Raja Putih Sarawak
nasron17
Jejak - Raja Putih Sarawak, James Brooke
FAKTA
Perjanjian Raja Muda Hashim-James Brooke 1841
-James Brooke memerintah Sarawak dan menguasai segala hasilnya.
-James brooke harus menghormati dan memelihara undang-undang dan adat istiadat Melayu.
FAKTA
Perjanjian Sultan Omar Ali Saifuddin-James Brooke 1842
-Sultan Brunei menyerahkan Sarawak dari kawasan Tanjung Datu ke Sungai Samarahan dan menyerahkan segala hasil cukai kepada James Brooke dan pewarisnya.
-James Brooke akan membayar 2,500 dolar setiap tahun kepada baginda.
-Agama dan adat istiadat penduduk Sarawak tidak boleh diganggu.
-Sultan Brunei mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Putih Sarawak.
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
SELEPAS mendengar kisah sejarah mengenai lagenda Raja Putih Sarawak, pastinya terdetik di hati betapa benarlah pantun dua kerat yang dituturkan orang zaman dulu:
“Kerana pulut, santan binasa;
Kerana mulut, badan binasa...”
Mungkin maksud di sebalik simbolik pantun berkenaan boleh menjadi sinopsis kepada sejarah panjang berliku mengenai kewujudan Raja Putih Sarawak di Kepulauan Borneo, suatu ketika dulu.
Hanya disebabkan lancang mulut yang menuturkan sebaris ayat, sebuah negeri besar yang dulunya dimiliki dan ditadbir pemerintah tempatan, tergadai terus kepada orang asing yang jauh berbeza agama, rupa dan budaya.
Hanya kerana kesilapan menaburkan kata-kata janji yang dituturkan kurang seminit, sebuah negara merdeka tergadai ke tangan rakyat asing selama kira-kira 100 tahun malah mengubah seorang rakyat asing yang pada mulanya hanyalah pedagang kepada seorang Raja yang memerintah jajahan luas di Sarawak.
Rakyat asing itu bernama James Brooke. Lelaki Inggeris itu pada mulanya berlayar ke Borneo dengan kapalnya ‘The Royalist’ dan tiba di Kuching pada Ogos 1838. Sebaik berlabuh, dia melihat kekacauan berlaku di situ - kaum Dayak memberontak menentang Kesultanan Brunei. Dalam tertanya-tanya, dia mula diceritakan satu kisah:
Sebelum kurun ke-19, tanah Sarawak berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei. Pada mulanya Sultan Brunei membahagikan Sarawak kepada beberapa daerah dengan setiap daerah ditadbir ketua tempatan di kalangan orang Melayu dan Dayak.
Pembesar tempatan yang digelar Menteri Darat, Temenggung dan Orang Kaya bertanggungjawab melaksanakan arahan Sultan, memungut cukai dan mentadbir daerah yang mereka wakili tanpa campur tangan pihak istana.
Sehinggalah kurun ke-19, Sultan Brunei bertindak melantik seorang pembesar iaitu Pangeran Indera Mahkota sebagai wakil Kesultanan Brunei di Sarawak yang terkenal kaya dengan hasil bumi terutama emas dan antimoni.
Kehadiran Pangeran Indera Mahkota ternyata tidak disenangi pembesar tempatan lantaran sikap kejamnya terhadap penduduk. Pangeran Indera Mahkota mengenakan cukai tinggi kepada penduduk selepas mengambil alih kuasa pentadbiran serta perdagangan antimoni dan emas daripada pembesar tempatan.
Malah, orang Bidayuh yang bekerja di lombong antimoni kepunyaannya juga tidak diberi upah. Keadaan itu menjadi pencetus kepada kebangkitan penduduk untuk menentang Pangeran Indera Mahkota.
Tentangan hebat menyebabkan Pangeran Indera Mahkota gagal menyekat kebangkitan penduduk sehingga Sultan Brunei terpaksa menghantar seorang lagi pembesar, Pangeran Raja Muda Hashim untuk membantu.
Tetapi sehingga ke saat tibanya James Brooke di kepulauan itu, tentangan masih belum berkesudahan dan peperangan masih berlarutan.
Buntu menghadapi situasi itu menyebabkan Raja Muda Hashim mula melakukan satu kesilapan besar. Di hadapan James Brooke, dia mula memohon pertolongan Inggeris untuk menamatkan penentangan terhadap mereka.
“Jika kamu berjaya menamatkan penentangan ini, kamu akan dilantik sebagai Gabenor Sarawak,” mungkin begitulah kata-kata Raja Muda Hashim kepada lelaki Inggeris itu menyebabkan hati James Brooke kegirangan.
Tawaran Raja Muda Hashim seumpama ‘pucuk dicita, ulam mendatang’. Bagai ‘orang mengantuk disorongkan bantal’, James Brooke bersetuju untuk menghulurkan bantuan. Fikirannya mula memikirkan pelbagai keuntungan yang bakal diperoleh lantaran bumi Sarawak memiliki kekayaan yang melimpah ruah.
Akhirnya, dengan bantuan ketenteraan daripada James Brooke, Raja Muda Hashim berjaya mengekang kebangkitan dan menamatkan tentangan penduduk.
Ketika itulah, Raja Muda Hashim mula tersedar akan kesilapan yang dilakukannya. Sebenarnya, tawaran kepada James Brooke dibuat beliau tanpa merujuk kepada Sultan Brunei terlebih dulu.
