mengapa jin dibuang ke lautan, hutan
Oleh Nasron Sira Rahim
KEBELAKANGAN ini, ramai mendakwa menjumpai objek aneh berbentuk lembaga kecil ketika menjejaki kawasan hutan, pantai dan sungai sehingga menimbulkan teka-teki mengenai bahan yang ditemui itu.
Adakah objek itu jin, bahan untuk sihir atau sekadar barang biasa yang dibuang sebagai sampah.
Objek dan bahan asing itu dibuang atau ditanamdi kawasan jauh dari penempatan manusia selain keadaan alam semulajadinya masih belum dicemari arus kemodenan - di hutan, sungai dan laut.
Kronologi penemuan objek misteri itu bermula apabila patung sebesar bayi yang lengkap dikapan dengan kain putih dijumpai di bawah pokok di kaki Gunung Jerai, Kedah pada Ogos tahun lalu.
Ketika ditemui, patung plastik itu dibungkus rapi dengan kain putih dan diikat pada kaki dan kepalanya seperti mayat yang dikapan. Bahagian badannya dipenuhi cucukan jarum peniti, paku selain lilitan tali nilon berwarna-warni pada kaki dan tangan.
Februari lalu pula, seorang pencari barang terpakai menemui botol berisi patung kecil di Pantai Padang Balak, Pahang dan berita penemuan itu menggemparkan penduduk sekitar yang menganggap objek yang kemudiannya dipamerkan di Muzium Sultan Abu Bakar itu adalah `toyol'.
Objek hitam itu `dikurung' di dalam botol, bermata merah, dibungkus dalam kain hitam yang dililit benang kuning dan hitam serta kelihatan masih baru. Sejak itu, beberapa pihak lagi mendakwa menemui objek pelik yang hampir sama dimerata tempat di negara ini.
Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Dr Ideris Endut, berkata kemungkinan objek ditanam dan dibuang itu adalah jin yang dipasung atau bahan digunakan dalam amalan sihir.
Ini disebabkan dalam amalan perbomohan tradisional,makhluk halus atau jin yang mengganggu manusia akan ditangkap pengamal bidang itu sebelum dibuang ke hutan, sungai atau lautan.
Beliau berkata, tujuan tindakan itu untuk mengembalikan makhluk itu ke penempatan asalnya, dengan harapan tidak lagi mengganggu manusia sebaik kembali ke kawasan masing-masing.
"Kebanyakan mereka tinggal di kawasan hutan, sungai dan laut yang jauh daripada manusia," katanya. Dr Ideris berkata, sebelum manusia pertama iaitu Nabi Adam AS diciptakan, Allah SWT terlebih dulu menciptakan jin seperti firman-Nya dalam ayat ke 26 dan 27 daripada surah Al-Hijr:
"Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia daripada tanah liat kering kontang yang berasal daripada lumpur hitam yang dibentuk dan Kami ciptakan Jin sebelum diciptakan manusia daripada api yang sangat panas."
Katanya, berbanding manusia; jin adalah makhluk yang terlebih dulu wujud dan menghuni bumi.Mereka mendiami planet itu dalam keadaannya yang asal - hutan tebal yang mengalir sungai dikelilingi alam semula jadi masih belum dicemari.
Hanya selepas kewujudan manusia, barulah alam semula jadi itu diteroka menyebabkan habitat asal jin semakin mengecil sehingga mereka memasuki kawasan manusia. Disebabkan itulah, jin yang memasuki dan melakukan gangguan di kawasan manusia akan kembali dibuang ke hutan, laut atau sungai jika mereka ditangkap.
Katanya,manusia berkemampuan mengawal dan menangkap jin dan begitu juga sebaliknya kerana dua makhluk itu sebenarnya memiliki tujuan hidup sama iaitu sama ada menuruti perintah Allah SWT atau mengingkari-Nya.
Ini berdasarkan firman Allah SWT: "Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada-Ku," (Adz-Dzariyaat: 56).
Beliau berkata, jin yang rendah ilmunya akan kalah dan dikawal manusia. Ia akan mengikuti perintah manusia termasuk dikurung di dalam balang kaca atau buah kelapa kerana ia takut dicederakan manusia.
Selain itu, objek aneh yang dijumpai di kawasan hutan, sungai dan lautan itu juga mungkin adalah barang digunakan dalam aktiviti sihir. Malah dalam penemuan di Gunung Jerai, patung yang dijumpai menyamai kaedah digunakan dalam upacara voodoo iaitu sejenis amalan ilmu hitam yang popular di Afrika.
Dr Ideris berkata, aktiviti sihir terbahagi kepada dua iaitu secara lahiriah dan bukan lahiriah. Sihir berbentuk bukan lahiriah membabitkan gangguan jin manakala sihir lahiriah pula membabitkan jin dan benda kotor, najis, barang diharamkan syariat selain yang memudaratkan manusia.
Antara barang berkenaan adalah darah, rambut, serbuk kaca,miang buluh dan jarum yang digunakan dalam sihir seperti santau supaya ia dapat membahayakan kesihatan manusia malah terdapat kes sehingga pesakit terbabit menemui ajal.
"Bagaimanapun, manusia yang berilmu dapat mematahkan sihir berkenaan dan menundukkan jin yang diarahkan untuk tujuan itu," katanya.
(END)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home