Soal Jawab kenaikan kos hidup
Soalan SJ
ZAMAN kemerdekaan dulu, dengan 10 sen saja boleh beli bermacam-macam tapi sekarang, 10 sen sudah tidak bernilai apa-apa. Itulah analogi kenaikan kos sara hidup yang dialami penduduk negara ini selepas 50 tahun merdeka.
Setiap tahun, ada saja harga barang dan perkhidmatan yang dinaikkan. Petrol, tarif elektrik dan air, tepung gandum lebih-lebih lagi makanan. Wartawan Berita Minggu, NASRON SIRA RAHIM menemui Profesor Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Prof Dr Pazim @ Fadzim Othman untuk menganalisa kesan kenaikan ini terhadap masyarakat.
S: Belumpun gaji kakitangan kerajaan dinaikkan, sudah ada peniaga menaikkan harga barang. Pada pandangan Prof, keadaan ini berpunca daripada sikap tamak peniaga atau ada sebab lain?
J: Kerajaan baru saja membuat pengumuman kenaikan gaji kakitangan kerajaan tapi peniaga sudah menaikkan harga sebahagian barang keperluan atau dalam perancangan untuk menaikkannya, mereka hanya sedang menunggu masa yang sesuai saja.
Ini perkara atau suasana biasa bagi Malaysia, sebaliknya kalau kerajaan mengumumkan untuk menurunkan harga sesuatu barang, mereka amat liat untuk menurunkan dengan serta merta malah dengan berbagai alasan diberikan seperti perlu menghabiskan stok lama.
Stok lama perlu dihabiskan dulu sebelum membuka stok baru yang harga cadangan kerajaan adalah lebih rendah. Inilah senario yang sering berlaku di Malaysia, amat proaktif terhadap kenaikan harga dan tidak aktif dalam penurunan harga.
Semua ini tidak lain dan tidak bukan hanya semata-matanya kerana bersifat tamak serta mencari peluang untuk meraihkan keuntungan yang paling tinggi, mungkin sesuai dengan objektif perniagaan iaitu untuk memaksimumkan keuntungan.
Mungkin ada sebab dan alasan yang munasabah apabila peniaga perlu menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Sebagai contoh, apabila harga minyak masak naik, maka akan berlaku kenaikan dalam kos pengeluaran, maka peniaga roti canai misalnya, terpaksa atau mempunyai alasan kukuh untuk menaikkan harga roti canainya.
Cuma cara kenaikan harga roti canai itu kadangkala tidak munasabah. Harga minyak masak naik 20 sen sekilogram (kg), tetapi harga sekeping roti canai naik 10 sen sedangkan sekilogram minyak masak boleh buat berpuluh roti canai!
Begitu juga apabila harga petrol dinaikkan maka kos pengangkutan akan turut naik dan ini membabitkan kenaikan caj perkhidmatan, maka bayaran bas sekolah juga turut dinaikkan oleh pengusaha bas sekolah.
Tetapi dalam kebanyakan kes, kenaikan harga barang dan perkhidmatan adalah lebih kepada sifat tamak serta keinginan untuk mencari peluang bagi meraih keuntungan oleh pihak peniaga.
S: Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ada saja barang dan perkhidmatan yang dinaikkan setiap tahun. Bagaimana Prof melihat fenomena ini terhadap masyarakat Malaysia?
J: Sejak dua, tiga tahun kebelakangan ini, tidak dinafikan kita dibebankan dengan kenaikan bersiri harga barang dan perkhidmatan. Dulu ketika zaman saya sekolah, bawa 10 sen saja boleh beli bermacam-macam tapi sekarang, budak-budak pergi sekolah pun kena bawa RM2.
Kini, harga petrol, tol, gula, tepung, ayam, caj bekalan elektrik, caj bekalan air, cukai tanah dan berbagai lagi dinaikkan. Semua ini adalah antara barang dan perkhidmatan yang banyak membebankan ramai pengguna dari golongan kaya, berpendapatan rendah dan miskin.
Tetapi kesan yang paling teruk dirasai golongan berpendapatan rendah dan miskin. Kadangkala kita pun tidak tahu punca sebenar kenapa harga barang dan perkhidmatan harus dinaikkan dengan kerap sebegitu rupa, boleh dikatakan setiap tahun ada saja kenaikan.
Kerap kali juga alasan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel ialah untuk mengelak barang itu diseludup ke negara jiran kerana pengguna di sana terpaksa membelinya pada harga yang lebih tinggi.
