siri 4 ted bundy
nasron54
Fail jenayah - Ted Bundy
SIRI 4 - Ted Bundy lari dari penjara
Susunan Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
KETIKA Ted Bundy menjalani hukuman penjara kerana menculik Carol Da Ronch, pihak berkuasa meneruskan siasatan bagi mencari bukti yang dapat mengaitkan lelaki itu dengan kes pembunuhan Caryn Campbell dan Melissa Smith.
Hasil siasatan dan bukti diperoleh pihak berkuasa akhirnya membawa lelaki itu dihadapkan ke mahkamah pada 22 Oktober 1976 kerana dakwaan membunuh Caryn Campbell.
Ketika sesi perbicaraan ke atasnya berlangsung pada 7 Jun 1977 di mahkamah Pitkin County di Aspen, Ted Bundy dibenarkan melawat perpustakaan mahkamah ketika sidang perbicaraan sedang berehat.
Ketika itulah dia melihat satu peluang terbuka di hadapan matanya. Di perpustakaan itu, dia melompat keluar dari sebuah tingkap yang terbuka dan berjaya melarikan diri ke sebuah pekan kecil di Pergunungan Aspen.
Polis Aspen melancarkan gerakan besar-besaran memburu Bundy di sekitar bandar itu, termasuk mengadakan sekatan jalan raya menyebabkan pergerakan pembunuh bersiri itu semakin tersekat.
Dia akhirnya ditahan semula selepas lapan hari menyembunyikan diri dengan mencuri makanan dari rumah penduduk dan sesekali menumpang tidur di dalam khemah yang ditinggalkan.
Ted Bundy kembali disumbat ke penjara dan pengawasan ke atasnya diperketatkan. Bagaimanapun, kejayaan kali pertama menyebabkan lelaki itu bertekad melarikan diri untuk kali kedua. Dia terus mengintai peluang dan merangka rancangan untuk tujuan berkenaan.
Hanya kira-kira enam bulan kemudian, peluang kedua muncul. Ted Bundy memanjat siling bilik tahanannya di Garfield County dan berjaya meloloskan diri dari penjara itu pada 30 Disember. Sebaik keluar, dia mencuri kereta polis.
Kehilangannya hanya disedari 15 jam kemudian tetapi ketika itu, dia sudah dalam perjalanan ke Chicago sebelum ke Florida. Sepanjang pelariannya, Ted Bundy mengguna identiti berbeza untuk mengelak daripada dikenali.
Menjelang pertengahan Januari 1978, Ted Bundy yang menggunakan nama Chris Hagen, hidup selesa dengan menyewa pangsapuri berdekatan Universiti Florida di Tallhassee. Tiada orang mengenali atau tahu kisah silamnya.
Dia menghabiskan banyak masa bersiar-siar di kampus Universiti Florida dan sesekali menyelinap ke dewan kuliah untuk mengikuti kelas. Pada waktu lain, dia menghabiskan masa menonton televisyen di apartmennya seorang diri. Bagi mencari keperluan hidup lain dan makanan pula, dia mencuri.
Ted Bundy sengaja memilih apartmen yang berdekatan Universiti Florida bagi meneruskan ‘ketagihannya’ untuk membunuh gadis muda. Seterusnya pada malam 14 Januari 1978, lelaki itu mengganas semula.
Dengan mengguna belantan, dia menyusup masuk ke rumah kelab pelajar perempuan, Chi Omega House di universiti berkenaan. Pembunuh bersiri itu membelasah Margaret Bowmen, 21, mencekik sebelum menggigit punggung gadis terbabit.
Kaedah sama dilakukan terhadap Lisa Levy, 20, seorang lagi pelajar yang tinggal di kelab itu. Dua lagi penghuni rumah itu, Karen Chandler dan Kathy Klein cedera parah dibelasah Bundy. Mereka ditemui rakan serumah, Nita Neary dan Nancy Bowman.
Polis yang berkejar ke tempat itu selepas menerima panggilan kecemasan, menemui mayat Margaret dan Lisa dalam keadaan mengerikan. Kedua-duanya diserang ketika tidur. Bedah siasat ke atas Lisa mendapati wanita itu mati akibat hentakan kuat dengan benda keras pada kepalanya. Lisa juga dirogol, dicekik dan diseksa sehingga puting buah dadanya hampir putus digigit.
Bedah siasat ke atas mayat Margaret pula mendapati kesan kecederaan yang hampir sama dialami Lisa, tetapi wanita itu tidak dirogol atau mempunyai sebarang tanda gigitan, sebaliknya dijerut dengan mengguna sarung kaki.
Kepalanya juga dipukul dengan kuat menyebabkan tulang tengkorak kepalanya bersepai sehingga otak boleh dilihat.
Minggu depan: Ted Bundy dihukum mati di atas kerusi elektrik

0 Comments:
Post a Comment
<< Home