Pembunuhan JFK
FAIL JENAYAH
Pembunuhan Presiden John F Kennedy
1. Rentetan pembunuhan JFK
Tarikhnya 22 November 1963. John Fitzgerald Kennedy menjejak kaki ke Dallas, Texas selepas dua tahun kehilangan Dallas kepada Republikan. Kennedy sangat teruja dengan sambutan warganya, lambaian dan sambutan mesra mereka membuatkan Kennedy berasa sangat selesa.
Ditemani isteri, Jacqueline dan Gabenor John Connally dan isteri, mereka dibawa dengan limosin merentasi bandar itu. Rombongan mereka diketuai oleh sekumpulan lelaki bermotosikal dari Bahagian Khidmat Rahsia Amerika (FBI).
Segala-galanya nampak selesa untuk Kennedy. Berita mengenai lawatannya ke Dallas sudah diterbitkan dalam akhbar-akhbar di Dallas. Bukan saja berita, peta laluan rombongan Kennedy juga diterbitkan beberapa hari sebelum lawatan.
Laluan rombongan Kennedy diterbitkan dalam akhbar di Dallas pada November 19, 1963, malah peta terperinci mengenai laluan itu diterbitkan dua hari selepas itu November 21, 1963.
Lawatan Kennedy ke Dallas dianggap penting untuk menjana lebih banyak dana menjelang kempen pemilihan presiden 1964. Selain itu lawatan ke Dallas adalah sebahagian kempen untuk bertanding kerusi Presiden. Malah hati warga Dallas perlu ditawan kerana gandingan Kennedy-Johnson sebelum ini tewas di Dallas pada 1960.
Faktor keselamatan memang menjadi isu utama apabila Dallas dijadikan destinasi lawatan presiden. Ini disebabkan sebelum ini, pada bulan Oktober tahun yang sama, duta Amerika ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Adlai Stevenson, disambut dengan bantahan dan protes ketika berkunjung ke Dallas. Malah kakitangan Rumah Putih juga bimbang kewujudan penembak curi.
Bagaimanapun Kennedy pada pagi sebelum dia dibunuh dikatakan mendapat perlindungan FBI, termasuk FBI akan mengetuai rombongan itu.
Sarjan Davis dari Jabatan Polis Dallas sudah bersedia dengan pelbagai mekanisma keselamatan supaya apa yang dilalui Stevenson tidak ditempuhi Kennedy. Apatah lagi ketika itu kereta presiden adalah kereta biasa tiada kereta kalis peluru.
Begitupun, apabila rombongan Kennedy tiba di Plaza Dealey pada 12.30 tengahari dan menyusuri Jalan Elm, isteri Connally terdengar bunyi tembakan. Ketika dia memandang Kennedy, lelaki itu sedang memegang tekaknya yang ditembusi peluru. Tidak lama selepas itu, Gabenor Connally yang duduk di belakang Kennedy rebah.
“...terdapat dua atau tiga orang yang terbabit dalam kejadian ini dan mereka menembak menggunakan senapang automatik. Mereka cuba membunuh kami,” kata Connally ketika ditemubual.
Beberapa saat selepas itu orang ramai mendengar tembakan yang ketiga. Awalnya, mereka tidak terfikirpun akan menjadi saksi kejadian yang bukan saja menggemparkan Amerika tetapi dunia. Bunyi letupan itu difikirkan sebahagian daripada gimik menyambut Kennedy, tidak lain hanyalah letupan mercun.
Begitupun apabila peluru ketiga dilepaskan, menembusi limosin yang dinaiki rombongan Kennedy dan menembusi kepalanya, mereka mula panik. Peluru berlumuran darah dengan cebisan tisu otak menjadi penamat cerita dan cita-cita Presiden ke 35 Amerika, John F Kennedy.
Walaupun, Kennedy diberi jaminan keselamatan oleh FBI, penembak curi berkenaan tidak dapat dikesan serta merta. Dikatakan hanya selepas 120 minit, Lee Harvey Oswald ditahan atas tuduhan membunuh. Sejam selepas siasatan dibuat tanpa sebarang perbicaraan, Oswald dituduh membunuh Kennedy. Malangnya, dia mati ditembak Jack Ruby dua hari selepas pembunuhan Kennedy.
2nd. Mengenali JFK & autopsi
KETIKA dibawa ke Bilik Trauma 1 Hospital Parkland untuk rawatan, Kennedy sudah diletakkan dalam keadaan "moribund", bermaksud dia tidak ada peluang untuk hidup saat dimasukkan ke hospital.