Bagi kenaikan harga petrol, kerajaan memberi alasan untuk mengimbangi harga pasaran minyak dunia dan untuk meringankan beban kerajaan melalui pemberian subsidi minyak. Juga terdapat alasan bahawa tol dinaikkan kerana ini termaktub dalam perjanjian kerajaan dengan pihak pemegang konsesi lebuh raya. Cuma pihak rakyat tidak pernah didedahkan kepada bentuk perjanjian yang sudah dibuat. Pendek kata, akan ada saja alasan dari pihak kerajaan.
Barangan dan perkhidmatan keperluan adalah kumpulan barangan dan perkhidmatan yang perlukan oleh semua golongan rakyat - yang kaya raya, yang miskin melarat dan yang papa kedana. Kenaikan harga tidak akan meninggalkan apa-apa beban kepada golongan kaya tetapi golongan yang miskin melarat dan papa kedana, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan keperluan ini akan menjadi beban tambahan kepada mereka.
Sepatutnya kerajaan lebih prihatin terhadap isu ini. Adalah lebih baik untuk kerajaan tidak membenarkan kenaikan harga berkenaan dengan menyediakan subsidi sepenuhnya kepada pihak pengeluar barang dan perkhidmatan. Melalui kaedah ini golongan yang memang sudah terhimpit hidup tidak akan merasai bebanan tambahan.
S: Bagaimana kenaikan harga boleh berlaku dan siapakah pihak yang menjadi ‘dalang’ kepada masalah ini?
J: Mungkin terdapat banyak faktor yang membawa kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Antaranya keadaan yang boleh dijadikan alasan kukuh ialah kenaikan kos pengeluaran yang memaksa pihak pengeluar menjualnya kepada pemborong dan peniaga dengan harga yang lebih tinggi. Alasan ini mungkin boleh diterima.
Tetapi teori ekonomi juga mengatakan bahawa apabila pihak pengeluar membesarkan kapasiti pengeluarannya kepada yang berskala yang lebih besar maka ia mampu mengurangkan kos purata perunit pengeluarannya. Dengan ini maka harga perunit barangan dan perkhidmatan di pasaran akan menjadi lebih rendah. Tambahan pula, jika terdapat persaingan dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang sama jenis, maka ini juga akan membawa kepada penurunan dalaman harga pasaran. Kalau teori ini benar, maka tidak akan berlaku kenaikan harga dengan begitu kerap.
Faktor lain adalah pihak pembekal sengaja menyembunyikan bekalan barangan sehingga mencetuskan suasana panik dan seumpamanya serta memberi isyarat bahawa bekalan barangan tidak mencukupi, maka dengan demikian harga perlu dinaikkan.
Dalam kebanyakan kes, akan terdapat ‘komplot kerjasama’ antara pengeluar dan pembekal untuk mencorakkan suasana yang boleh memaksa pihak kerajaan menerima alasan untuk menaikkan harga pasaran terhadap barangan dan perkhidmatan. Komplot kerjasama sebegini akan lebih berjaya dilakukan jika hanya terdapat beberapa pengeluar atau pembekal dalam pasaran. Oleh itu, besar kemungkinan bahawa kenaikan harga barangan dan perkhidmatan adalah disebabkan oleh komplot ini yang bertujuan untuk mengeksploitasi pengguna, kerana objektif utamanya ialah untuk meraih keuntungan maksimum.
Bagi golongan ini tanggungjawab sosial bukan objektif mereka. Paling teruk dan amat malang lagi adalah golongan ini tidak memiliki nilai agama. Dari sudut Islam, mereka dari golongan ini tidak mempunyai sifat ‘qanaah’, iaitu berpada-pada dengan apa yang diperoleh. Dalam kes peniaga, ia merujuk kepada berpada-pada dengan untung yang diperoleh, tetapi mereka mahu yang lebih dari itu sehingga mereka membelakangkan hukum halal dan haram serta tidak juga mengira batas dan sempadan agama. Bagi mereka, lebih penting adalah untuk memperoleh untung sama ada dengan ‘membujur lalu melintang patah’ atau ‘matlamat mengharuskan cara’ yang sebenarnya bertentangan dengan Islam.
S: Adakah kos sara hidup masyarakat Malaysia pada masa kini seimbang dengan pendapatan yang diperoleh mereka?
J: Tidak seimbang. Golongan kaya naik banyak manapun mereka masih mampu bayar tetapi golongan sederhana dan miskin terutama golongan petani, mereka tertekan kerana pendapatan mereka adalah rendah tetapi kos sara hidup adalah tinggi. Lebih-lebih lagi mereka yang tidak memiliki pekerjaan tetap atau menganggur kerana tidak mendapat kerja.
