Thursday, November 06, 2008

perabot terpakai

Publication : HM

Edition : TE

Date : 06/05/2002

Page Number : 20

Headline : Perabot terpakai Norimah laris

Words : 232

Byline : By Nasron Sira Rahim

Column Name : Si tauke

Text :


KEYAKINAN pada pasaran dan permintaan pengguna terhadap perabot terpakai
menambah iltizam seorang suri rumah, Norimah Mohd Daud, 30, untuk
memulakan perniagaan menjual barangan berkenaan.
Menurutnya, sebelum membuka perniagaan itu di Kampung Padang Mengkuang,
Bukit Payung, Marang, Terengganu, ramai yang mencadangkan agar dia
mengusahakan kedai perabot.
"Saya meminta pendapat daripada penduduk setempat ketika memikirkan
jenis perniagaan yang akan dibuka dan timbal balas yang diterima
menyarankan agar saya menjual pelbagai barangan terpakai.
"Barangan terpakai adalah alternatif bagi individu yang ingin
mendapatkan sesuatu kelengkapan tetapi tidak memiliki wang membeli perabot
baru," katanya.
Norimah berkata, dia mula membuka perniagaannya pada 11 Mei tahun lalu
dengan bermodalkan RM10,000 hasil simpanannya sendiri.
"Dengan modal itu, saya mula mendirikan premis ini dan membeli barangan
terpakai dari Singapura dan selepas setahun kedai ini dibuka, sambutan
yang diterima amat menggalakkan," katanya.
Norimah berkata, setiap dua minggu, dia akan mendapatkan barangan
terpakai seperti perabot, barangan elektrik dan pelbagai kelengkapan rumah
lain dari Singapura.
"Saya akan memastikan barangan terpakai yang dipilih ketika di Singapura
masih berkualiti dan tidak banyak rosak untuk dijual di kedai saya dengan
harga yang berpatutan," katanya.
Norimah berkata, kabinet televisyen adalah perabot yang paling diminati
pelanggan dan cepat habis.
Katanya, dia bercadang membuka cawangan pada masa akan datang.
"Saya akan melihat perkembangan perniagaan saya di sini sedikit masa
lagi dan sekiranya sambutan yang diterima meningkat, saya bercadang untuk
membuka satu lagi cawangan tidak lama lagi," katanya.
(END)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home