Thursday, November 06, 2008

kolum larut malam

Publication : HM

Edition : TE

Date : 07/03/2002

Page Number : 16

Headline : Bersiap sedia hadapi peperiksaan

Words : 190

Byline : By Nasron Sira Rahim

Column Name : Larut malam

Text :


SERDANG: Waktu paling sibuk bagi pelajar institusi pengajian tinggi adalah
menjelang peperiksaan sehingga ada yang sanggup bersengkang mata mengulang
kaji pelajaran.
Bagi pelajar jurusan Perniagaan Tani, Universiti Putra Malaysia (UPM) ,
Khairil Azmir Ismail, 20, dia gemar mengulang kaji pelajaran pada waktu
malam kerana dia dapat memberi sepenuh tumpuan pada waktu itu.
"Saya membuat persediaan yang cukup seminggu sebelum peperiksaan bagi
mengelak belajar pada saat akhir, apatah lagi sehingga lewat malam pada
malam peperiksaan," katanya.
Rakannya, Mohd Azreen Naimi Mohd Zain, 22, berkata kebiasaannya, dia
tidak mengulangkaji sehingga larut malam sekiranya peperiksaan akan
diadakan keesokannya.
"Mungkin sebilangan pelajar sanggup tidak tidur malam menjelang hari
peperiksaan, tetapi saya akan memastikan yang saya mempunyai tidur yang
cukup supaya tumpuan ketika menjawab soalan peperiksaan tidak terganggu,"
katanya.
Katanya, walaupun menghabiskan masa sehingga jam 4 pagi untuk mengulang
kaji pelajaran menjelang peperiksaan dan hanya tidur selama dua jam
selepas itu, dia tidak mengantuk keesokannya.
Mohd Azreen Naimi gemar mengulang kaji pelajaran secara berkumpulan
kerana ia amat berkesan dan lebih menyeronokkan berbanding belajar
bersendirian.
"Kita dapat mengadakan perbincangan mengenai topik pilihan apabila
belajar bersama rakan dan ia memudahkan kita mengingati fakta dan
mengupasnya," katanya.
(END)

Publication : HM

Edition : TE

Date : 06/02/2002

Page Number : 15

Headline : Mudah cekup pendatang waktu malam

Words : 155

Byline :

Column Name : Larut malam

Text :


KUALA TERENGGANU: Anggota Jabatan Imigresen Terengganu sanggup bersengkang
mata untuk menjalankan tugas menahan pendatang asing yang memasuki negara
ini tanpa izin.
Ketua Unit Penguatkuasa jabatan berkenaan, Rahim Hanaffi, berkata
operasi menahan pendatang tanpa izin kerap dilakukan pada waktu malam.
"Kebanyakan operasi dijalankan pada waktu malam antara jam 10 malam
hingga 6 pagi kerana pada waktu itu, kebanyakan pendatang berada di
kediaman mereka dan operasi menahan mudah dijalankan.
"Ini berbanding waktu siang, kebanyakan pendatang berada di luar rumah
untuk bekerja dan sekiranya operasi dijalankan, pendatang mugkin dapat
melarikan diri," katanya.
Beliau berkata, selalunya dua atau tiga lokasi pendatang tanpa izin akan
dikenal pasti sebelum operasi waktu malam dijalankan.
"Kita akan menggempur lebih satu lokasi jika operasi dilakukan pada
waktu malam dan operasi menahan semua pendatang itu akan berjalan hingga
awal pagi," katanya.
Katanya, setiap kali operasi diadakan ia membabitkan lebih 10 anggota
dan kadangkala turut disertai Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan
polis.
(END)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home