Sekarang ini, jika diumumkan kenaikan gaji 10 peratus tetapi harga barang atau perkhidmatan naik 10 peratus juga, kita tidak merasa apa-apa kesenangan kerana kenaikan gaji itu digunakan untuk menampung kos sara hidup. Apa yang kita khuatir adalah kenaikan harga barang adalah lebih besar daripada kenaikan gaji.
Kesan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan paling berat ditanggung oleh orang yang berpendapatan rendah dan golongan miskin, terutama para petani dan nelayan yang berada di luar bandar.
Para petani misalnya menerima pendapatan dari usaha harian mereka, pendapatan mereka tidak menentu, kadang-kadang tinggi kadang-kadang rendah. Tambahan pula harga keluaran pertanian dan perikanan jarang naik seperti kenaikan barangan pengguna akhir yang lain.
Jurang ekonomi antara golongan kaya dan miskin dalam negara ini pula, masih wujud. Ada kalanya semakin melebar, bergantung kepada keadaan ekonomi semasa. Walaupun kadar kemiskinan sudah menurun ke tahap yang agak rendah iaitu sekitar enam peratus, namun masih terdapat golongan tertentu yang masih terperangkap dalam kancah kemiskinan.
Jika dihalusi dari segi antara kaum, intra-kaum, dan sub-sektor, misalnya, akan terdapat perbezaan yang nyata. Kadar kemiskinan di luar bandar adalah jauh lebih tinggi dari kadar kemiskinan di bandar. Kemiskinan di kalangan petani, pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan juga berbeza-beza.
Kadar kemiskinan di kalangan petani padi adalah yang tertinggi dalam negara. Pendapatan purata bulanan di antara kaum Melayu, Cina dan India juga berbeza, di antara sesama kaum, misalnya - golongan kaya Melayu dengan golongan Melayu miskin - juga banyak perbezaan.
Di negara ini, masih ada golongan yang terlalu miskin. Contohnya seperti dipaparkan dalam rancangan ‘Bersamamu’ yang dikeluarkan TV3, dapat dilihat betapa miskinnya golongan ini dan setiap minggu ada kes baru yang dipaparkan. Golongan seperti ini akan lebih tertekan jika kos sara hidup di negara ini terus meningkat.
S: Kenaikan harga barang, perkhidmatan dan kos sara hidup ini akan mengubah keadaan sosial masyarakat?
J: Kesannya ramai yang lebih menumpukan kepada hendak mencari duit daripada aspek lain seperti sosial, agama dan kerohanian, rumah tangga dan akhlak.
Ada yang terpaksa bekerja 24 jam, siang dan malam. Pagi kerja pejabat, malam jadi pengawal keselamatan atau berniaga di pasar malam semata-mata nak menampung kenaikan kos sara hidup. Malam pun mereka bekerja sedangkan dalam Islam, malam dikhususkan untuk berehat, melakukan aktiviti bersama keluarga atau mencari ilmu.
Akibatnya, banyak aspek lain dalam kehidupan diabaikan semata-mata nak mencari duit. Anak-anak duduk di rumah lihat ibu bapa tak ada kerana keluar bekerja dan mereka pun menjadi bebas. Keadaan ini boleh menimbulkan lagi gejala sosial.
Apabila hidup kesempitan, tidak mustahil kecenderungan untuk melakukan jenayah seperti menerima rasuah boleh berlaku lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak kuat iman dan banyak ilmu agamanya. Tapi mereka hendak kuat iman dan banyak ilmu agama macam mana kerana terpaksa bekerja siang dan malam untuk menampung hidup.
Baru-baru ini kerajaan mengumumkan untuk lebih menekankan kepada pembentukan modal insan, menitikberatkan hal kerohanian dan akhlak serta melahirkan masyarakat berilmu tetapi dengan tekanan ekonomi untuk menyara hidup sekarang, matlamat modal insan itu mungkin tidak berjaya.
S: Sepanjang pengetahuan Prof, adakah masyarakat di negara luar terutama negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) atau Jepun turut menghadapi masalah kenaikan harga barang? Dan bagaimana reaksi masyarakat dan kerajaan di sana?
J: Di negara lain pun ada masalah kenaikan harga tetapi tidak sekerap di Malaysia. Di Malaysia, setiap tahun ada saja barang dan perkhidmatan yang naik harga.
Tapi di negara lain, contohnya di AS, apabila harga pasaran minyak mentah dunia turun, harga petrol mereka juga turun tapi di Malaysia, harga yang naik, jangan haraplah nak turun-turun lagi.
