news - abdullah md zain
Perbetul tanggapan salah terhadap Islam: Abdullah
Oleh Nasron Sira Rahim
KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu memperbetulkan tanggapan salah kononnya ibadat dalam Islam hanya bersifat kerohanian semata-mata bagi memastikan mereka tidak mengabaikan pembangunan dan aspek kemanusiaan termasuk nasib saudara seislam lain yang kesusahan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zain, sebaliknya berkata umat Islam seharusnya sedar, selain ibadat kerohanian, mereka turut bertanggungjawab membangunkan pelbagai aspek kehidupan lain seperti pembinaan negara, pembangunan ekonomi, keadilan sosial, hubungan manusiawi dan kekeluargaan.
“Islam sentiasa dan akan menjadi agama yang sarat dengan pengetahuan serta kesedaran, juga agama yang memperkenalkan satu cara hidup yang lengkap serta membimbing aspek kemanusiaan secara praktik dari setiap sudut kehidupan, tidak hanya menerusi ibadat kerohanian untuk hari akhirat semata-mata.
“Oleh itu, amat menyedihkan apabila ada umat Islam yang hanya memfokuskan kepada beberapa aspek saja sebagai ‘bidang keagamaan’ serta mengabaikan bidang kehidupan lain yang dianggap ‘sekular’ dengan beranggapan bidang lain itu tidak berkaitan dengan ajaran Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pameran Islam Antarabangsa 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam. Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Dr Sohaimi Mohd Salleh.
Pameran selama dua hari itu menghimpunkan pelbagai produk Islam dari seluruh dunia, selain pameran perdagangan, persidangan bagi membincangkan nasib umat Islam dan keadaan dunia turut diadakan.
Dr Abdullah berkata, selain tanggapan salah berkenaan, umat Islam yang mengejar kemodenan dengan mengabaikan hubungan dengan Tuhan serta keadaan diri mereka pada hari akhirat, akan turut mencetuskan masalah sama.
“Dengan keadaan ummah dan dunia pada masa kini, tidak dinafikan betapa perlunya program berkaitan diwujudkan supaya kehidupan di planet ini tidak menjadi semakin teruk seterusnya musnah.
“Adalah sesuatu menggembirakan melihat adanya pemikiran baik serta serius di kalangan ahli masyarakat untuk mencapai objektif mulia – meningkatkan taraf hidup, pembasmian kemiskinan, mempromosikan perpaduan, membina hubungan antara budaya serta menyumbang kepada keamanan dunia,” katanya.
Katanya, umat Islam dan masyarakat dunia juga perlu berhenti daripada ‘mengarut’ atau bercakap kosong, sebaliknya memulakan usaha untuk menangani pelbagai masalah yang dihadapi dunia ketika ini.
“Oleh itu, menjadi tanggungjawab semua pihak sama ada umat Islam atau tidak, untuk menyokong mana-mana program yang bertujuan menyelamatkan kemanusiaan, kitalah yang akan menentukan sama ada program ini berjaya atau tidak,” katanya.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home