angkara saka...
Heading: Angkara saka
Introteks: Antara kesan buruk memelihara saka adalah pemiliknya akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
IA bermula dengan upacara yang jelas bertentangan dengan syariat serta menghina Islam antaranya seseorang itu akan memuja kubur atau tengkorak, meminum darah, membaca surah suci secara terbalik atau memijak al-Quran terlebih dulu.
Semua upacara itu dilakukan berserta jampi mantera bertujuan menyeru kehadiran syaitan. Seterusnya selepas berjaya menyeru kehadiran jin atau syaitan, perjanjian berserta syarat dan pantang larang akan dimeterai antara manusia dengan makhluk ghaib berkenaan.
Itulah proses permulaan bagi mendapatkan saka dan rentetan daripada perjanjian itu, syaitan akan sentiasa mendampingi tuannya sehingga manusia terbabit boleh menggunakan kebolehan makhluk halus itu untuk kepentingan dirinya.
Pengamal Perubatan Islam Darussyifa’ di Bangi, Selangor, Mohd Fauzi Mustaffa, berkata saka adalah antara perbuatan ‘ilmu hitam’ yang sudah lama wujud dan diamalkan individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia.
Beliau berkata, kebiasaannya manusia terbabit menggunakan bantuan jin untuk pelbagai kepentingan seperti ingin menjaga keselamatan diri, ahli keluarga dan harta; menjadi kuat, berharta, disayangi atau digeruni ramai pihak selain mahukan makhluk ghaib itu membantunya bekerja di ladang atau lautan.
“Pada mulanya memang saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia.
“Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah SWT,” katanya.
Beliau berkata, antara kesan buruk memelihara saka adalah pemiliknya akan menghadapi seksaan yang amat perit ketika hendak mati kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa sehingga menemui ajal.
Katanya, situasi lebih dahsyat berlaku apabila ada kes di mana pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.
Keadaan itu menyebabkan saka berkenaan ‘menumpang’ pada jasad tuannya sehingga pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah meninggal dunia.
Lebih membimbangkan adalah jin yang menjadi saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya. Gangguan saka juga menyebabkan seseorang mengalami penyakit misteri yang amat menyeksakan.
Mohd Fauzi berkata, syaitan sememangnya gembira apabila ada manusia yang menyeru untuk berdamping dengan mereka kerana mereka mahu menyesatkan manusia seperti firman Allah menerusi surah al-Hijr, ayat ke-39: “Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.”
Beliau berkata, antara syarat yang perlu dipatuhi pemilik saka adalah jin berkenaan perlu diwariskan kepada individu lain apabila pemiliknya hampir menemui ajal selain pemilik perlu menjamu saka peliharaannya dengan darah, kemenyan atau sebagainya.
Katanya, saka adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap ditemui pengamal perubatan Islam, selain sihir dan santau malah berbanding sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati; lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya.
Masalah gangguan saka semakin menjadi-jadi apabila pemilik berkenaan meninggal dunia tanpa sempat mewariskan saka berkenaan menyebabkan jin berkenaan akan merewang serta mengganggu dan menyakiti ahli keluarga dan orang lain.
“Sesetengah anak yang mewarisi saka pula tidak mengetahui apakah syarat dan pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan kepada jin terbabit menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah,” katanya.
Mohd Fauzi berkata, hukum mengguna atau mewarisi saka adalah haram dalam Islam seperti firman-Nya: “Dan hari (kiamat) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): ‘Wahai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu banyak (menyesatkan) manusia’, lalu berkatalah sahabat mereka dari golongan manusia: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian kami sudah mendapat kesenangan dari sebahagian yang lain (jin) dan kami sampai kepada masa yang Engkau tentukan bagi kami (hari pengadilan)’.
“Allah berfirman: ‘Neraka itulah tempat diam kamu sedang kamu kekal didalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)’. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui,” (surah al-An’aam: 128).
Sehubungan itu, ahli keluarga lain atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal dan bagi mereka yang sudah menerima, perlu diusaha untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit.
“Untuk merawat atau membuang saka pula, pesakit perlu dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah serta mengelak daripada berjumpa bomoh atau pengamal perubatan yang berasaskan jin,” katanya.
Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Dr Jahid Sidek, berkata bagi mengubati manusia yang diganggu saka, rawatan perlu dilakukan daripada ‘atas ke bawah’ iaitu menyembuhkan datuk atau bapa terlebih dulu kerana tanpa berbuat demikian, gangguan itu berterusan kerana puncanya berada ‘di atas’.
