bentuk fizikal jin
nasron1
Misteri - bentuk jin
FAKTA NOMBOR
# 31
perkataan jin dalam al-Quran.
Oleh Nasron Sira Rahim
KETINGGIAN makhluk itu kurang daripada satu meter, badannya mengecut dan warnanya adalah hitam; fizikalnya pula seperti manusia - ada tangan, jari, kaki, badan, kepala dan juga gigi.
Sesiapa saja yang melihat makhluk itu pasti merasa hairan seterusnya diselubungi misteri dan tanda tanya berterusan lantaran kewujudan jasad makhluk seperti itu tidak didedahkan secara meluas atau dibincang secara ilmiah sebelum ini.
Malah, mungkin tidak ramai menyangka bahawa keadaan fizikal makhluk seperti itu wujud dan dapat dilihat oleh manusia. Justeru apabila ia dipertontonkan kepada umum, ramai masih sangsi dengan kesahihan objek terbabit.
“Benarkah makhluk itu adalah bentuk fizikal jin? Bukankah jin diperbuat daripada api yang tidak berbentuk?” demikian antara persoalan yang berlegar di minda mana-mana individu yang melihatnya.
Tiada kajian saintifik dibuat untuk mengesahkan apakah sebenarnya jasad fizikal yang didakwa pemiliknya, Safuan Abu Bakar sebagai jin itu. Justeru, kesahihan dakwaan dan kewujudan objek berkenaan serta bahan yang membentuknya kekal menjadi rahsia.
Bagaimanapun, Safuan menegaskan bahawa ia sememangnya jasad jin yang berjaya dipasung oleh mereka yang arif dalam bidang itu sekali gus membuktikan bahawa ada ilmu tertentu yang mampu menangkap jin dan dikeraskan fizikalnya untuk dilihat manusia.
Ada penerangan di bawah satu daripada jin berkenaan yang kini dipamerkan di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Selangor; ia tertulis (lebih kurang): “Inilah jin yang ditangkap ketika sedang meniduri seorang wanita.”
Safuan berkata, jin berkenaan ditangkap kumpulan temannya di sebuah negara jiran, kurang setahun lalu dan kaedah yang dilakukan untuk tujuan itu, tidak bertentangan dengan syariat Islam.
“Jin yang dilihat ini adalah bentuknya ketika ditangkap, ia tidak diawetkan; sebelah kakinya juga patah kerana ketika ditangkap, ia cuba melawan tetapi akhirnya jin itu cedera,” katanya.
Selain jin berkenaan, turut dipamerkan adalah jin yang menyerupai hantu di kalangan masyarakat Melayu iaitu toyol, langsuir selain jin kecil sekitar 10 sentimeter yang dikurung dalam botol.
“Walaupun sudah ditangkap dan dikeraskan, tenaga (aura) yang dihasilkan makhluk ini masih kuat malah pada kuku toyol terdapat darah yang sentiasa merebak ke jari makhluk itu,” katanya.
Katanya, kaedah digunakan untuk menangkap jin tidak bertentangan dengan syariat malah ia menggunakan ayat suci al-Quran kerana Allah SWT menyatakan bahawa ayat suci itu mampu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti firman-Nya:
“Dan Kami turunkan daripada al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian," (Al-Israa: 82).
“Gangguan jin dapat ditangani dengan bacaan zikir serta ayat suci al-Quran dan manusia boleh menangkap jin kerana manusia yang beriman, darjatnya di sisi Allah SWT lebih tinggi daripada jin malah manusia adalah khalifah di bumi ini, bukan jin,” katanya.
Mengulas mengenai bentuk fizikal jin berkenaan dan keterangan mengatakan jin dihasilkan daripada api, Safuan berkata, bentuk yang dipamerkan itu bukanlah bentuk asal jin kerana ia mampu menyerupai pelbagai bentuk.
“Allah SWT menjadikan pandangan manusia terhijab daripada melihat rupa asal jin. Jin pula adalah sejenis makhluk berseni dan tidak memiliki jisim jadi ia mampu berubah kepada pelbagai bentuk seperti anjing, ular, toyol atau langsuir untuk menjelmakan diri bagi dilihat manusia.
“Keadaannya ketika dipamerkan itu adalah bentuk fizikal ketika jin itu menjelma sebelum ia ditangkap,” katanya.
Katanya, memang terdapat ilmu untuk berinteraksi dan menangkap jin terutamanya jin yang mengganggu kehidupan manusia bagaimanapun untuk mempelajari kaedah itu, seseorang itu perlu ‘lulus’ pelaksanaan hukum syariat dalam kehidupannya terlebih dulu.
“Jika perkara nyata (syariat) pun masih tidak betul, bagaimana hendak mempelajari perkara ghaib (alam jin)? Selepas lulus, dia perlu mempelajari dan memahami dengan jelas ilmu tauhid.
“Ketika inilah seseorang itu akan menempuh pelbagai ujian dan dugaan daripada Allah SWT bagi memastikan dia benar-benar memahami hakikat tauhid. Jika tidak, dia dikhuatiri akan bertuhankan jin berkenaan serta syirik,” katanya.
Beliau berkata, walaupun dunia ketika ini sudah maju dengan penciptaan pelbagai teknologi berasaskan sains; ilmu bagi mengekang gangguan jin masih perlu dipelajari kerana ia masih berlaku ketika ini malah tidak dapat diubati dengan ilmu sains perubatan moden.
Meneliti makhluk yang dipamerkan itu, tidak mustahil jika timbul sikap tidak percaya dan skeptikal di kalangan segelintir penonton - mungkin objek yang dipamerkan itu adalah patung yang dibuat.
Bagaimanapun, Safuan mempelawa mana-mana penyelidik dan saintis yang meragui kesahihan makhluk yang dipamerkan itu supaya melakukan kajian saintifik bagi membongkar rahsia dan misteri yang menyelubungi makhluk jin.
Keterangan Gambar:
------------------
1. MISTERI... jin yang ditangkap ketika sedang meniduri seorang wanita.
2. ENIGMA... jin yang menyerupai toyol.
3. DARAH... darah kelihatan timbul di jari toyol.
4. MENAKUTKAN.. adakah langsuir ini jin atau dibuat daripada patung?
5. KECIL.. jin yang dikurung dalam botol.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home