dracula
nasron27
Misteri - Dracula
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
DENGAN dua taring yang tajam, dracula membenamkan giginya ke leher mangsa. Darah merah meleleh keluar dari bekas tusukan luka dan pantas pula disedut makhluk itu.
Mangsa yang sedari tadi meronta ketakutan akhirnya terkulai tidak bernyawa. Selepas maut di tangan hantu pontianak itu, mayat mangsa kembali bergerak dan manusia yang dibunuh dracula turut bertukar menjadi makhluk itu.
Demikianlah antara babak kisah legenda hantu dracula yang sehingga kini, sudah 100 tahun menghantui dunia.
Dracula sering digambarkan sebagai hantu pontianak yang sukar untuk dimusnahkan, hanya dengan tusukan kayu di jantung ataupun terdedah kepada cahaya matahari saja yang dapat membunuhnya.
Makhluk itu hanya memakan darah manusia untuk terus hidup dan seperti juga serigala jadian, dracula mampu menukarkan dirinya menjadi kelawar dan menjelma menjadi raksasa bertubuh seakan manusia tetapi memiliki taring ketika berhadapan dengan mangsa.
Sehingga kini, ramai masih keliru sama ada dracula benar-benar wujud atau sekadar mitos rakyat. Jika hantu raya atau pontianak yang menyerupai perempuan terkenal di negara kita, dracula adalah hantu yang popular di seluruh dunia.
Menjejaki misteri kewujudan dracula, kita pasti akan menemui sebuah novel seram bertajuk Dracula yang dihasilkan pada 1897. Dari novel itulah, legenda seram dracula merebak seterusnya menjadi popular di seluruh dunia.
Dracula pada asalnya hanyalah khayalan penulis Bram Stoker yang menghasilkan novel seram itu.
Bagaimanapun, kebanyakan penyelidik percaya kekejaman dracula seperti digambarkan dalam novel Stoker itu diinspirasikan oleh sejarah hidup seorang pemimpin kejam Romania iaitu Vlad III Dracula atau lebih dikenali sebagai ‘Vlad Si Penyula’.
Nama sebenar tokoh itu adalah Putera Vlad tetapi beliau lebih dikenali dengan nama timangannya iaitu Dracula.
Nama Dracula yang popular sehingga kini dipercayai diambil sempena nama Putera Vlad. Nama ‘Dracula’ sebenarnya berasal daripada gelaran yang diberikan kepada bapa Putera Vlad apabila beliau dianugerah Pingat Tertinggi Naga atas keberaniannya menentang tentera Islam dalam Perang Salib.
Menerusi anugerah itu, bapa Putera Vlad digelar ‘Vlad II Dracul’ dan Dracul bermaksud ‘naga’ atau ‘syaitan’ dalam bahasa Romania manakala Dracula pula bermaksud ‘anak Dracul’.
Dracula dilahirkan dalam keluarga golongan atasan pada 1431 di Sighisoara, Transylvania di Romania.
Pada 1436, bapanya dinamakan sebagai pemerintah wilayah Wallachia dan keluarganya berpindah dan menetap di Targoviste yang kini menjadi sebuah bandar industri di Romania.
Dracula bagaimanapun menjadi tebusan Sultan Turki antara 1442 hingga 1448. Selepas dibebaskan, Dracula mendapati bapanya sudah terbunuh, setahun sebelum beliau dibebaskan. Kejadian itu menyebabkan Vlad berazam menuntut bela terhadap semua pembesar Turki dan Hungary yang berpakat membunuh bapanya.
Apabila dewasa, Dracula berjaya merampas kembali takhta dan menjadi pemerintah Wallachia dan Transylvania. Seterusnya bermulalah era kekejamannya yang sehingga kini menjadi legenda di kalangan masyarakat Romania.
Beliau gemar melihat musuh dan juga penduduk yang menentangnya merana. Antara kegemarannya ialah menyiat kulit mangsa yang masih hidup, merebus, memotong anggota tubuh, membutakan mata dan membakar mereka.
