tidur atas kubur
nasron68
Misteri - Tidur Atas Kubur
- Dr Othman didatangi lelaki misteri berjanggut, berjubah putih dalam mimpi
Oleh Nasron Sira Rahim
GELAP malam menyelubungi kawasan hutan tebal itu. Sunyi yang sudah lama bertamu mula dicemari bunyian aneh, sesetengahnya tidak dapat diterjemah akal fikir penyelidik Jabatan Muzium dan Antikuiti, Othman Mohd Yatim. Bagaimanapun semua bunyi-bunyi aneh itu tidak dipedulikannya.
Pemuda itu terus duduk dalam kawasan kelam sambil memandang tepat kepada puluhan batu nesan yang berceracak di hadapannya. Pandangan matanya tidak dialihkan ke mana-mana lagi. Cahaya unggun api yang semakin malap membantunya melihat panorama kawasan kubur yang terselindung di sebalik kegelapan malam.
Malam berganjak semakin jauh sehingga mencecah tengah malam. Kata orang, waktu sebegitu paling diminati makhluk halus dan makhluk alam ghaib untuk merayau-rayau lebih-lebih lagi di kawasan berkuburan.
Akan tetapi Othman tetap membatukan diri. Dingin angin malam menyelubungi sekitar kubur misteri yang tersembunyi di tengah belantara serta jauh dari penempatan orang ramai itu.
Seketika Othman bangkit dari pinggir kubur yang didudukinya. Matanya menoleh ke belakang memandang tiga khemah yang dihuni lapan ahli ekspedisinya - masing-masing seorang jurugambar dan pelukis serta rakan penyelidik dan pembantunya.
Semua rakannya itu sudah lama larut di alam lena. Othman tersenyum sinis mengenangkan riak wajah teman-temannya ketika dia mencadangkan supaya mereka bermalam di kawasan kubur itu; memang itu tindakan gila bagi segelintir orang.
Bermain dengan unsur alam mistik seumpama sengaja mencari penyakit. Dan ‘penyakit’ itu tidak mungkin diubati kaedah perubatan moden; mungkin rakannya khuatir bahaya itu akan menimpa diri mereka.
Tetapi akhirnya semua ahli ekspedisi bersetuju dengan keputusan yang tidak pernah dibuat orang itu lalu pancang khemah segera dipacak tatkala matahari semakin menghala ke horizon Barat.
Othman menyusun langkah dalam kegelapan menuju sebuah kubur misteri yang mengganggu tenang fikirannya sejak petang tadi. Asyik benar dia memikirkan pelbagai persoalan yang terselindung di sebalik sejarah kubur usang berkenaan.
Tiba-tiba, dalam dirinya menyusun langkah penuh waspada itu, pandangannya terlihat seakan satu bentuk aneh dalam gelap antara garisan pemisah hutan dan kubur. Segera Othman mengalih pandangan dan terus menghampiri batu nesan kubur berkenaan.
Sebaik sampai, dia duduk di sisi kubur itu sambil tangannya memegang nesan berjenis ‘Batu Aceh’ yang terasa pejalnya.
“Kubur siapa?” Dahi Othman berkerut tatkala memikirkan persoalan itu. Bebola matanya terus memaku pandangan ke arah nesan kubur misteri di hadapannya. Dia masih dibuai kehairanan; fakulti mindanya dipenuhi tanda tanya tatkala melihat keadaan lebih 10 kubur purba yang tersembunyi di tengah belantara tebal berkenaan.
“Kubur siapa?” Pernah dia bertanya soalan sama kepada ahli kumpulannya siang tadi tetapi semua mereka menggeleng menzahirkan jawapan yang tidak diketahui.
Riak hampa terlukis di wajah Othman. Dia merenung kembali ke arah kubur asing yang amat misteri itu. Memang kubur berkenaan tidak diketahui milik siapa, letaknya pula di tengah kawasan hutan yang jauh dari penempatan orang.
Tiada maklumat jenazah ditulis pada batu nesan itu menyebabkan penyelidik itu mengerut dahi kehairanan memikirkan siapakah yang ditanam di kubur berkenaan dan sudah berapa ratus tahun kubur itu wujud?
“Apa orang kampung kata?” tanyanya sambil memandang ahli ekspedisi.
