Siri 1: Pembunuhan Intan Yusniza
nasron35
Jejak Jenayah - kes pembunuhan pengacara Kelab Kanak-kanak Angkasapuri, Intan Yusniza
SIRI 1
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
MENTARI pagi sudah lama muncul dan menyinari kawasan perumahan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur pada Isnin, 24 Jun 1991.
Beberapa penduduk yang melalui berhampiran kedai runcit yang diusahakan Hanizah Ismail, 56, berasa hairan tatkala melihat premis itu masih belum dibuka walaupun jam sudah menunjukkan kira-kira 8 pagi.
Aneh, seolah-olahnya kedai runcit yang pegun itu tidak akan dibuka terus pada hari itu; tidak seperti hari-hari sebelumnya, Hanizah sudah lama memulakan perniagaannya menjelang waktu berkenaan.
Jiran wanita terbabit mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena lalu bergegas ke rumah Hanizah yang terletak berhampiran. Dia kemudian mengetuk pintu dan memanggil nama pengusaha kedai runcit itu berulang kali namun tiada sebarang jawapan diterima.
Bersama dua lagi jiran lain, mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah Hanizah melalui tingkap cermin hadapan yang tidak berkunci.
Pandangan mereka segera menangkap sesusuk tubuh yang terbaring di ruang tamu bagaikan sedang tidur. Debaran mula mengasak dada tatkala mereka mula menyedari yang tubuh itu dihurungi semut dan jasad itu adalah Hanizah.
Curiga mula memenuhi benak minda masing-masing lalu sekali lagi mereka melaung memanggil nama wanita itu. Bagaimanapun jasad Hanizah tetap tidak bergerak seolah-olah tidak lagi mendengari laungan lantang mereka.
Cemas melihat keadaan itu, jiran wanita terbabit segera meminta pertolongan seorang lagi penduduk lelaki untuk menjenguk ke dalam. Seperti juga jiran wanita berkenaan, lelaki terbabit mendapati jasad Hanizah sudah kaku dan dihurung semut. Akan tetapi, lebih mencemaskan apabila pandangannya menangkap tubuh wanita itu dalam keadaan berlumuran darah!
Tidak lama selepas itu, pintu rumah terbabit berjaya dibuka dan sepasukan polis mula masuk memenuhi ruang rumah terbabit bagi menjalankan siasatan.
Di samping jasad Hanizah, turut ditemui adalah mayat anak angkatnya berusia 12 tahun, Intan Yusniza Mohd Yusof. Kedua-dua beranak itu mati dibunuh di dalam rumah berkenaan dengan kepala kedua-dua mangsa berlumuran darah akibat cedera parah dihentak objek tertentu. Polis juga mendapati barang kemas dan wang tunai milik mangsa, hilang.
Allahyarham Hanizah tinggal di situ bersama Intan Yusniza hampir empat tahun selepas suami wanita terbabit yang juga bekas anggota polis berpangkat sarjan, meninggal dunia pada 1986.
Mayat Hanizah dan Intan Yusniza kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Damansara, kira-kira jam 10 malam, hari sama.
Kes kematian Intan Yusniza yang juga murid darjah enam Sekolah Kebangsaan Salak Selatan itu kemudian menjadi tumpuan ramai sekitar 1991 lantaran gadis sunti itu adalah seorang selebriti terkenal yang menjadi pengacara tetap rancangan Kelab Kanak-kanak Angkasapuri.
* Minggu depan: siapa bunuh Hanizah dan Intan Yusniza?

0 Comments:
Post a Comment
<< Home