misteri teknologi silam
nasron33
Misteri - teknologi zaman silam
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
ANDA menyangka zaman purba adalah zaman yang mundur? Jika itu tanggapan anda mengenai zaman silam yang wujud ratusan atau ribuan tahun lalu, maka fikir kembali.
Penemuan saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah dunia yang mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi.
Malah, saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan artifak purba menjurus kepada kenyataan yang keadaan di dunia kuno sebenarnya sudah begitu maju dari segi sains dan teknologi malah mungkin lebih futuristik daripada zaman sekarang!
Kenyataan itu memang sukar dipercayai tambahan pula kita dimaklumkan yang era perkembangan sains dan teknologi hanya bermula sekitar 200 lalu malah teknologi komputer berasaskan elektronik saja hanya bermula sekitar 1940.
Akan tetapi, artifak purba serta catatan kuno yang ditemui saintis ‘menceritakan’ sebaliknya - masyarakat zaman purba sudah memiliki teknologi hebat serta maju dalam pelbagai bidang termasuk sains.
Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan ‘futuristik’ itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi.
Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu, manusia kembali meneroka rahsia sains dan dunia sekali lagi melangkah ke arah perkembangan teknologi. Berikut adalah antara penemuan teknologi silam yang menunjukkan seolah-olah dunia purba adalah lebih maju atau menyamai kemajuan teknologi ketika ini:
* Penemuan bateri dari Baghdad, Iraq
Pada 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek aneh tertanam di tapak itu.
Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm.
Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta.
Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan yang masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus ‘menafikan’ Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831.
Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt.
* Kalkulator kuno.
Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera menemui artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. Artifak menyerupai jam itu kemudian dikaji Derek J De Solla Price dan didapati ia berfungsi sebagai ‘kalkulator’ yang menghitung pergerakan bintang dan planet.
* Piring batu kaum Dropa
Pada 1938, sebuah pasukan arkeologi dari Universiti Peking, Beijing, China menemui sebuah artifak kuno berbentuk cakera dalam sebuah gua di pergunungan Bayan Kara-Ula, Tibet.
Kajian mendapati cakera berkenaan diperbuat daripada campuran kobalt dan sejenis besi misteri yang tidak dapat dikenal pasti. Paling membingungkan adalah cakera berkenaan dikatakan sebahagian daripada komponen litar elektrik yang wujud 12,000 tahun lalu!
* Peralatan logam sudah dihasilkan jutaan tahun lalu.
Harian Republik Spingfield, Illinois pada 1851 melaporkan pedagang, Hiram de Witt, membawa pulang batu kristal berusia sejuta tahun yang berukuran telapak tangan dari California, Amerika Syarikat (AS).
Ketika lelaki itu menunjukkan batuan itu pada temannya, batu itu tergelincir dari tangannya lalu jatuh ke bawah dan pecah. Kemudian mereka mendapati di tengah batu purba yang pecah itu terdapat paku besi yang berbentuk empat segi serta lurus tersembunyi di dalamnya.
Pada 1865 pula, besi penyambung kayu ditemui tersembunyi dalam sebuah batu lonjong di Nevada, AS. Uji kaji mendapati batu itu wujud sejak zaman prasejarah itu 21 juta tahun lalu.
Pada 1844, laporan dikemukakan Sir David Brewster menimbulkan kegemparan apabila sebuah paku besi berusia 40 juta tahun ditemui tersembunyi di dalam batu pasir yang digali keluar di United Kingdom.
Tanggal 9 Jun 1891, seorang wanita di kota Morrisonville, Illinois, AS, menjumpai seutas rantai emas lapan karat sepanjang 15 sentimeter dalam batu bara yang pecah. Ahli arkeologi kemudian mengandaikan batu bara itu berusia 300 juta tahun!
Peristiwa sama terjadi di kota Thomas, Oklahoma, AS pada 1912 iaitu ketika dua pekerja memecahkan batu bara untuk dimasukkan ke dalam tempat bakar, mereka menemui kuali besi terbungkus di dalamnya. Kajian mendapati kuali itu dihasilkan 325 juta tahun lalu!
Di lereng gunung di Afrika pula, pekerja buruh menemui ratusan bola logam berusia lebih dua juta tahun.
Semua penemuan itu seolah-olah menunjukkan yang peralatan besi sudah dihasilkan jutaan tahun lalu dan terdapat manusia atau ‘makhluk tertentu’ yang sudah menghasilkannya.
* Reaktor nuklear berusia dua juta tahun.
Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika.
Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat mengekang radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah reaktor nuklear digunakan pada zaman kini.
Penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.
* Kanta optik
Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu.
Lensa purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16. Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.
* Peta Kuno Luar Angkasa
Di Istana Taifurkhafi di Istanbul, Turki; tersimpan selembar peta kuno unik yang ditemui pada awal abad ke-18. Dalam peta itu, hanya kawasan Laut Tengah yang tergambar dengan tepat manakala kawasan lain seperti benua Amerika dan benua Afrika tergambar sangat berbeza.
Ketika penyelidik menelitinya dengan lebih lanjut, mereka menemui satu kenyataan yang menggemparkan - ternyata peta kuno itu sebenarnya adalah gambar yang diambil dari atas angkasa.
Malah kedudukan geografi pada peta berkenaan didapati hampir menyerupai gambar muka bumi yang diambil dari angkasa oleh kapal angkasa Apollo 8.
Penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada masyarakat purba sudah menguasai teknologi tinggi sehingga menyebabkan mereka mampu naik ke angkasa untuk melakarkan keadaan muka bumi ketika itu?
* Jantung buatan
Di dada kiri mumia anak lelaki yang terdapat dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui sebuah jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu saja tetapi penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun lalu.
* Robot
Pada zaman pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922 SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut.
Turut dicipta Ma Daifeng pada zaman berkenaan adalah alat merekod jarak perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.
* Kenderaan
Ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di Abydos, Mesir menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada zaman ini walaupun ukiran itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu.
Gambar berkenaan yang jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot. Pada 1898, di sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun di Saqquara, Mesir, replika pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat terbang moden ditemui.
* Catatan purba
Catatan ahli falsafah Yunani purba, Plato menceritakan mengenai kota Atlantis yang memiliki teknologi hebat antaranya kenderaan terbang; menghasilkan aloi misteri yang bercahaya dan amat keras; mampu melakukan kacukan haiwan dan tumbuhan selain mempunyai alat komunikasi seperti sidang televideo yang jauh lebih hebat daripada teknologi yang dicipta abad ini.
Kitab kuno India, Mahabharata dan Ramayana yang dihasilkan sekitar 3,500 tahun lalu pula menceritakan penggunaan pesawat terbang dan senjata nuklear dalam perang kuno di India yang tercetus lebih 5,000 tahun lalu.
* Pembinaan purba
Pembinaan bangunan purba seperti piramid, kota tamadun Maya dan stonehenge yang unik serta kompleks pastinya memerlukan peralatan dan teknologi pembinaan yang hebat.
FAKTA
teori kewujudan teknologi hebat di zaman purba
- manusia purba sememangnya sudah maju dalam sains dan teknologi
- teknologi hebat itu dibina makhluk asing yang datang ke Bumi sejak zaman purba
- lebih tidak logik adalah ada pihak percaya yang teknologi itu berasal daripada manusia pada masa akan datang yang mengembara merentas masa untuk ke zaman purba.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home