Apabila harga minyak mentah dunia sudah turun, harga petrol kita tidak turun. Bermacam-macam alasan diberikan antaranya nak kurangkan subsidi minyak tetapi lepas itu umumkan pula Petronas untung berbilion.
Daripada keuntungan itu kerajaan salurkan kepada benda yang membazir dan tidak membawa faedah kepada rakyat keseluruhannya, adalah lebih baik jika diguna untuk kebajikan rakyat. Tapi ia disalurkan kepada projek seperti jalan sana, jalan sini, panjat sana, panjat sini, itu semua tidak menguntungkan rakyat.
Sepatutnya keuntungan itu disalurkan untuk mengurangkan beban rakyat. Ada rakyat yang masih tidak makan kerana tiada duit tapi dibina pula dewan okestra yang bernilai berjuta ringgit.
Kerajaan mengumumkan keuntungan (syarikat berkaitan kerajaan) berbilion tetapi pada masa sama umumkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan, masyarakat kian tertekan. Contohnya kerajaan umum Petronas untung tetapi harga petrol terpaksa dinaikkan juga.
Sedangkan Petronas cumalah syarikat yang bertanggungjawab mengusahakan hasil bumi Malaysia, justeru keuntungan yang diperoleh perlu dikembalikan kepada rakyat.
Banyak syarikat yang menaikkan kadar kos perkhidmatan (seperti lebuh raya, elektrik atau air) kita lihat bonus yang diberikan kepada pekerja mereka kadang-kadang sampai lima, enam bulan gaji.
Di negara lain juga misalnya, ada sistem pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT) yang hanya perlu bayar sekali saja dan tiketnya boleh diguna sepanjang hari serta boleh naik pengangkutan itu banyak kali tetapi di Malaysia ada dua tiga LRT dan setiap satu dikenakan bayaran berbeza. Bayaran pula mahal.
Ada juga negara luar yang jalan rayanya selebar-lebar tetapi tidak mengenakan tol pun. Jika ada pun, sepanjang 100 kilometer hanya ada satu tol, itupun bayarannya cuma 30 sen saja malah tidak ada orang (jurutol) yang jaga.
Tapi Malaysia adalah antara negara yang memiliki paling banyak tol. Jarak yang pendek pun ada sampai tiga tol malah bayaran setiap tol pula lebih daripada RM1, sudah susahlah nak jumpa tol yang bayarannya di bawah RM1.
Mengapa perlu buat banyak tol? Ia mungkin satu cara mewujudkan banyak syarikat yang mana syarikat ini boleh mengaut keuntungan tetapi yang tertekannya adalah pengguna. Alasan yang diberikan adalah sebagai kos penyelenggaraan tetapi berapa sangat kos itu.
Alasan lain adalah mengikut syarat perjanjian kerajaan dengan pihak pemegang konsesi lebuh raya. Persoalannya mengapa kerajaan membuat syarat sedemikian rupa? Mungkin kerajaan sudah silap ketika membuat perjanjian itu (dengan bersetuju untuk menaikkan kadar tol selepas selang tempoh masa) jadi kerajaan haruslah memperbaiki kesilapan itu.
Negara lain juga boleh berfikir untuk mengadakan banyak tol bagi mengaut keuntungan tetapi mereka tidak lakukan kerana negara mereka lebih ‘mesra rakyat’ dan mementingkan kebajikan rakyat. Mujur saja sekarang ini motosikal tidak kena tol.
S: Prof mengatakan ada kenaikan harga akibat komplot kerjasama pengeluar dan pembekal. Pada pandangan Prof, bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini?
J: Dalam sesetengah kes, campur tangan kerajaan adalah paling berkesan untuk mengatasi masalah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang tidak diluluskan.
Ini berlaku apabila peniaga cuba mencari peluang untuk menaikkan harga barangan lain selain daripada apa yang dibenarkan kerajaan. Pemantauan yang menyeluruh dari masa ke semasa perlu dilakukan.
Jika kementerian terbabit memerlukan pegawai tambahan, ini perlu dilakukan. Negara menghadapi ramai graduan lepasan universiti yang masih menganggur. Mereka boleh dilatih untuk menjalankan tanggungjawab tersebut.
Jangan hanya memberi amaran seperti ‘pihak Kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang ingkar’ saja. Amaran seperti ini sudah lapuk. Kerajaan perlu berbincang dengan syarikat pengeluar untuk mengelakkan kenaikan harga barang.