Dr George Gregory Burkley, doktor peribadi Kennedy tiba di bilik kecemasan lima minit selepas Kennedy tiba. Berdasarkan kecederaan di belakang dan di kepala, Burkley percaya kematian Kennedy disebabkan peluru.
Pada jam 1 petang, selepas semua prosedur selesai, Kennedy diumumkan meninggal dunia kerana tembakan. “Kami tidak berpeluang langsung menyelamatkan nyawanya,”kata Burkley. Kematiannya diumumkan secara rasmi oleh Pemangku Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Malcolm Kilduff pada 33 minit kemudian.
Gobernor Connally, dimasukkan ke bilik kecemasan dan menjalani dua pembedahan pada hari itu juga.
Atas persetujuan Polis Dallas dan FBI, mayat Kennedy diterbangkan dari Hospital Parkland ke Rumah Putih. Mayat dibawa pulang tanpa menunggu pemeriksaan forensik yang sepatutnya dibuat di Dallas. Tindakan itu dianggap mencabuli undang-undang jenayah Texas (pembunuhan itu dikategorikan sebagai jenayah negeri dan tertakluk pada undang-undang Texas). Membunuh Presiden Amerika Syarikat tidak dikategorikan sebagai jenayah di peringkat persekutuan ketika itu.
Pada hari yang sama, Naib Presiden Amerika, Lyndon Baines Johnson yang turut bersama dalam rombongan Kennedy tetapi tidak cedera mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat di dalam Air Force One, ketika dalam penerbangan membawa pulang mayat Kennedy.
Di Rumah Putih, keranda yang mengisi mayat Kennedy tidak dibuka kepada kunjungan awam sebaliknya hanya untuk diziarahi keluarga dan kawan rapatnya. Hanya beberapa jam sebelum disemadikan, ratusan orang awam diberi peluang memberi penghormatan terakhir kepada Kennedy.
Wakil dari 90 negara termasuk Kesatuan Soviet menghadiri pengkebumian Kennedy pada 25 November yang kebetulan hari ulang tahun anak lelakinya, John F Kennedy Jr. Kennedy disemadikan di kawasan perkuburan kebangsaaan Arlington.
Pembunuhan Kennedy bukan saja mengemparkan Amerika tetapi juga dunia. Pembunuhan itu dikaitkan dengan ‘Curse of Tippecanoe’ atau dikenal juga sebagai “Zero Year Curse”. Ia merujuk pada pola kematian Presiden Amerika dari 1840 hingga 1960.
Dikatakan, mereka yang memenangi kerusi presiden pada tahun yang diakhirkan dengan kosong (seperti 1840, 1860,1960) akan mati sebelum tamat tempoh perkhidmatannya. Ia bermula dengan kematian William Henry Harrison yang mati pada 1841 selepas menduduki kerusi itu pada 1840.
Untuk setiap 20 tahun selama 120 tahun, Presiden Amerika yang mati sebelum tamat penggal perkhidmatannya termasuklah Abraham Lincoln (dipilih 1860, mati 1865) hinggalah Kennedy (dipilih pada 1960, mati 1963).
Kennedy berasal dari keturuan Irish dan dilahirkan di Brookline, Massachusetts, pada 29 Mei 1917. Bergraduan dari Harvard pada 1940, dia memulakan kerjaya dengan menyertai tentera laut. Pada 1943, ketika kapalnya karam disebabkan serangan tentera Jepun, Kennedy bertuah kerana terselamat.
Kembali dari perang, dia menyertai Demokrat dan dilantik sebagai ahli kongres mewakili Boston. Pada 1953, dia menyertai senat. Tahun yang sama dia mengahwini Jacqueline Bouvier. Begitupun dia cukup dikenali dengan pelbagai kisah skandal dengan beberapa wanita termasuk Marilyn Monroe.
3. Oswald & suruhanjaya Warren
Lee Harvey Oswald dilahirkan di New Orleans, Louisiana. Ketika berusia 19 tahun, Oswald berhijrah ke Kesatuan Soviet malah mengahwini gadis Russia, Marina Prusakova 1961. Mereka dikurniakan seorang anak, June pada Februari 1962. Bagaimanapun, selepas sekian lama berada di Russia, Oswald dan keluarganya kembali ke Amerika.
Walaupun tidak mengaku membunuh Kennedy, dua siasatan yang dibuat oleh Kerajaan Amerika melalui Suruhanjaya Warren dan ‘House Select Committee on Assassinations’ mendakwa Oswald sebagai pembunuh Kennedy.
