seminar IKIM - al-quran sunnah
Publication : BH
Edition :
Date : 18/07/2005
Page Number : 12
Headline : Al-Quran, Sunnah teras pembinaan semula tamadun Islam
Words : 625
Byline : Oleh Nasron Sira Rahim
Text :
KEKUATAN utama bagi menjayakan Islam Hadhari adalah iman, ilmu dan amal
soleh. Iman adalah keyakinan terhadap ajaran dibawa Rasulullah SAW
manakala amal soleh adalah instrumen jihad bagi menegakkan kehidupan
tamadun dengan acuan sendiri.
Iman dan amal soleh tidak difahami hanya daripada aspek ritual. Ia
merangkumi usaha manusia mengurus dan membangunkan bumi serta
memanfaatkan nikmat Allah bagi memenuhi keperluan dharuriyyat, hajiat dan
tahsinat (darurat, penghijrahan dan pembaikan).
Perkara lain adalah meningkatkan tahap kehambaan diri kepada Allah.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd
Nakhaie Ahmad, berkata bagi mencapai tujuan itu, manusia perlu
menggunakan segala potensi dirinya (akal, roh, naluri dan anggota).
Begitu juga, katanya, nikmat yang disediakan Allah di langit dan bumi
serta memanfaatkan sumber sedia ada untuk membina dan menguruskan
institusi (keluarga, masyarakat dan negara) bagi memenuhi kewajipan
sebagai khalifah.
Katanya, menerusi institusi yang dibina, manusia berinteraksi untuk
memenuhi keperluan hidupnya pada peringkat dharuriyyat, hajiat dan
tahsinat.
"Dalam menguruskan institusi itu, manusia dikehendaki patuh kepada
sistem Ilahi yang terkandung dalam sunnatullah dan dinullah," katanya
pada Bengkel Pelaksanaan Islam Hadhari Peringkat Bahagian Seluruh
Malaysia, baru-baru ini.
Jelasnya, sumber ambilan Islam Hadhari adalah pandangan hidup Islam
mengenai kehidupan seperti diungkapkan menerusi al-Quran dan sunnah
Rasulullah berasaskan epistemologi Ahlu Sunnah Waljama'ah.
Inti sari pandangan hidup itu adalah manusia tidak dijadikan sia-sia,
tetapi untuk beribadah. Islam menjadikan manusia bertanggungjawab sebagai
hamba Allah serta khalifah di bumi dan tugas khalifah adalah mengurus dan
membangunkan bumi mengikut acuan Ilahi.
Mohd Nakhaie berkata, pendekatan Islam Hadhari mengembalikan asas Islam
seperti terkandung dalam al-Quran dan sunnah sebagai teras pembinaan
semula tamadun Islam.
"Tafsiran dan ijtihad perlu bagi mengguna pakai asas itu dalam realiti
yang berubah. Tetapi ia dilaksanakan dengan pengetahuan, semangat dan
kesedaran kontemporari.
"Tafsiran dan ijtihad warisan tetap dihormati, tetapi penerimaannya
untuk dihayati dalam pembangunan perlu dikaji dan dilihat kesesuaiannya
dengan zaman dan tempat," katanya.
Mohd Nakhaie berkata, pengetahuan kontemporari bermakna kefahaman
terhadap fundamental dilihat dengan pemikiran terbuka berdasarkan keadaan
semasa.
Katanya, ini juga tidak terpencil daripada realiti dunia, terbuka
kepada tamadun serta peradaban asing secara kesedaran dan keinsafan.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Mohammed Amin
Salih, berkata manusia sebagai khalifah di bumi Allah berkewajipan
mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan bagi mencapai prinsip
Maqasid As-Syariah (objektif syariat) yang lima.
Menerusi kertas kerja bertajuk 'Pelan Tindakan Islam Hadhari', beliau
berkata, prinsip itu adalah menjaga, memartabatkan dan memperkasakan
agama, akal, nyawa, keturunan dan harta.
Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Wan Muhamad
Abdul Aziz, pula menjelaskan bahawa kesan penjajahan ke atas umat Islam
di negara ini selama hampir 450 tahun (1511-1957) memisahkan urusan agama
sebagai hak Raja-raja Melayu manakala urusan bukan agama diuruskan
penjajah.
Katanya, persepsi terhadap agama hanya terbatas kepada aspek ibadat
khusus semata-mata.
Tanggapan umum bahawa agenda membangunkan ummah, peradaban bangsa serta
keutuhan negara bukan sebagai sebahagian ruang lingkup agama.
"Berlaku salah pemahaman antara tuntutan fardu ain dan kifayah
menyebabkan umat Islam mengalami kemunduran dan kelemahan," katanya dalam
kertas kerja bertajuk 'Islam Hadhari'.
Beliau berkata, hakikat umat Islam masa kini kelihatan tidak berupaya
menterjemahkan Islam sebagai agama kemajuan menyebabkan umat dan negara
Islam masih ketinggalan berbanding umat lain.
"Umat Islam juga masih dikaitkan dengan kemunduran dan kemiskinan
walaupun sumber asas ekonomi kebanyakan negara Islam adalah banyak.
"Umat Islam juga dikaitkan dengan kejahilan walaupun suatu masa dulu
Islam pernah gemilang selama beberapa tahun," katanya.
Sejak sekian lama, umat Islam kekal sebagai masyarakat pengguna dan
bukannya pengeluar serta lemah dalam ekonomi malah di sesetengah negara,
mereka dihina dan ditindas.
Keadaan di negara ini sendiri memperlihatkan bangsa Melayu (Islam)
mencatatkan statistik tertinggi dalam masalah dadah, HIV/Aids serta
menghuni penjara. Malangnya, umat Islam terendah jika dibandingkan dari
aspek kejayaan dalam pelbagai bidang ilmu atau profesional.
(END)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home