Siri 2: Pembunuhan Intan Yusniza
nasron36
Fail Jenayah - kes pembunuhan pengacara Kelab Kanak-kanak Angkasapuri, Intan Yusniza
SIRI KEDUA
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
PEMBUNUHAN pengacara Kelab Kanak-Kanak Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia (RTM), Intan Yusniza Mohd Yunus dan ibu angkatnya pada 24 Jun 1991, menarik perhatian umum sehingga ada pihak menawarkan RM20,000 kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh.
Tawaran dibuat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebanyak RM10,000 selain masing-masing RM5,000 oleh Umno Seputih dan seorang individu yang terkesan dengan kejadian tragis itu.
Ganjaran ditawar bagi memastikan penjenayah ditangkap lantaran perbuatan itu tidak berperikemanusiaan kerana membabitkan kanak-kanak kecil selain khuatir keselamatan penduduk lain turut terancam.
Siasatan awal terhadap keadaan kedua-dua mayat mangsa membawa kepada andaian yang ibu angkat Intan Yusniza, Haniza Ismail, 56, dipercayai dirogol manakala gadis sunti itu pula berkemungkinan dicabul kehormatannya sebelum dibunuh di rumah mereka di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.
Keputusan awal bedah siasat yang dilakukan pada mayat mangsa mendapati ada lima kesan kecederaan di kepala Allahyarham Haniza manakala pada jasad Intan Yusniza pula terdapat dua kesan kecederaan di kepala akibat hentakan kuat benda keras.
Siasatan awal juga mendapati kedua-dua mangsa mungkin dibunuh antara jam 4 dan 6 pagi hari Ahad dan orang yang terbabit dalam pembunuhan dipercayai masuk ke rumah melalui ‘cara baik’ kerana tiada kesan pecah rumah ditemui pada kediaman mangsa.
Intan dan ibu angkatnya didakwa penduduk setempat dilihat kali terakhir dalam sebuah van, kira-kira jam 1.15 pagi Ahad iaitu kira-kira 30 jam sebelum mayat mereka ditemui pada jam 8.30 pagi Isnin.
Seorang penduduk mendakwa, ketika sampai di sebuah warung di kawasan perumahan Penempatan Seri Budiman, Jalan Kuchai Lama, Allahyarham Haniza melambai-lambaikan tangannya kepada beberapa jiran yang masih berada di situ.
Kes pembunuhan itu segera mendapat liputan meluas media massa yang antara lain mendedahkan Intan tinggal bersama ibu angkatnya itu sejak kecil selepas diserahkan ibu kandungnya sebaik dilahirkan.
Laporan akhbar berhubung perkembangan kes ketika itu juga memetik sumber-sumber
berkaitan menyatakan sepanjang tempoh 24 jam sejak mayat mangsa dijumpai, polis sudah menerima petunjuk penting dan sedang mengesan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu.
Empat lelaki terbabit dipercayai penghuni Penempatan Seri Budiman, Jalan Kuchai Lama, tempat dua beranak itu tinggal.
Sejak kejadian itu mula heboh dan menarik perhatian ramai pihak, seorang lelaki yang tinggal tidak jauh dari rumah kedua-dua mangsa mula menghilangkan diri.
Dalam masa sama, rantai leher berukir nama ‘INTAN’, dipercayai milik gadis sunti itu selain loket milik Haniza dilaporkan sudah digadai di sebuah kedai pajak gadai oleh seorang lelaki yang membelinya daripada seorang lelaki lain.
Lelaki yang bertindak menggadaikan rantai dan loket itu menghubungi polis selepas terbaca kes pembunuhan Intan dan Haniza dalam akhbar lantaran khuatir dia turut dituduh bersubahat dalam kes itu.
Lelaki itu menggadai rantai dan loket yang dipercayai milik mangsa tanpa menyedari rantai emas itu mungkin barang kemas yang dicuri ketika pembunuhan itu.
Akhirnya, pada 1 Julai 1991 iaitu seminggu selepas penemuan mayat mangsa, polis Cawangan Jenayah Berat berjaya menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan berkenaan.
Minggu depan: siapa lelaki yang ditahan polis?

0 Comments:
Post a Comment
<< Home