“Mereka pun tak tahu ada kubur dalam hutan ni,” jawab seorang daripada rakan penyelidik yang ditugaskan menemuramah penduduk sekitar bagi mendapatkan maklumat.
“Cerita legenda setempat pun tak ada?” tanyanya lagi. Berdasarkan pengalaman mengkaji kubur misteri lain sebelum ini, penduduk setempat lazimnya mengaitkan kubur yang tidak diketahui dengan cerita mistik dan misteri.
Masih diingat satu kubur misteri dikenali ‘Makam Tok Subang’ yang dikajinya di Perak didakwa masyarakat setempat milik seorang puteri yang teraniaya dan ketika dibunuh, darah putih mengalir dari lukanya.
Othman masih menunggu jika terdapat cerita legenda masyarakat seperti Makam Tok Subang diceritakan penduduk kampung tetapi rakan penyelidiknya itu tetap menggelengkan kepala sekali gus mengutus kehampaan terhadap jiwa rasanya.
Fikirannya kemudian mengimbau beberapa fakta yang ditemui sepanjang kajiannya - kewujudan nesan Batu Aceh di Malaysia membuktikan masyarakat Aceh sudah menyeberang Selat Melaka untuk sampai di tanah semenanjung seawal abad ke-15.
Pemuda Aceh pada zaman itu memiliki satu tabiat pelik ketika berkelana ke tanah asing; mereka akan membawa bersama dua batu nesan bersama persiapan lain. Seolah-olahnya pemuda Aceh itu bersedia untuk mati di tanah asing sebaik mereka melangkah keluar dari bumi watan.
Ya, begitulah antara tujuan pemuda Aceh membawa batu nesan bersama mereka. Satu lagi tujuan yang ditemui Othman sepanjang kajiannya adalah batu nesan itu digunakan untuk mengimbangi kapal ketika merentas Selat Melaka.
“Mungkin kubur ini milik pemuda Aceh,” getus hati kecilnya, “Tapi kubur siapa?”
Fikirannya kemudian segera meningkah pendapat pertamanya. Selain pemuda Aceh, penghasilan nesan bercorak Batu Aceh sudah terserap ke dalam budaya masyarakat Melayu di tanah semenanjung selepas beberapa lama batu itu dibawa ke sini.
Tetapi bezanya, dalam budaya masyarakat Melayu tempatan, Batu Aceh hanya digunakan sebagai nesan kepada jenazah penduduk setempat yang memiliki darjat tertinggi dalam sesuatu komuniti.
“Mungkin kubur ini milik keluarga bangsawan atau pemimpin penduduk setempat... Tapi kubur siapa?” Othman terus hilang dalam pertelingkahan ideologinya.
Kemudian pemuda terbabit melakukan sesuatu yang diluar jangka, Othman memegang kejap nesan terbabit dan merenung tepat ke batu nesan yang penuh ukiran itu. Ketika cahaya unggun api semakin ditelan gelap malam, dia mula berkata-kata seolah-olah sedang berbicara dengan mayat yang sudah lama ditanam dalam kubur itu.
“Wahai mayat, saya tidak mengetahui siapa saudara tetapi saya terlalu ingin mengenali saudara. Lalu saya mengambil keputusan untuk tidur di sisi saudara dan berharap sudilah kiranya saudara hadir dalam mimpi saya.”
Diam. Othman bangun dan memandang seketika puluhan kubur di tengah belantara itu. Bunyi-bunyi asing masih kedengaran ketika dia melangkah memasuki khemah yang terletak di tepi kubur berkenaan. Berbaring di sisi dua lagi rakan, seketika kemudian dia terlelap.
Entah berapa lama dia tertidur, tidak dia sedari. Tetapi sedar-sedar saja dia sudah berada di satu lembah asing. Dia mengerut dahi kehairanan melihat sekeliling.
Seketika kemudian, seorang lelaki tua berjalan menghampirinya. Diamatinya lelaki itu mengenakan jubah dan serban putih serta memiliki janggut panjang.
“Siapakah gerangan saudara?” tanya Othman. Selepas mendapati pertanyaannya itu tidak dijawab, beliau kembali bertanya berulang kali tetapi lelaki berpakaian putih itu tetap mendiamkan diri. Selepas beberapa lama berdiri di hadapan Othman, lelaki misteri itu beredar tanpa mengucapkan sepatah kata.