“Contohnya seorang pesakit saya iaitu kanak-kanak mengalami sakit pelik dan gatal seluruh badan; apabila berjumpa dengan doktor dan diberi ubat, gatal itu semakin merebak. Apabila dibawa berjumpa saya, saya dapati jin yang menyebabkan sakit kepada si anak berada di tubuh bapanya.
“Walaupun yang sakit adalah anak dan bapa pula sihat seperti biasa, rawatan perlu dilakukan terhadap bapa dan selepas dirawat, alhamdulillah si anak turut sembuh,” katanya yang menjalankan rawatan di pusat perubatannya di Batu 7, Kuang, Selangor.
Beliau yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, berkata selain memberi kelebihan kepada tuannya, saka juga menjaga harta dan barang pemiliknya menyebabkan gangguan boleh berlaku jika barang pemilik saka dimiliki orang lain.
“Itulah sebabnya jika ingin mengubati kes gangguan saka, barang pemilik saka perlu dibuang terlebih dulu; kadang-kadang timbul masalah apabila barang itu dijual kepada orang lain yang tidak mengetahui menyebabkan orang itu diganggu saka berkenaan,” katanya.
Heading:
SAKA tidak semestinya diwariskan kepada saudara sedarah tetapi kepada sesiapa saja malah mungkin tanpa disedari penerimanya.
Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Dr Jahid Sidek, berkata cara mewariskan saka pula terdiri daripada pelbagai cara antaranya menerusi perbuatan seperti bersalaman atau menerusi lafaz seperti: “engkaulah sahabat aku dunia dan akhirat.”
“Berlaku satu kes di mana seorang perempuan mengalami sakit ganjil beberapa hari selepas jirannya meninggal dunia. Selepas disiasat, didapati yang sebelum jirannya meninggal dunia, dia ada melawat si sakit dan mengucapkan ‘kita ini saudara dunia dan akhiratlah ya’.
“Si sakit yang tidak mengesyaki apa-apa dan menyangka jirannya berniat baik menyahut ‘ya kita ini saudara dunia dan akhirat...’ Beberapa hari kemudian si jiran meninggal dan perempuan ini mulalah sakit. Sebenarnya jiran itu sudah mewariskan sakanya kepada perempuan tadi,” katanya.
Selain itu, saka juga dapat diperturunkan menerusi penyerahan barang tertentu, contohnya apabila seorang bomoh menyerahkan batu tertentu untuk dibuat cincin atau azimat, kononnya batu itu akan menjadikan individu itu kebal, kuat atau pelaris.
Seorang pesakit yang mendapatkan rawatan daripada bomoh yang menggunakan perantaraan jin juga boleh menjadi mangsa apabila bomoh terbabit mewariskan saka kepada pesakit terbabit tanpa disedarinya. Keadaan serupa boleh berlaku menerusi pengajaran ilmu batin dalam persilatan yang songsang di mana guru silat mewariskan saka kepada anak muridnya berserta pantang larang tertentu yang apabila dilanggar, boleh menyebabkan gila isim.
“Seperti juga manusia, saka yang mendampingi manusia juga beranak pinak menyebabkan anak jin itu terpaksa diserahkan kepada pewaris yang lain. Kadang-kala ramai antara mereka yang didampingi saka tidak menyedari ada jin yang mendampingi serta berada dalam badan mereka,” katanya.
Dr Jahid berkata, apabila saka atau jin terbabit mendampingi seseorang, ia boleh mengganggu individu terbabit sama ada gangguan kesihatan sehingga menyebabkan penyakit misteri atau mengganggu emosi sehingga menyebabkan sikap seseorang itu berubah kepada bengis, suka memberontak dan sebagainya.
“Bagaimanapun kesan yang dialami seseorang itu bergantung kepada jenis jin yang mendampingi seseorang kerana tidak semua jenis jin atau saka itu sama,” katanya.
Beliau berkata, umat Islam juga tidak seharusnya percaya jika diberi barang tertentu untuk menjadikannya kebal, kuat atau memiliki kemahiran tertentu kerana ia dikhuatiri menjadi alat untuk mewarisi saka.
“Barang ini termasuklah yang bertulis ayat al-Quran; ada paku yang bertulis ayat al-Quran atau kertas yang bertulis ayat suci tetapi itupun ada jin di dalamnya,” katanya.
