bahtera nabi nuh
nasron2
Misteri - Bahtera Nabi Nuh
Oleh Nasron Sira Rahim
DI bawah timbunan salji tebal yang menutupi banjaran gunung agam di timur Turki, dipercayai tersembunyi satu rahsia besar yang menimbulkan misteri selama lebih 4,000 tahun.
Misteri membabitkan peninggalan sejarah berharga itu kekal terpendam di bawah timbunan sajli berkenaan tanpa dapat dipecahkan ke pengetahuan umum sehingga kini.
Ratusan pihak terutama pengkaji arkeologi cuba mendaki gunung digelar `Gunung Kesengsaraan' itu untuk mencungkil rahsia besar berkenaan tetapi kebanyakan mereka menemui ajal sekali gus meninggalkan usaha membongkar misteri itu ke pengetahuan dunia kekal dalam enigma.
Sehingga kini, dipercayai segelintir pendaki saja yang berjaya sampai ke puncak gunung yang lebih dikenali Gunung Ararat itu dan peluang keemasan itu didakwa menemukan mereka dengan artifak purba yang amat berharga!
Selepas melepasi pelbagai halangan yang menatijahkan maut seperti dialami kebanyakan pendaki lain, di hadapan pandangan mereka tertera kapal atau bahtera besar yang berada di puncak gunung!
Bagi pemikiran logik kebanyakan masyarakat biasa, pasti fenomena itu adalah sesuatu yang aneh lagi membingungkan - bagaimana sebuah kapal yang seharusnya terapung di lautan, boleh tersadai di puncak gunung bersalji setinggi 5,165 meter?
Ramai pengkaji percaya di puncak gunung itulah mendaratnya bahtera Nabi Nuh AS dan kisah sejarah besar itu dikatakan dicerita dalam kitab tiga agama samawi iaitu al-Quran (Islam), Injil (Kristian) dan Taurat (Yahudi).
Allah SWT berfirman dalam al-Quran menerusi surah al-A'raaf, ayat ke-64: “Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang yang bersamanya di dalam bahtera dan Kami tenggelamkan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya).”
Demikianlah firman Allah SWT mengenai tragedi yang menjadi permulaan misteri kewujudan bahtera berkenaan dan ayat surah itu jugalah kemuncak kesinambungan kisah dakwah Nabi Nuh AS seperti diceritakan lebih lanjut dalam al-Quran pada surah Nuh.
Sinopsis kisah pengorbanan dan dakwah Nabi Nuh bermula apabila kaumnya enggan mengesakan Allah walaupun Tuhan sudah memberikan mereka pelbagai nikmat dan harta.
Nabi Nuh AS berdakwah kepada kaumnya siang dan malam, secara terang-terangan dan secara diam tetapi kaumnya bertindak memasukkan jari ke dalam telinga dan menutup baju ke muka serta tetap enggan mengesakan Allah.
Keangkuhan dan kekufuran umat Nabi Nuh menyebabkan Allah akhirnya memerintahkan rasul itu membina kapal di satu kawasan tinggi sehingga kaumnya menyangka yang baginda gila kerana membina bahtera yang jauh daripada lautan dan di tempat tinggi.
Allah kemudian menurunkan hujan yang amat lebat sehingga mengakibatkan banjir paling besar dan menenggelamkan serta mengorbankan umat Nabi Nuh yang ingkar kecuali orang beriman yang juga pengikut rasul itu yang sempat menaiki bahtera berkenaan.
Bala Tuhan itu difirmankan Allah dalam ayat 25, surah Nuh: “Disebabkan kesalahan-kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan lalu dimasukkan ke neraka, maka mereka tidak mendapat penolong-penolong bagi mereka selain Allah.”
Selepas beberapa lama, banjir itu pun surut dan kapal berkenaan akhirnya berlabuh di suatu kawasan seterusnya bermulalah misteri di kalangan pengkaji agama, ahli arkeologi serta pihak berkaitan dalam mencari di manakah lokasi bahtera itu berada ketika ini.
Kajian awal kisah rasul itu mendapati Bahtera Nabi Nuh terdampar di Bukit Judi dan ramai pihak mengatakan lokasi itu adalah sebahagian daripada Banjaran Ararat.
Kiraan ahli anstronomi secara berkomputer pula menganggarkan Nabi Nuh AS mula membina bahteranya pada 2465 Sebelum Masihi dan hujan mula turun pada 2345 Sebelum Masihi.
Usaha mencari Bahtera Nabi Nuh pernah dilakukan Maharaja Russia, Tsar Nicholas II pada 1917 dengan menghantar 150 pakar pelbagai bidang terdiri daripada jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik bahtera itu.
