animasi saladin
nasron6
Dimensi - Animasi Saladin
FAKTA
Fasa menghasilkan Saladin dan animasi lain.
1. Pre-production: menghasilkan watak, latar belakang, konsep, skrip.
2. Storyboarding: menyesuaikan skrip dalam bentuk visual, penentuan dialog dan masa sesuatu babak.
3. Voice recording: merakam suara dialog watak, kesan bunyi khas, muzik latar.
4. Motion capture: merakamkan gerakan badan manusia menggunakan peralatan ‘Vicon’ untuk disesuaikan dengan pergerakan watak kartun.
5. 3D Modelling: menghasilkan latar belakang animasi, latar tempat, menghasilkan pergerakan watak kartun yang disesuaikan dengan fasa Motion capture.
6. Animation: menggabungkan semua elemen suara dan animasi dan menghasilkan babak yang dapat dilihat di skrin.
7. Post-production: menyunting dan proses akhir bagi menjadikan siri animasi itu siap untuk ditayangkan.
FAKTA
Kelayakan untuk menjadi animator
- kemampuan melukis dengan baik.
- kreatif
- mampu mengendalikan perisian berkaitan animasi.
- mampu menghayati dan menyampaikan sesuatu cerita.
- minat mendalam
- sanggup mempelajari perkara baru kerana teknologi animasi sentiasa berkembang.
Oleh Nasron Sira Rahim
“PENGEMBARA muda yang akhirnya menjadi lagenda...” Demikianlah sebaris sinopsis ringkas yang menggambarkan jalan cerita siri animasi ‘Saladin’, siri animasi buatan tempatan yang ‘mengejutkan’ profesional industri animasi dunia.
Siri animasi Saladin yang dihasilkan 100 peratus tenaga kerja tempatan menerusi Multimedia Development Corporation (MDeC) menyebabkan ramai pakar animasi bertaraf dunia ‘terlopong’ kekaguman.
Melihatkan kualiti lukisan dan animasi Saladin, mungkin mereka tidak menyangka negara kecil seperti Malaysia juga memiliki kemampuan sebaris penggiat kartun animasi dunia seperti Jepun dan Amerika Syarikat (AS).
Kekaguman golongan itu menyebabkan trailer promosi Saladin selama kira-kira enam minit akhirnya dipilih memenangi anugerah Festival Kartun dan Animasi Antarabangsa Seoul (SICAF), bagi kategori teknologi terbaik, di Korea pada Mei tahun lalu.
Tidak saja di SICAF, Saladin turut memenangi anugerah Tokyo Big Sight Award sempena Pesta Anime Antarabangsa Tokyo 2007 yang juga pameran animasi terbesar dunia, di Jepun, bulan lalu.
Kemenangan menerusi kategori kecemerlangan dalam imejan janaan komputer tiga dimensi (3D CGI), kesan visual khas dan animasi itu sekali gus mengiktiraf bakat kreatif animasi tempatan setaraf atau lebih baik daripada pengeluar animasi dunia iaitu Jepun dan AS.
Dua anugerah peringkat dunia itu menyebabkan penggiat industri animasi dunia mula membuka mata terhadap kewujudan dan pembabitan Malaysia dalam bidang berkenaan.
Lebih membanggakan apabila hak tayangan siri animasi Saladin membabitkan 26 episod dengan setiap episod tayangan selama 23 minit, kini sudah dibeli syarikat televisyen Qatar iaitu Jazerra Children Channel dan dijangka ditayangkan di negara itu tahun depan.
Saladin membuktikan bakat yang ada pada anak watan sebenarnya mampu menghasilkan animasi yang lebih baik daripada anime Jepun seperti Doraemon, Gundam atau rancangan kartun keluaran ‘kilang’ animasi dunia iaitu Walt Disney seperti Aladin, Nemo atau Mickey Mouse.
Eksekutif Pengurusan Projek Animasi Saladin, Kamal Bahrin Sudin, berkata kemenangan Saladin di peringkat antarabangsa menunjukkan yang bakat tempatan juga memiliki keupayaan berkelas dunia dan kemahiran teknikal untuk menghasilkan animasi yang boleh bersaing dengan bakat terbaik dunia.
Malah, katanya, kemahiran kreatif dalam bidang animasi yang dimiliki anak tempatan sebenarnya bukan baru malah ia sudah mendapat kepercayaan pihak luar negara sejak 1970-an.
“Mungkin ramai tidak sedar tetapi lukisan kartun animasi Jepun iaitu Doraemon, Sailormoon dan Dragon Ball pada 1970-an, sebenarnya dilukis oleh warga Malaysia.
“Pada tahun itu, teknologi menghasilkan kartun animasi masih belum berkembang dan dilakukan mengikut kaedah tradisional iaitu melukis secara dua dimensi (2D). Untuk menghasilkan pergerakan selama satu saat saja memerlukan 24 keping lukisan.
“Dan untuk tugas melukis pergerakan animasi pada 1970-an itu, syarikat Jepun datang dan mengupah pekerja Malaysia. Ini bermakna Jepun sebagai pengeluar animasi dunia ketika itu sudah percaya terhadap kemampuan kreatif penduduk Malaysia,” katanya.
Katanya, bermula daripada itu, industri animasi negara mula melangkah setapak demi setapak dengan penghasilan animasi pertama negara iaitu siri cerita kartun ‘Sang Kancil’ keluaran Jabatan Filem Negara Malaysia sekitar 1980-an.
