siri 5 ted bundy
nasron48
Fail Jenayah - Ted Bundy
Siri 5 - Ted dihukum mati di atas kerusi elektrik
Susunan Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
SELEPAS membunuh kejam dua pelajar wanita di Universiti Florida, Ted Bundy meneruskan pelariannya ke Lake City, Florida pada 9 Februari 1978.
Ketika di bandar itu, ketagihannya untuk membunuh semakin menjadi-jadi menyebabkan dia menjadikan seorang kanak-kanak perempuan sebagai mangsa kekejaman terbarunya.
Dia menculik, merogol tanpa perikemanusiaan dan membunuh Kimberly Leach, 12 tahun sebelum mencampakkan mayat kanak-kanak tidak berdosa itu ke sebuah kandang babi yang kecil. Kimberly dipercayai mangsa terakhir kekejaman pembunuh bersiri itu.
Tiga hari kemudian, Ted Bundy mencuri sebuah kereta Volkswagen Beetle untuk meneruskan pelariannya daripada buruan pihak berkuasa.
Bagaimanapun, pelariannya itu berakhir pada 15 Februari, kira-kira jam 1 pagi, apabila pembunuh bersiri itu ditahan pegawai polis Pensacola, David Lee yang mencurigai kenderaan berkenaan.
Selepas memeriksa nombor pendaftaran kenderaan itu, pegawai polis terbabit mendapati Volkswagen berkenaan sebenarnya adalah kereta curi. Ted Bundy kemudian cuba melarikan diri dan bergelut dengan anggota polis berkenaan.
Akan tetapi, pembunuh bersiri itu akhirnya berjaya ditahan selepas dipukul hingga pengsan oleh David Lee.
David Lee sebenarnya tidak mengetahui yang dia sudah menahan seorang pembunuh bersiri yang paling dikehendaki ketika itu malah Ted Bundy memperdayakan anggota berkenaan dengan menyamar bahawa namanya adalah Ken Misner.
Bagaimanapun, identiti sebenar pembunuh bersiri itu terdedah sehari selepas dia ditahan dan Ted Bundy segera dipindahkan ke Tallahassee dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Kimberly Leach.
Tidak lama selepas itu, Ted Bundy dipindahkan ke Miami untuk didakwa berhubung kes pembunuhan dan serangan di Universiti Florida.
Perbicaraan terhadap kes pembunuhan di Universiti Florida kemudian dilakukan pada Jun 1979. Walaupun ditawar peguam bela, Ted Bundy menolak sebaliknya dia sendiri menjadi peguam bela bagi kes pertuduhan yang dihadapkan ke atasnya.
Dia yakin dengan kemampuannya, tetapi 12 juri yang mendengar kes itu lebih yakin terhadap keterangan saksi utama, Nita Neary bahawa dia melihat Ted Bundy pada malam kejadian serangan di rumah persatuan Chi Omega House di Universiti Florida.
Faktor kedua yang mensabitkan Ted Bundy adalah bukti forensik iaitu kesan gigitan yang dijumpai pada tubuh mangsa didapati sama dengan kesan gigi Ted Bundy.
Pada 23 Julai, penantian Ted Bundy berakhir apabila tujuh jam kemudian, juri kembali ke mahkamah untuk mengumumkan keputusan.
Ted Bundy tidak menunjukkan sebarang emosi ketika seorang juri mengumumkan keputusan bahawa dia didapati bersalah di atas semua pertuduhan. Pada perbicaraan keduanya, Ted Bundy didapati bersalah menyerang Kathy Kleiner dan Karen Chandler dan dijatuhi hukuman mati di atas kerusi elektrik.
Pada Februari 1980 pula, mahkamah sekali lagi mendapati lelaki itu bersalah membunuh Kimberly Leach. Ted Bundy beberapa kali merayu tetapi ditolak dan hukuman ke atasnya dikekalkan.
Sepanjang tempoh menanti hukuman ke atasnya dijalankan, beberapa kajian psikologi dijalankan terhadapnya bagi memahami punca, pemikiran dan aspek kehidupan pembunuh bersiri itu.
Seterusnya sekitar jam 7 pagi pada 24 Januari 1989, Ted Bundy diiring ke satu kawasan di penjara Florida. Jasadnya kemudian diikat pada kerusi elektrik yang terdapat di bilik berkenaan. Ketika jam menunjukkan pukul 7.06 pagi, lebih 2,000 volt aliran elektrik dialirkan ke tubuh lelaki itu selama kira-kira dua minit.
Pembunuh bersiri itu diumumkan mati pada jam 7.16 pagi seterusnya meninggalkan namanya sebagai antara legenda pembunuh bersiri paling kejam dalam sejarah jenayah dunia - sumber: www.wikipedia.com. www.crimelibrary.com
Minggu depan: Siri akhir menceritakan kajian psikologi terhadap Ted Bundy

0 Comments:
Post a Comment
<< Home