Keadaan muka bumi Gunung Ararat yang kawasannya diseliputi salji kawasan seluas 44 kilometer persegi setebal 90 meter serta ketulan ais sentiasa menggelungsur menyebabkan kumpulan itu mengambil masa satu bulan untuk sampai ke puncak seterusnya mendakwa menemui bahtera itu.
Banyak bukti mengenainya dikumpul, termasuk gambarnya tetapi Perang Bolshevik di Russia menyebabkan bukti berkenaan hilang sehingga kini.
Seorang lagi penyelidik yang tampil mendakwa menemui bahtera itu adalah Dr Ronald Eldon Wyatt menerusi penggunaan radar Geophysical Survey Systems Incorporated (GSSI) dari Jun 1985 hingga Ogos 1986.
Dakwaan penemuan terbaru adalah pada pertengahan 2004 apabila sekumpulan saintis bersama seorang ahli perniagaan, Daniel McGivern, menyatakan mereka berjaya menemui satu objek yang mempunyai ciri menyerupai bahtera Nabi Nuh terbenam dalam salji di puncak Gunung Ararat.
Cuaca panas tahun itu menyebabkan salji cair dan membolehkan satelit merakamkan gambar berkenaan. Daniel ketika itu menyatakan, berdasarkan imej yang diperoleh, dia yakin 98 peratus bahawa imej itu adalah bahtera Nabi Nuh.
Malangnya, usaha mereka untuk meneruskan ekspedisi mendaki Gunung Ararat diketuai seorang profesor dari Turki tidak dapat diteruskan apabila gagal mendapat kebenaran kerajaan berikutan Gunung Ararat termasuk kawasan bahaya dan zon perang.
Dalam maklumat penyelidikan dan ekspedisi yang pernah dijalankan bagi mencari bahtera itu, sebahagian kapal berkenaan dikatakan sudah tenggelam diliputi salji.
Bahagian yang masih kelihatan dipercayai berukuran 137.2 meter (m) panjang, 22.86m lebar dan 13.72m tinggi dan dianggarkan 9,000 hingga 13,000 pokok kayu balak digunakan untuk membina bahtera seberat 4,100 tan itu.
Rupa bentuk Bahtera Nabi Nuh itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada di dunia sekarang. Mengikut para pendaki yg pernah melihat bahtera itu, ia memang sebuah bahtera besar yang cukup hebat dan diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak wujud lagi di dunia ini. Ia berbentuk seakan kotak kasut, tidak cantik tapi sangat berfungsi.
Mengikut kajian Dr Whitcomb, dianggarkan kira-kira 3,700 binatang mamalia, 8,600 jenis spesies burung, 6,300 spesies reptilia, 2,500 jenis amfibia menaiki bahtera itu. Berat muatan bahtera pula dianggarkan 24,300 tan.
Selain di Gunung Ararat, pelbagai barang perkapalan bahtera itu turut didakwa ditemui antaranya sauhnya yang ditemui di Khairouan, Tunissia.
Sehingga kini, kedudukan dan rupa sebenar Bahtera Nabi Nuh AS terus kekal rahsia dan masih belum mampu dibawa keluar dan dipertontonkan kepada umum. Ia terus menjadi misteri yang akan kekal entah sampai bila.
Bagaimanapun, sesuatu yang lebih penting adalah iktibar di sebalik kisah tragedi bahtera itu seperti firman-Nya: “Hai anak-anak Adam, jika datang kepadamu rasul-rasul daripada kamu yang menceritakan kepadamu ayat-ayatKu, maka barangsiapa yang bertakwa dan mengadakan perbaikan, tidak ada kekhuatiran kepada mereka dan tidak mereka bersedih hati.
“Dan orang-orang yang mendustakan ayat Kami dan menyombong diri terhadapnya, mereka itu penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya,” (ayat ke-35 dab 36, surah al-A'raaf).
Keterangan gambar:
1. Nama fail: BAHTERA.BMP - CAPTION: Gambar disebarkan internet ini dikatakan Bahtera Nabi Nuh. Bagaimanapun ia tidak dapat disahihkan.
2. Nama fail: GAMBAR1.BMP - CAPTION: Gambar diambil dari satelit ini menunjukkan objek asing (dalam bulatan) dan ramai percaya ia Bahtera Nabi Nuh.
3. Nama fail: ARARAT.JPG - CAPTION: Kawasan pergunungan Ararat yang diliputi salji yang luas
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home