James Brooke mula menuntut janji untuk dilantik sebagai Gabenor tapi Raja Muda Hashim berlengah kerana menyedari tawarannya itu pasti tidak dipersetujui Sultan.
Berang dengan tindakan Raja Muda Hashim yang seolah-olah ingin menipunya, James Brooke membedil bandar Kuching menyebabkan Raja Muda Hashim terpaksa melantik lelaki Inggeris itu menjadi Gabenor Sarawak pertama pada 1841.
Setahun kemudian, bersama angkatan tentera laut British dari Singapura, James Brooke menghadap Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin bagi mengesahkan pelantikannya.
Sultan Omar yang bimbang melihat kehadiran batalion tentera Inggeris di Brunei terpaksa mengiktiraf perjanjian dibuat James Brooke dengan Raja Muda Hashim pada 1841 sekali gus mengiktiraf lelaki asing itu sebagai Raja Putih Sarawak.
HEADING:
FAKTA NOMBOR
Sejarah Sarawak
#Sebelum 1841: Kesultanan Brunei
#1841-1868: James Brooke
#1868-1917: Charles Brooke
#1917-1941: Charles Vyner Brooke
#1942-1945: Pendudukan Jepun
#1946-1963: Penjajahan British
# 16.09.1963: Malaysia
PADA 1846 iaitu selepas empat tahun terpaksa mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Putih Sarawak, Sultan Omar Ali Saifuddin bersama pembesar yang menyokongnya cuba menentang lelaki Inggeris itu.
Bagaimanapun, James Brooke yang menyedari hasrat Sultan Omar, bertindak menyerang Sultan Brunei itu bersama angkatan tentera laut British menyebabkan baginda tewas. Baginda juga terpaksa menandatangani satu lagi perjanjian yang mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Sarawak yang merdeka dan memiliki kedaulatan sepenuhnya terhadap bumi itu.
Seterusnya dari 1853 hingga 1905, James Brooke dan anak saudaranya, Charles Brooke bertindak meluaskan kawasan jajahan Sarawak sehingga sempadan negeri itu kekal sehingga kini.
Bagaimanapun, sepanjang zaman pemerintahan Brooke, terdapat beberapa penduduk tempatan yang melancarkan penentangan bagi memerdekakan tanah air mereka iaitu Sarawak dan mengusir penjajah keluar dari negeri itu.
Antara pejuang kebangsaan itu adalah Sharif Sahap (1844); Linggir (1894) yang mengetuai orang Iban menyerang kapal perang kepunyaan James Brooke; Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghapur (1859); Rentap (1853) yang mengetuai orang Iban menyerang pasukan British di Sekrang dan Banting (1893) yang turut memimpin orang Iban menentang British.
Penentangan Kerajaan Brooke juga turut membabitkan sekumpulan orang Cina pada 1857. Kumpulan Cina terbabit adalah dari kongsi Hakka mengusahakan lombong emas di Bau, sebuah pekan lombong emas di Sarawak terletak kira-kira 40 kilometer jauhnya ke pedalaman Kuching.
Mereka sampai di kawasan itu lama sebelum ketibaan James Brooke dan pada pemerintahan British, kaum Cina itu dibiarkan mengurus hal ehwal mereka sendiri dengan syarat mereka membayar cukai yang dikenakan berdasarkan jumlah penduduk.
Selisih faham antara James Brooke dan orang Cina ini bermula apabila denda sebanyak 15 pound dikenakan ke atas kongsi Hakka di Bau kerana menyeludup candu dan tindakan itu menyebabkan kemarahan kaum Cina meluas.
Selanjutnya pada malam 18 Februari 1857, kongsi gelap tempatan memulakan pemberontakan apabila 600 orang Cina yang bersenjata menyerang Kuching. Bangunan dimusnahkan serta beberapa orang Inggeris dibunuh.
James Brooke terlepas dalam serangan itu dengan berenang di bawah beberapa jong Cina di teluk kecil berhampiran rumahnya sebelum melarikan diri ke rumah seorang kenalan bagi menyelamatkan diri.
Kemenangan orang Cina menerusi serangan di Kuching tidak kekal lama apabila Charles Brooke membuat serangan balas menggunakan kapal perang yang lebih hebat dan berjaya menghalau orang Cina ke seberang sempadan.
Walau berbagai penentangan dilakukan pejuang kebangsaan tempatan, Kerajaan Brooke berjaya mengekang pemberontakan itu dan meneruskan penguasaan mereka di Sarawak selama kira-kira 100 tahun.
Daripada James Brooke, tampuk pemerintahan sebagai Raja Putih Sarawak beralih kepada Charles Brooke pada 1868 (selepas kematian James Brooke). Seterusnya pada 1917, kematian Charles Brooke menyebabkan Charles Vyner Brooke dilantik Raja Putih Sarawak Ketiga yang juga terakhir sebelum lelaki itu menyerahkan Sarawak kepada British selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.
Selama pemerintahan dan penjajahan Kerajaan Brooke di Sarawak, mereka mengeksploitasi hasil bumi Sarawak dan meneroka tanah subur bagi mengaut kekayaan.
Kerajaan Brooke mengadakan perubahan dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan sosial tetapi ia tidak dapat dinikmati sepenuhnya rakyat tempatan kerana kemudahan asas yang disediakan hanya tertumpu kepada penduduk di bandar saja.
Penduduk pribumi yang tinggal di pedalaman, kekal dengan cara hidup tradisi mereka.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home