin menarik apabila mahkamah menolak pengakuan bersalah tertuduh untuk diterima sebagai bahan bukti dalam perbicaraan kes berkenaan.
Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua peguam ketika ‘perbicaraan dalam perbicaraan’ bagi menentukan sejauh mana kebenaran pengakuan yang dibuat pemuda itu sebelum ini.
Ketika membuat keputusan itu, hakim bersetuju dengan hujah peguam bela tertuduh yang keterangan pengakuan yang diambil di Balai Polis Brickfields itu tidak dibuat secara sukarela.
Dalam pengakuannya di Mahkamah Majistret pada 2 Julai 1991, tertuduh mengaku membunuh Intan Yusniza dan Hanizah; bagaimanapun, ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi, Zainuzzaman mendakwa dia membuat pengakuan membunuh itu berikutan tindakan pegawai polis memukulnya dengan getah kabel.
Dia juga mendakwa tidak diberi sebarang makanan sehingga pengakuan membunuh Intan dan Hanizah dibuat pada 2 Julai 1991. Pengakuan itu akhirnya ditolak untuk digunakan sebagai bukti perbicaraan.
Sebelum itu, Mahkamah Tinggi yang bersidang pada 4 Ogos 1992 diberitahu saksi pendakwa yang seorang lelaki dikenali ‘Man Pendek’ menjual seutas rantai berukir nama Intan kepadanya pada 1991.
Penyembelih ayam berusia 20 tahun itu berkata Man Pendek adalah seorang penagih dadah dan menawarkan dua utas rantai untuk dijual kepadanya tetapi dia hanya membeli rantai yang berukir nama Intan dengan harga RM30.
Bagaimanapun, beliau mensyaki rantai itu barang curi kerana sebelum itu, Man Pendek pernah menjual kepadanya sebuah radio yang dicuri. Berikutan itu, saksi itu memberitahu perkara berkenaan kepada kawannya yang berkhidmat sebagai anggota polis di Balai Brickfields.
Sepupu tertuduh pula turut memberitahu yang pada 25 Jun 1991, tertuduh memberinya seutas rantai untuk digadaikan selepas gagal mendapat wang daripadanya malah tertuduh mengaku yang rantai itu memang barang curi.
Pada 5 Ogos 1992 pula, mahkamah diberitahu yang Intan Yusniza dan ibu angkatnya meninggal dunia kerana kecederaan yang teruk di kepala akibat dipukul dengan senjata
tumpul.
Pakar Perunding Perubatan Forensik Hospital Besar Kuala Lumpur memberitahu kedua-dua mangsa meninggal dunia lebih daripada sehari dan kurang daripada 48 jam sebelum bedah siasat dijalankan.
Beliau berpendapat senjata yang mengakibatkan kecederaan itu berbentuk memanjang seperti batang besi, kayu atau rotan termasuk botol dan tempurung kepala Intan Yusniza pecah dan ada pendarahan teruk pada lapisan kulit otaknya.
MINGGU DEPAN - Keputusan kes: bersalah dan tidak bersalah
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home