Othman cuba menghalang pemergian lelaki itu tetapi usahanya tidak dipedulikan. Dan laungannya melangkau dari alam mimpi ke alam realiti sehingga dia tersedar daripada tidur dalam keadaan berdebar-debar. Bingkas dia terduduk daripada pembaringan selepas didatangi mimpi berkenaan.
“Astaghfirullah ‘alazim (Aku bermohon ampun dari Allah Maha Besar)” Othman beristighfar panjang. Dia tertanya-tanya siapakah lelaki misteri yang hadir dalam mimpinya. Adakah lelaki itu pemilik kubur berkenaan? Tetapi kenapa lelaki itu tidak mahu menjawab sebarang pertanyaannya?
Kemudian dia mula menyedari sesuatu yang aneh! Semua lapan rakannya terbaring di dalam khemahnya. Dia kehairanan, sebentar tadi khemah mereka hanya dihuni tiga orang tetapi kini sembilan orang! Siapa yang mengangkat rakan-rakannya dari dua khemah lain dan meletakkan mereka dalam khemahnya? Bulu romanya meremang, dirinya terasa seram sejuk.
Keesokannya, Othman dan ahli ekspedisi segera meninggalkan tanah perkuburan berkenaan. Selepas didatangi mimpi itu, beliau demam hampir seminggu. Entah apa puncanya, dia tidak pasti. Mungkin akibat faktor ghaib dan mistik dari kawasan kubur itu, fikirnya.
Kini, selepas 30 tahun, Othman yang kini Pemegang Kursi Bahasa Melayu Victoria University of Wellington, New Zealand dan bergelar Prof Dr Othman Mohd Yatim, masih tertanya-tanya - siapakah lelaki yang hadir dalam mimpinya itu?
PROFIL:Prof Dr Othman Mohd YatimJawatan sekarang: Pemegang Kursi Bahasa Melayu Victoria University of Wellington, New Zealand.Tarikh dan tempat lahir: 6 Disember 1949 di Kampung Teluk, Lumut, Perak.Pendidikan dan kerjaya:-Penyelidik Jabatan Muzium dan Antikuiti (1974) selepas tamat Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa di Universiti Malaya.-Biasiswa Kerajaan untuk tesis Sarjana dan Doktor Falsafah di University of Durham, England (1977-1982).-Kembali bertugas di Muzium Negara sebelum menyertai Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) sebagai pensyarah (1993).-Pada 1996, pensyarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (API-UM) seterusnya Pengarah Muzium Seni Asia UM.-Dilantik Pemegang Kursi Bahasa Melayu Victoria University of Wellington, New Zealand, bermula tahun ini.FAKTADr Othman Mohd Yatim-Menjalankan penyelidikan nesan ‘Batu Aceh’ selama tiga tahun lalu bermula 1974.-Mengkaji lebih 300 kubur nesan Batu Aceh di Johor, Perak, Melaka, Kedah, Perlis, Terengganu dan Pahang sehingga ke Brunei; Pattani, Thailand; Pulau Sulu dan beberapa wilayah di Indonesia.-Kebanyakan kubur terletak dalam hutan serta gagal dikenal pasti pemiliknya kerana tiada maklumat jenazah pada nesan. -Kecewa dengan kubur yang gagal dikenal pasti menyebabkan beliau memutuskan tidur di kubur dan berharap pemilik kubur hadir dalam mimpi. Lelaki tua misteri berlainan wajah tetapi berperwatakan sama iaitu berjanggut; berserban dan jubah putih beberapa kali hadir dalam mimpinya setiap kali tidur di kubur.-Setiap kali pulang dari mengkaji kubur, Dr Othman akan demam.-Tidak takut tidur di kubur malah beranggapan perbuatan itu mengingatkan manusia mengenai hakikat mati dan menginsafkan mereka.-Kajiannya mendapati ada 14 jenis nesan batu Aceh dihasilkan dari abad ke-15 hingga ke-19. Keunikan nesan itu adalah ukiran berseni melambangkan falsafah kehidupan dan warisan budaya masyarakat.-Nesan Batu Aceh berasal dari Aceh tetapi kini kebanyakan nesan di wilayah itu sudah hilang akibat tsunami 2004.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home