Menurut Suruhanjaya Warren, sebaik saja menembak Kennedy, Oswald menyembunyikan rifle dibelakang bebarapa kotak dan turun dari tingkat atas bangunan Schoolbook Depository melalui tangga belakang.
Di tingkat dua, dia bertembung dengan polis yang sedang menjejak penembak Kennedy. Bersama polis itu adalah penyelia Oswald, Roy Truly yang mengesahkan Oswald adalah pekerja di bangunan berkenaan. Justeru, kehadiran Oswald ketika itu tidak mendatangkan sebarang kecurigaan.
Oswald kemudiannya meninggalkan bangunan berkenaan sebelum ia dikepung polis. Sekitar jam 12.40 tengahari, Oswald menaiki bas cuba keluar dari bandar tetapi kesesakan jalan raya tidak memungkinkan dia berbuat demikian. Dia kemudiannya balik ke rumah sebelum keluar semula dalam keadaan tergesa-gesa.
Ketika dia berada di selekoh antara Jalan 10 dan Patton Avenue, Oswald ditahan polis, JD Tippit. Bagaimanapun,Oswald melepaskan empat tembakan. Satu daripadanya menyebabkan Tippit maut. Dia kemudiannya melarikan dia ke Texas Theater bagi mengelak dari polis yang masih berlegar-legar di sekitar kawasan berkenaan. Dia keluar dari Texas Theater tanpa membayar menyebabkan pengurus tempat itu mengekorinya dan akhirnya menelefon polis atas tingkah laku Oswald yang mencurigakan.
Oswald kemudiannya ditahan kerana disyaki membunuh Tippit. Tidak lama selepas itu, dia bukan saja dituduh membunuh Tippit tetapi dituduh menembak mati Presiden Kennedy.
Ketika dalam tahanan, Oswald tidak mengaku dia membunuh Kennedy, malah dia berkata kepada wartawan yang menemubualnya “saya tidak tahu mengenai tuduhan itu hinggalah awak bertanya. Saya tidak membunuh sesiapa. Mereka menuduh saya kerana saya pernah tinggal di Kesatuan Soviet,”
Oswald, bekas tentera laut ditahan pada hari yang sama Kennedy dibunuh. Oswald mendakwa, ketika ditahan dia sedang makan tengahari di Bangunan Schoolbook Depository. Walaupun Oswald memiliki alibi tidak terbabit dengan pembunuhan itu, dia tetap didakwa sebagai pembunuh.
Malah, tanpa prosedur undang-undang yang betul, dia didapati bersalah tanpa perbicaraan.
Oswald disiasat beberapa selama dua hari ditahan di Ibu Pejabat Polis Dallas. Dia menafikan pembabitannya dalam pembunuhan Kennedy. Malah dua keping gambar dia memegang rifle dan pistol yang menjadi bahan bukti didakwa sebagai palsu.
Dua hari selepas dia ditahan, Oswald dibawa keluar dari balai polis Dallas untuk dipenjarakan. ‘Perpindahan’ ke penjara menjadi isu setempat malah ia disiarkan secara langsung di kaca tv. Puluhan wartawan dan jurugambar menanti di luar balai polis selain ribuan penonton yang menyaksikannya di rumah.
Malangnya, sebelum sempat dia dipenjarakan, Oswald ditembak mati oleh Jack Ruby. Walaupun Oswald disahkan sebagai pembunuh Kennedy, dalam satu tinjauan pendapat di kalangan warga Amerika, kebanyakan mereka percaya Oswald adalah sebahagian daripada konspirasi untuk menjatuhkan Kennedy. Manakala tujuh peratus lagi langsung tidak percaya dengan dia terbabit dengan pembunuhan itu.
4. Teori pembunuhan & misteri keluarga JFK
ANEH, empat dekad selepas pembunuhan Kennedy, empat dekad selepas Lee Harvey Oswald mati ditembak Jack Ruby, pembunuh Kennedy masih dicari. Adakah Oswald sebenarnya sebahagian kecil daripada konspirasi yang besar? Adakah CIA dalangnya? Atau FBI? Atau Fidel Castro? Russia atau makhluk dari Marikh?
Empat hari selepas Kennedy ditembak, Suruhanjaya Warren dibentuk oleh Presiden Lyndon B Johnson bagi menyiasat pembunuhan Kennedy. Hasil siasatan itu mendapati Oswald membunuh Kennedy dan dia bertindak sendirian (dikenali juga sebagai Lone gunman theory). Prosiding suruhanjaya itu ditutup selepas persoalan siapa bunuh Kennedy terjawab.