Saka juga kadang kala akan menipu tuannya seperti menyuruh pemiliknya berwirid atau bersolat untuk terus mendampinginya tetapi amalan berkenaan sebenarnya tidak diterima Allah SWT kerana dilakukan untuk berdampingan dengan jin terbabit.
“Sesiapa yang ada menerima saka, seharusnya berusaha untuk berubat untuk membuang saka berkenaan, jika tidak masalah membabitkan gangguan saka itu akan berlarutan sehingga kita mati,” katanya.
Beliau berkata, terdapat pelbagai kaedah perubatan Islam untuk membuang saka dan Dr Jahid menggunakan kaedah ‘ketukan’ bagi tujuan itu.
Katanya, kaedah itu diperolehnya selepas mengkaji kaedah perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW, sahabat serta ulama silam dan ternyata ia berkesan untuk merawati gangguan saka dan jin.
“Terlebih dulu saya akan mengesan kedudukan jin yang berada di dalam jasad pesakit. Antara tanda dalam jasad pesakit itu ada jin adalah apabila dipegang di tempat yang diduduki jin itu, pesakit akan merasa sakit.
“Selepas berjaya dikesan, saya akan ketuk menggunakan kayu perlahan-lahan secara berterusan sehingga jin itu keluar dari jasad pesakit,” katanya.
Terdapat juga beberapa kaedah lain yang digunakan bagi mengubati gangguan dan membuang saka antaranya bumbung rumah pesakit yang diganggu saka terpaksa dibuang untuk proses merawat. Ia bertujuan supaya jin terbabit keluar dari jasad terbabit dan terus melayang ke luar rumah.
Dr Jahid berkata, terdapat kaedah membuang saka seperti mengarahkan jin terbabit menunggu jagung rebus yang ditanam sehingga tumbuh menjadi pokok tetapi kaedah itu tidak berkesan kerana lama-kelamaan, jin berkenaan akan sedar dirinya ditipu dan akan kembali mengganggu tuannya.
Pengamal Perubatan Islam Darussyifa’, Mohd Fauzi Mustaffa, berkata kaedah perubatan Islam menggabungkan tiga unsur iaitu individu yang merawat harus memiliki kekuatan rohani yang kuat menerusi iman dan amal ibadat; doa yang serasi dengan penyakit serta bahan digunakan adalah halal seperti herba, air atau madu.
Beliau berkata, terdapat gangguan saka yang dapat dihindari dengan hanya membaca ayat suci al-Quran dan memperbanyakkan amal ibadat tetapi kes yang lebih teruk perlu dirujuk kepada pengamal perubatan Islam.
Jin yang dibuang daripada jasad pesakit, ada kalanya dikurung dalam bahan antaranya
botol sebelum dibuang ke laut atau hutan.
Bagaimanapun, Mohd Fauzi berkata, beliau tidak berbuat demikian tetapi sekadar menyuruh saka berkenaan keluar dari badan pesakit saja.
“Ada jin yang kita usir keluar, kita dapat Islamkan dia. Kemudian jin itu disuruh tinggal di masjid untuk beribadat dan mempelajari ilmu agama,” katanya.
INFO
Saka
- Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis.
-Terdapat kaedah membuang saka seperti mengarahkan jin terbabit menunggu batu yang ditanam sehingga tumbuh menjadi pokok tetapi kaedah itu tidak berkesan kerana lama-kelamaan, jin berkenaan akan sedar dirinya ditipu dan akan kembali mengganggu tuannya.
-kaedah mengubati gangguan atau membuang saka harus dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.
-Saka yang dipelihara wanita digelar ‘pelesit’ dalam budaya Melayu manakala yang dipelihara lelaki digelar ‘hantu raya’. Hantu raya terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat).
-Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.
-Jin yang tidak begitu kuat boleh ditangani dengan garam dan cuka.
-Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah barang antik dan bersejarah malah terdapat juga hiasan berupa tulisan ayat al-Quran.
Antara jenis saka
-Saka harimau: menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh.
-Saka buaya: mampu mengawal dan menjinakkan buaya.
-Saka ular: mampu mengawal dan menjinakkan ular.
-Saka bomoh: menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.
-Saka kuat atau saka penimbul: menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal. Menggunakan jin berjenis angin.
-Saka susuk: menjadikan pemiliknya kelihatan cantik.
-Toyol: jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home