angkara saka 2...
HEADING:
“PEMILIK saka akan menghadapi seksaan yang amat perit ketika hendak mati; roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa sehingga menemui ajal!” Demikianlah ulas Pengamal Pengubatan Islam Darussyifa’, Mohd Fauzi Mustaffa, mengenai satu daripada kesan buruk saka terhadap pemiliknya.
Beliau berkata, situasi lebih dahsyat berlaku apabila ada kes di mana pemilik saka berkenaan sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.
Keadaan itu menyebabkan saka berkenaan ‘menumpang’ di jasad tuannya sehingga pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah meninggal dunia.
Mohd Fauzi berkata, kesan buruk saka tidak saja terjadi ketika pemiliknya hampir menemui ajal tetapi turut memberi impak negatif kepada tuan serta ahli keluarganya ketika mereka masih hidup.
Katanya, lebih membimbangkan adalah jin yang menjadi saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya.
“Pada mulanya memang saka ini kelihatan kononnya memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti boleh melindungi diri, keluarga dan harta benda; memberi kekuatan dan kekebalan, menghasilkan daya penarik, mengubati orang sakit, meramalkan perkara ghaib atau menolong tuannya bekerja di ladang atau sebagainya.
“Akan tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan mereka. Pelbagai kesan buruk akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya adalah menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah SWT,” katanya.
Mohd Fauzi yang juga Pengurus Syariah Takaful Malaysia berkata, saka berlaku apabila seseorang manusia mengikat perjanjian untuk berdamping dengan jin seterusnya menggunakan kebolehan makhluk halus itu untuk tujuan tertentu.
Beliau berkata, upacara bagi mendapatkan saka dilakukan secara bertentangan dengan syariat selain menghina Islam antaranya menerusi upacara memuja kubur atau tengkorak, meminum darah, memijak al-Quran yang disertai jampi mantera tertentu bagi menyeru syaitan.
Syaitan memang gembira apabila diseru dan ingin didampingi kerana mereka sudah berjaya menyesatkan manusia dan itulah yang mereka mahukan seperti firman Allah dalam surah al-Hijr, ayat ke-39:
“Iblis berkata: "Ya Rabbku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.”
Seterusnya selepas berjaya menyeru jin atau syaitan, perjanjian berserta syarat dan pantang larang dimeterai antara manusia terbabit dengan jin terbabit bagi mendapatkan saka.
“Antara syaratnya adalah jin berkenaan akan berdamping kononnya ‘menjaga’ tuan, keluarga dan keturunan tuannya menyebabkan perlunya pemilik mewariskan saka berkenaan kepada anak atau cucunya apabila hampir menemui ajal.
“Perjanjian pula antaranya pemilik perlu menjamu saka peliharaannya darah atau kemenyan; sesetengah anak yang mewarisi saka daripada ibu bapa mereka tidak mengetahui apakah perjanjian dan pantang larang saka terbabit menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian dan pantang larang itu seterusnya menyebabkan saka itu mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah,” katanya.
Mohd Fauzi berkata, pada mulanya, saka berkenaan juga akan berpura-pura baik antaranya dan akan muncul di dalam mimpi tuannya dengan menyerupai seorang tua berjanggut dan kelihatan warak.
Beliau berkata, hukum mewarisi dan berdamping dengan saka adalah haram serta saka berkenaan perlu dibuang dengan segera. Untuk proses merawat atau membuang saka pula, pesakit perlu dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah serta mengelak daripada berjumpa bomoh atau pengamal perubatan yang berasaskan jin.
“Saka adalah antara masalah gangguan jin yang kerap ditemui pengamal perubatan Islam, selain sihir dan santau. Berbanding dengan sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati, lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya,” katanya.
Beliau berkata, antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah dengan mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.
INFO
-Saka yang dipelihara wanita digelar ‘pelesit’ dalam budaya Melayu manakala yang dipelihara lelaki digelar ‘hantu raya’.
Antara jenis saka
-Saka harimau: menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh.
-Saka buaya: mampu mengawal dan menjinakkan buaya.
-Saka ular: mampu mengawal dan menjinakkan ular.
-Saka bomoh: menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.
-Saka kuat: menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal.
-Saka susuk: menjadikan pemiliknya kelihatan cantik.
-Toyol: jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home