Bagaimanapun bukan rahsia, hanya tiga peratus saja daripada keseluruhan laporan suruhanjaya berkenaan dihebahkan kepada awam. Ini menyebabkan wujudnya spekulasi kematian Kennedy.Selepas sebulan membuat siasatan, Suruhanjaya Warren menyimpulkan:
* Lee Harvey Oswald adalah satu-satunya pembunuh yang terbabit dalam kes pembunuhan Kennedy dan dia bertindak secara sendirian.
* Dia membuat tembakan maut itu daripada tingkat enam, Bangunan Schoolbook Depository yang ketika waktu kejadian berada di belakang rombongan Kennedy.
Bagaimanapun orang ramai yang berkumpul di Plaza Dealey menyambut kedatangan Kennedy mengatakan siasatan Suruhanjaya Warren tidak tepat.
* Kebanyakan mereka melaporkan tembakan itu datang dari kawasan Grassy Knoll ini berdasarkan banyak asap terdapat di situ waktu kejadian.
* Sebelum kumpulan bermotosikal yang mengetuai rombongan Kennedy tiba, lelaki bersenjata rifle sudah dilihat berada di Dallas.
* Mereka juga mempersoalkan mengenai misteri seorang lelaki yang dikatakan daripada bahagian khidmat rahsia di Plaza Dealey.
Bertahun-tahun selepas peluru pertama yang membunuh Kennedy dilepaskan, Ketua Polis Dallas, Jesse Curry mengaku pada wartawan:
“Kami tidak ada bukti Oswald melepaskan tembakan. Malah sesiapa saja boleh meletakkan dia di bangunan itu dengan pistol di tangan,”
Laporan mengenai lelaki ketiga, James Tague yang tercedera dalam kejadian itu tidak menepati versi yang dikeluarkan Suruhanjaya Warren. Tague yang ketika itu berdiri di tepi jalan di hadapan rombongan Kennedy cedera kerana peluru sesat.
Peluru pertama yang dilepas menembusi tekak Kennedy, peluru kedua mengenai belakang Connally, peluru ketiga mengenai kepala Kennedy ramai percaya peluru keempat wujud. Ini menyebabkan Suruhanjaya Warren menukar versi cerita mereka dan muncul pula laporan baru dengan teori ‘peluru ajaib’. Peluru ini sepatutnya menyebabkan kecederaan ketujuh Kennedy dan Connally.
Dalam tiga tahun tempoh pembunuhan Kennedy dan Oswald, 18 saksi yang melihat kejadian itu meninggal dunia - enam ditembak, tiga dalam kemalangan motosikal, dua membunuh diri, tiga kerana serangan jantung, dua kematian biasa, seorang mati kerana kecederaan di tekak dan seorang lagi kerana tetakan karate di tengkok.
Misteri dan populariti kematian Kennedy mengheret lebih banyak siasatan selepas kematiannya. Pada 1968, satu badan yang dikenali sebagai The Ramsey Clark Panel bertemu di Washington bagi memeriksa sekali lagi pelbagai gambar, dokumen dan bukti yang dikaitkan dengan pembunuhan Kennedy. Panel itu menyimpulkan Kennedy mati ditembak oleh dua peluru, satu dari atas dan dibelakangnya. Satu peluru menembusi tengkuk dan satu lagi menembusi tengkorak. Justeru, perdebatan yang timbul jika Oswald bertindak sendirian, dia tidak mungkin boleh melepaskan tembakan dari belakang Kennedy dan dari atas bangunan dalam masa yang hampir sama.
Pada 1979, siasatan oleh satu badan dikenali United States House of Representatives Select Committee on Assassinations (HSCA) bagi menyiasat kematian Kennedy dan Dr Martin Luther King Jr menyimpulkan pembunuhan Kennedy oleh Oswald ‘mungkin satu konspirasi’. Peguam HSCA, Robert Blakey,
memberitahu ABC News terdapat 20 orang yang mendengar tembakan itu datang dari Grassy Knoll. Malah konspirasi adalah jawapannya apabila siasatan dibuat membabitkan testimoni saksi dan bukti akustik.
Bagaimanapun, HSCA tidak dapat mengenalpasti seorang lagi penembak atau berbicara lebih lanjut mengenai konspirasi. Pada 1982, 12 orang saintis yang dilantik oleh Akademi Sains Kebangsaan Amerika diketuai oleh Prof Norman Ramsey dari Harvard, mendapati bukti akustik dan pasukan di belakang HSCA adalah “cacat’ dan “palsu”.
end.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home