SIRI 4 - pembunuh bersiri son of sam
nasron11
Fail Jenayah - Son of Sam
SIRI 4
Susunan Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
BERMULA dengan mangsa bunuh pertamanya iaitu Donna Lauria, 18, pada 29 Julai 1976, David Berkowitz terus mencetuskan mimpi ngeri kepada penduduk New York menerusi pembunuhan demi pembunuhan yang gagal dikekang pihak berkuasa.
Identitinya sebagai pembunuh bersiri terus menjadi misteri kepada penduduk terutama pihak polis kerana kelicikan lelaki itu menyebabkan tidak banyak bukti tempat jenayah yang ditinggalkan bagi membongkar siapa dirinya.
Malah, pasukan penyiasat tempat jenayah New York (CSI New York) juga buntu mengenalpasti identiti pembunuh itu walaupun mereka berjaya mengaitkan yang tiga kes pembunuhan di New York sejak 29 Julai 1976 dilakukan orang sama berdasarkan jenis peluru yang dijumpai.
Usaha menumpaskan David menyebabkan polis New York menubuhkan pasukan khas iaitu Pasukan Omega dan Kapten Joseph Borrelli adalah seorang daripada pegawai yang bertanggungjawab menyiasat sebarang petunjuk bagi menghalang pembunuhan seterusnya.
Menyedari polis gagal mengesan identiti pembunuh malah menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejak dirinya, David mula berasa bangga dengan pencapaian jenayah yang dilakukan. Kemudian dia mula memikir untuk bermain satu ‘permainan’ dengan pihak polis.
David mengganas lagi dengan membunuh mangsa seterusnya iaitu pada Alexander Esau, 20, dan Valentina Suriani, 18, pada 17 April 1977. Bagaimanapun, berbeza dengan modus operandi sebelum itu, David meninggalkan sepucuk surat di samping mangsanya.
Surat itu ditujukan khas kepada Kapten Joseph Borrelli dan menerusi surat itu jugalah David memperkenalkan dirinya sebagai pembunuh bersiri yang diburu Pasukan Omega.
Surat itu sekali gus menyelesaikan teka-teki dan kebuntuan dialami Pasukan Omega kerana mereka tidak memiliki sebarang petunjuk berguna bagi mengenalpasti identiti pembunuh bersiri terbabit, sebelum itu.
Dengan keinginan yang membuak, Kapten Joseph Borrelli mula membaca isi kandungan surat itu: “Kepada Kapten Joseph Borrelli, saya sangat terluka apabila anda menggelar saya pembenci wanita. Saya tidak. Tapi saya adalah raksasa. Saya adalah ‘Son of Sam’ (anak kepada Sam). Saya masih anak kecil. Apabila bapa Sam mabuk, dia menjadi keji. Dia memukul keluarganya. Kadang-kala dia mengikat saya di belakang rumah. Pada masa lain dia mengurung saya dalam garaj.
“Sam suka minum darah. ‘Keluar dan bunuh,’ arah bapa Sam. Di belakang rumah kami ada kawasan rehat. Kebanyakan remaja - dirogol dan disembelih - darah mereka dikeringkan - tinggal tulang saja.
“Papa Sam mengurung saya di loteng juga. Saya tidak dapat keluar tapi saya lihat menerusi tingkap loteng dan melihat perjalanan duniawi. Saya rasa seperti orang luar. Saya adalah gelombang yang berbeza dengan orang lain - diprogram untuk membunuh. Bagaimanapun, untuk menghentikan saya, kamu mesti bunuh saya. Perhatian kepada semua polis: tembak saya dulu - tembak untuk bunuh atau jangan ganggu kegiatan saya atau kamu akan mati!”
Isi kandungan lain pada surat itu turut menyatakan yang dirinya tidak mahu membunuh lagi tetapi dia terpaksa melakukannya demi mendapatkan darah untuk Sam.
Surat itu kemudian terlepas ke tangan pihak media dan dengan cepat juga berita kewujudan pembunuh bersiri dikenali ‘Son of Sam’ di New York tersebar sehingga mencetuskan ketakutan di kalangan penduduk.
Sementara polis sibuk mencari maklumat mengenainya, David bertambah angkuh kerana publisiti mengenai keganasannya selain kegagalan polis menangkapnya, dilaporkan dengan meluas.
Beliau mula mengirim satu lagi surat pelik kepada penulis pojok akhbar New York Daily News, Jimmy Breslin pada 30 Mei 1977 dan memperkenalkan dirinya sebagai ‘Pembunuh .44 Kaliber’. Antara kandungan surat itu ialah:
“Hello dari kawasan miskin di NYC yang dipenuhi baja anjing, muntah, wain basi, kencing dan darah. Hello dari pembentung NYC yang menelan makanan lazat apabila dibasuh oleh lori sampah.
“Hello daripada rekahan di tepi jalan NYC dan dari semut-semut yang mendiami di rekahan ini dan memakan darah yang mengering dari mayat yang memasuki rekahan ini...”
Surat-surat diutus Son of Sam atau Pembunuh .44 Kaliber itu terus dikaji polis serta CSI New York dan akhirnya mereka mendapati tulisan pada surat itu menyamai tulisan pada surat ugutan yang pernah dihantar kepada Sam Carr iaitu jiran David.
Dalam surat yang tidak ditandatangani kepada Sam Carr itu, David memberi amaran akan membunuh seluruh anggota keluarga Carr dan mencemuhnya kerana anjing lelaki itu sentiasa menyalak.
Carr pada mulanya memaklumkan kepada polis mengenai surat itu tetapi mereka hanya diberi nasihat menerusi telefon. Sepuluh hari kemudian, Carr terdengar bunyi tembakan dari belakang rumahnya di mana beliau dapati anjingnya sedang menggelupur akibat terkena
tembakan.
Selepas kejadian itu barulah polis memandang serius terhadap surat ancaman yang diterima Carr dan mereka mula mengaitkan surat itu dengan surat yang dihantar kepada Kapten Borrelli. Sebaik meneliti kedua-dua surat itu, mereka mula mengesyaki yang kedua-dua surat berkenaan dihantar orang yang sama iaitu pembunuh bersiri Son of Sam.
MINGGU DEPAN: Siri akhir membongkar pembohongan David Berkowitz.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home