banjir kl 1963
nasron19
Jejak - banjir Cheras 1963
FAKTA NOMBOR:
Banjir teruk di Kuala Lumpur pada 1963
# 12
terkorban
# 3,459
mangsa
# 76
rumah hanyut
# 1,395
haiwan ternakan hilang.
# 173
kilometer persegi kawasan bencana
Oleh Nasron Sira Rahim
TIADA siapa di kalangan penduduk Cheras, Salak Selatan dan Sungai Besi, Kuala Lumpur yang menyangka bahawa rutin harian mereka akan berakhir dengan sesuatu peristiwa besar dalam sejarah hitam negara pada 9 Oktober 1963.
Justeru, pagi itu, mereka meneruskan rutin seperti hari-hari sebelumnya; keluar bekerja, kanak-kanak ke sekolah manakala kanak-kanak kecil pula girang bermain sekeliling rumah. Suri rumah sibuk menguruskan keperluan kehidupan.
Tidak seperti beberapa hari sebelum itu, cuaca di langit tidak lagi menitiskan air hujan bagi membolehkan warga kawasan itu kembali memulakan langkah meneruskan kehidupan yang sebelum ini sedikit terhalang akibat hujan.
Sekitar jam 11 pagi, seorang pekerja berdekatan kawasan itu mula bersiap untuk meninggalkan tempat kerjanya dan pulang menikmati hidangan makan tengah hari pada waktu rehat. Dia tidak keseorangan apabila ramai penduduk memiliki rutin sama sepertinya.
Sejam kemudian, dia sudah berada di rumahnya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Bagaimanapun, beberapa ketika kemudian, deria pendengarannya diganggu bunyi bising di luar rumah. Dalam memasang telinga bagi mendengar dengan lebih teliti, dia terdengar laungan beberapa penduduk.
“Air datang! Air datang!” mungkin seperti itulah suara yang didengarinya dan sebaik keluar dari rumah untuk menyaksikan apakah kekecohan sebenarnya, dia akhirnya terkejut apabila mendapati kawasan itu sudah dilimpahi air.
Langit tidak hujan, tetapi mengapa boleh berlakunya banjir? Demikian teka-teki yang timbul di benak fikirannya ketika itu. Orang ramai mula memenuhi kawasan luar rumah bagi mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam-kabut, dia segera menyertai mereka.
Air naik dengan cepat. Kira-kira tempoh 30 minit saja semua kawasan itu sudah ditenggelami air sedalam 1.5 meter. Kira-kira dua jam kemudian, penduduk yang masih gagal menyelamatkan diri terpaksa berenang untuk mengharungi air.
Suasana sekitar mula berubah, tidak lagi seperti rutin sebelum ini. Rumah kediaman musnah dilanda banjir, si ibu meraung akibat kehilangan anak yang ditinggalkan ketika mula keadaan kelam kabut menyelamatkan harta benda dan berusaha menyelamatkan diri; kanak-kanak sekolah menangis apabila diberitahu mereka tidak boleh pulang ke rumah.
Landasaran kereta api, lapangan terbang dan laluan ke selatan negara terjejas dan sektor ekonomi di kawasan itu lumpuh apabila premis perniagaan, kilang dan jentera dinaiki air. Antaranya adalah bangunan Utusan Melayu.
Kerugian awal ditaksirkan sekitar RM1 juta. Mangsa banjir ditempatkan di Balai Polis Cheras, sekolah berdekatan dan di Stadium Chin Woo. Pada hari kejadian, direkodkan bahawa enam kanak-kanak terkorban, puluh penduduk dewasa cedera dan lebih 1,000 keluarga hilang rumah masing-masing.
Beberapa jam selepas itu, sebuah syarikat perlombongan berhampiran ketiga-tiga kawasan itu menjelaskan bahawa banjir berlaku apabila tebing lombong yang menampung air pecah dan runtuh akibat hujan lebat, beberapa hari lalu.
Pihak itu mendakwa sudah menjalankan pemeriksaan keadaan tebing lombong pada setiap hari tetapi tiada tanda ia akan runtuh.
Malamnya, penduduk di ketiga-tiga kawasan itu terpaksa melelapkan mata dalam keadaan tidak selesa dan dengan wajah-wajah sungul, mereka mengenang tragedi yang pastinya tidak disangka akan berlaku ketika mereka bangun dari tidur, pagi tadi.
Se selepas kejadian, banjir mula surut dan sudah ada penduduk yang pulang untuk melihat keadaan rumah dan membersihkan kesan banjir. Banyak ikan yang mati dan terapung di atas air.
Pihak polis, tentera, petugas kerajaan dan anggota sukarela mula membanjiri kawasan banjir sekitar 173 kilometer persegi, bagi menghulurkan bantuan. Jalan raya mula dibersihkan.
Perdana Menteri dan Timbalannya ketika itu, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak yang mengetuai pihak kerajaan mula melawat mangsa banjir dengan menaiki land rover untuk menilai kesan kemusnahan dan merangka bantuan.
Rekod hari kedua menunjukkan lapan mangsa korban terdiri daripada kanak-kanak, bayi dan orang dewasa. Ada pihak mula tampil mempertikaikan punca yang mendorong banjir menjadi semakin buruk adalah disebabkan keadaan parit yang cetek dan tersumbat sehingga menyukarkan air untuk mengalir.
Bagaimanapun, di kawasan Batu 3 1/2 Jalan Sungai Besi, ramai penduduk bersyukur kerana kehadiran sebuah lombong raksasa yang dibuka sebelum Perang Dunia Kedua, di kawasan itu menyebabkan kesan banjir dapat dikurangkan.
Lombong bijih timah ‘rahmat’ seluas 11.2 hektar dengan kedalaman kira-kira 36 meter itu menyebabkan air yang yang membanjiri kawasan itu mengalir masuk ke lombong berkenaan sekali gus mengurangkan kesan bencana di kawasan kediaman.
Turut tenggelam di dalam lombong itu adalah dua lori dan jentera untuk mencari bijih timah. Selepas dua hari banjir berlaku, air masih memenuhi lombong itu sedalam 21 meter dan orang ramai mula berkunjung untuk mencari ikan.
Rekod hari ketiga menunjukkan, seramai 3,459 penduduk menjadi mangsa dan banjir mengorbankan sembilan orang. Walaupun sudah tiga hari berlalu, ramai ibu bapa masih bersedih kerana kehilangan anak masing-masing.
Kerajaan juga mula membina 100 rumah murah iaitu 60 di Cheras dan 40 di Salak Selatan untuk diberikan percuma kepada mangsa yang kehilangan rumah masing-masing akibat bencana itu. Selain itu, bantuan datang mencurah-curah daripada orang ramai yang bersimpati dan jumlahnya melebihi RM140,000 pada hari ketiga kejadian.
Rekod polis seperti dilaporkan Berita Harian pada 17 Oktober 1963 menunjukkan seramai 12 mangsa terdiri daripada bayi, kanak-kanak dan dewasa terkorban; tiga penduduk masih hilang, 76 rumah hanyut dan 1,395 haiwan ternakan hilang.
Walaupun penduduk yang mengalami sendiri bencana itu masih mengingati betapa dahsyatnya kejadian banjir yang direkodkan antara paling teruk di negara ini, mereka tidak membiarkan ia terus menghantui hidup sebaliknya mereka bangun dan menjejak ke kawasan banjir bagi meneruskan kehidupan hingga ke hari ini.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home