Dracula pernah mengarahkan tahanan dari Targoviste berjalan sejauh 80 kilometer ke Poienari sebelum mengarahkan tahanan itu membina sebuah kubu yang kini dikenal sebagai Istana Dracula. Sebaik selesai membina istana itu, semua tahanan itu dibunuh.
Beliau juga memiliki cara tersendiri menganiaya rakyatnya. Vlad pernah menjemput golongan miskin dan yang berpenyakit dari Wallachia dan menjamu mereka makan di sebuah dewan.
Selesai makan, dewan itu dikunci dan dibakar. Beliau menganggap pembunuhan itu sebagai satu cara untuk melepaskan negara daripada bebanan menanggung kebajikan hidup rakyat miskin selain supaya negaranya tidak lagi memiliki rakyat berpenyakit.
Pada 1462, ketika pemerintah Turki menyerang Wallachia, Vlad membakar seluruh kampungnya dan menyambut tentera Turki dengan mayat 20,000 tentera Turki yang disalib.
Pemerintah itu turut digelar ‘Vlad Si Penyula’ kerana gemar menyeksa seseorang dengan menyula mereka sebelum membiarkan mangsa menderita selama berhari sebelum mati. Sebagai peringatan kepada orang lain, mayat yang disula itu dibiarkan di tempat terbuka untuk dimakan burung hering dan burung hitam.
Kekejaman Vlad Dracul bagaikan tiada batasnya. Namun paling buruk diceritakan dalam satu cetakan yang ditemui di Nuremberg pada 1999, beliau menyerang Brazov pada 1459 selepas peniaga di wilayah itu enggan membayar cukai.
Dracula membakar seluruh bandar itu dan mereka yang ditawan dibunuh dengan kejam di Timpa Hill. Anak kecil dipanggang dan ibu mereka dipaksa makan daging panggang itu. Tahanan lain pula direbus dan disiat kulitnya manakala ada pula yang dicincang hingga
lumat.
Selain Vlad III Dracula, sesetengah penyelidik lain percaya Stoker memperoleh inspirasi untuk menulis cerita Dracula selepas mendengar cerita mengenai Countess Elisabeth Bathory yang tinggal di sebuah kawasan berhampiran Transylvania pada awal kurun ke-17.
Elisabeth dilapor menyeksa dan membunuh 650 anak gadis tempatan. Selepas membunuh tahanannya itu, Elisabeth didakwa meminum darah mangsa dengan tujuan untuk mengekalkan kejelitaan dan rupa paras yang muda.
Hakikatnya, Dracula sebagai hantu pontianak yang hauskan darah, hanyalah cerita dongeng dan tak pernah wujud di mana-mana, terutama di Romania, sebuah negara Latin yang mengamalkan ajaran Kristian kuno dan paderi masih mengamalkan upacara menghalau hantu.
Bagaimanapun, kehebatan novel terbabit menyebabkan Dracula menjadi makhluk legenda dunia dan kewujudannya dianggap seolah-olah benar dan masih menghantui dunia sehingga kini.
sumber: www.infoplease.com/spot/dracula1.html, www.wikipedia.com
INFO
Misteri dracula
- Berasal daripada novel novel seram bertajuk Dracula yang dihasilkan Bram Stoker pada 1897.
- Bagaimanapun, Stoker dikatakan mendapat inspirasi untuk menulis novel itu daripada sejarah hidup Vlad III Dracula atau Countess Elisabeth Bathory.
- Kemasyhuran cerita Dracula menyebabkan ia dianggap seolah-olah pernah berlaku dan diterjemah dalam banyak karya popular antaranya filem, novel termasuk permainan video.
- Dracula digambarkan sebagai raksasa bertubuh manusia tetapi memiliki taring yang mampu bertukar menjadi kelawar. Ia menghisap darah manusia untuk terus hidup dan hanya akan mati apabila kayu ditusuk ke jantungnya atau terdedah kepada cahaya matahari.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home