Seterusnya satu demi satu animasi negara mula dihasilkan seperti Usop Sontorian, Keluang Man, Abang Sidi, Che Nat, Bola Kampung serta filem Silat Legenda dan Putih selain animasi dalam bidang pengiklanan.
Kamal berkata, melewati masa, teknologi pembuatan animasi juga semakin berkembang dan kaedah lukisan 2D digantikan dengan teknologi komputer 3D berserta perakam gerakan (motion capture).
“Industri animasi negara juga mula diberi perhatian serius apabila kursus multimedia dan animasi mula ditawarkan sebagai pengajian peringkat ijazah di beberapa institusi pengajian tinggi antaranya Universiti Multimedia,” katanya.
Beliau berkata, perkembangan industri animasi Malaysia dan bakat yang ada pada tenaga kerja tempatan juga mula mendapat perhatian dunia sehingga ia berjaya menarik dua syarikat gergasi animasi dunia iaitu Rocketfish dari AS dan Codemaster, syarikat permainan video dari United Kingdom untuk melabur di sini.
“Bukan senang untuk meyakinkan pelabur luar supaya melabur di negara ini terutama dalam bidang animasi tetapi kejayaan yang diraih Malaysia termasuk menerusi Saladin semakin meyakinkan mereka mengenai kemampuan Malaysia.
“Di sini, pelabur mampu menjimatkan kos yang banyak kerana kita mampu menghasilkan animasi selama 24 minit dengan kos ASD100,000 hingga ASD200,000 (RM340,000 hingga RM680,000) berbanding lebih ASD500,000 (RM1.7 juta) di AS,” katanya.
Kemenangan trailer Saladin yang disiapkan pada 2005, dihasilkan dengan kos sekitar RM300,000 dan mengambil masa lima bulan untuk disiapkan.
HEADING:
SALADIN, projek animasi pertama keluaran MDeC diinspirasi daripada sejarah kehidupan sebenar pahlawan agung Islam abad ke-12, Salah al-Din Yusuf Ibn Ayyup yang lebih dikenali Sallehuddin atau Saladin al-Ayubi.
Saladin yang membesar sama seperti kanak-kanak lain mula dewasa sebagai seorang yang amat mencintai Islam sehingga bercita-cita untuk merampas kembali Baitulmaqdis di Palestin daripada penguasaan musuh Islam ketika itu.
Ketika pemerintahannya, beliau menyatukan umat Islam seluruh dunia dan memimpin angkatan tentera Islam memerangi musuh Islam dalam perang salib.
Saladin terkenal sebagai pejuang dan pemimpin yang berakhlak mulia malah beliau pernah
menghantar doktor peribadinya untuk mengubati musuhnya, Raja Baldwin apabila tenteranya dapat menguasai semula kota Baitulmaqdis.
Siri animasi Saladin yang dihasilkan MDeC bermula daripada kisah awal dirinya sebagai seorang remaja biasa yang menempuh pelbagai pengembaraan sehingga membentuk dirinya menjadi seorang pemimpin umat Islam.
Selama 26 episod dengan setiap episod ditayangkan selama 30 minit (termasuk iklan), penonton akan dibawa menghayati lukisan animasi menarik janaan teknologi 3D selain pelbagai elemen perasaan - hero dan penjahat, drama, dendam, komedi, pertempuran dan elemen kasih sayang yang diterapkan dalam siri animasi itu.
Cerita pengembaraannya bermula apabila Saladin yang berusia 18 tahun ketika itu, meninggalkan kampung halamannya di Damascus, dengan ditemani seorang rakan karib dikenali Tarik untuk menempuh pengembaraan dalam hidup.
Sepanjang pengembaraannya, Saladin menempuh pelbagai cabaran di gurun Asia Barat yang terkenal bahaya sekitar abad ke-12 selain berdepan dengan The Marauders, kumpulan lanun padang pasir yang ganas serta sering menyerang dan merampas harta pedagang yang melalui kawasan itu.
Ketika itu juga adalah era Perang Salib yang menunjukkan penaklukan tentera dari Eropah dikenali Franks.
Bersama Tarik dan Duncan iaitu seorang bekas tentera Franks yang akhirnya menjadi sahabat Saladin, mereka bertiga bekerja dengan seorang pedagang dikenali Mustafa sebagai pengawal keselamatan.
Bagaimanapun, animasi Saladin tidak akan ditayangkan di Malaysia. Bertepatan dengan objektif penghasilannya iaitu untuk membuka mata dunia terhadap kemampuan penggiat animasi Malaysia, siri Saladin akan ditayangkan di Qatar menerusi saluran Jazeera Children Channel, tahun hadapan.
tamat.

2 Comments:
SALAM...EN NASRON..SEJAK 2-3 HARI INI..SAYE AYIK BERMINAT DGN BLOG EN...SAYA HARAP EN NASRON DAPAT MEMAPAR KAN TENTANG KEGIATAN KONGSI GELAP DIMALAYSIA INI...SEKIAN
eh eh, saya tak sedar pula ada orang baca blog ni.
sebenarnya ini hanyalah blog stor (untuk simpan artikel saya sebelum dihantar ke editor).
nuradnin, sebenarnya kegiatan kongsi gelap di malaysia pernah saya tulis iaitu berkaitan p kalimuthu atau bentong kali. mungkin di masa akan datang akan ditulis mengenai kongsi gelap lain, insyaAllah
Post a Comment
<< Home