Campur tangan kerajaan memang perlu malah itu adalah satu daripada peranan mereka selaku kerajaan. Kerajaan perlu membela kebajikan rakyat. Sekarang ini jika asyik diumumkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan, dikhuatiri keyakinan rakyat terhadap kerajaan juga akan menurun dan kesannya mungkin kelihatan pada pilihan raya akan datang.
S: Kos sara hidup mungkin akan terus naik pada setiap tahun. Pada pandangan Prof, bagaimana seharusnya pengguna bereaksi terhadap keadaan ini?
J: Fenomena kenaikan harga yang berlaku di Malaysia akan berterusan di masa akan datang. Para pembekal, pengeluar dan peniaga akan sentiasa mencari jalan dan helah untuk terus menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.
Kita sebagai pengguna terpaksa mengubah cara hidup kita dengan berbelanja secara berhemah. Hanya membeli barangan yang diperlukan saja. Jangan menjadikan kad kredit sebagai jalan pintas untuk berbelanja. Di AS contohnya, beribu orang sudah disahkan bankrap akibat dari penggunaan kad kredit.
Begitu juga dengan pinjaman bank. Syarikat kad kredit dan bank sememangnya mahukan orang mendapatkan kad kredit dan membuat pinjaman bagi menjalankan perniagaan mereka malah ada bank yang menawarkan pinjaman peribadi sehingga RM50,000.
Ramai pengguna tidak sedar yang pinjaman itu perlu dibayar dengan kadar faedah sehingga tujuh, lapan peratus setahun. Mereka hanya nampak yang pinjaman membolehkan mereka mendapat wang saja. Malah meminjam dengan kadar faedah ‘bunga’ itu riba dan haram. Secara tidak langsung, ia mengheret kita kepada perkara yang berdosa.
Sebenarnya keputusan untuk berbelanja terletak di tangan pengguna. Jika kita boleh mengawal diri kita, insyaAllah, kita boleh mengurangi tekanan kenaikan kos hidup akibat dari kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Fikir dulu sebelum membeli. Kerap kali juga pengguna membeli sesuatu apabila pihak peniaga mempamerkan iklan ‘Jualan Murah’ dan sebagainya. Oleh kerana jualan murah, maka ramai juga pengguna akhirnya membeli barangan walaupun ia tidak begitu diperlukan dalam hidupnya.
Oleh itu pembelian didasarkan kepada jualan murah tetapi bukan kepada keperluan hidup. Biar kita beli dan memaksimumkan penggunaan terhadap barangan yang kita beli. Biar ‘kalah membeli menang memakai’.
Masyarakat perlu didik untuk mengharungi tekanan dari kenaikan harga dalam negara. Mereka terpaksa menerima hakikat bahawa harga akan sentiasa naik dan mereka perlu mengimbanginya dengan tabiat membeli yang bijak. Kalau yang berkeluarga itu, ubahlah kepada masak dan makan di rumah berbanding makan di luar (restoran).
S: Cadangan Prof bagi mengurangkan beban rakyat akibat tekanan ekonomi ini?
J: Dalam keadaan sekarang pihak kerajaan perlu memainkan peranan penting untuk membendung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Jika perlu, tambahkan lagi senarai barangan keperluan dalam senarai ‘barangan kawalan’.
Contohnya jika dulu, kenderaan dianggap barang mewah tapi sekarang kenderaan sudah menjadi barang keperluan. Kita sebagai pengguna boleh memainkan peranan untuk mengawasi tabiat membeli.
S. Dalam keadaan kos sara hidup rakyat yang semakin menekan kini, apa yang Prof harapkan menerusi Bajet 2008 yang akan dibentangkan tidak lama lagi?
J: Saya harap kerajaan akan mencari kaedah untuk mengurangkan beban rakyat. Hidup rakyat kini semakin dibeban dan beban itu diharap dapat dikurangkan.
Mungkin boleh dikurangkan cukai jalan atau meninggikan kadar pendapatan yang boleh dikenakan cukai pendapatan. Atau mungkin kadar rebet dan pelepasan dalam cukai pendapatan boleh ditambah, seperti ditambah lebih banyak jumlah pelepasan untuk anak.
Sekarang anak sekolah pun kos sudah meningkat. Buku teks setiap tahun bertukar. Dulu satu buku teks boleh diguna berkurun tapi sekarang buku teks abang, si adik dah tak boleh guna. Saya harap kerajaan akan mempertimbangkan keadaan rakyat dan mencari jalan untuk mengurangkan beban masyarakat dalam Bajet 2008.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home