lanun 'Raja Laut'
nasron51
Jejak - Raja Laut
Oleh Nasron Sira Rahim
LEBIH 20 tahun polis cuba untuk memberkas lelaki itu tetapi bagi setiap operasi serbuan yang diatur rapi, penjenayah digelar ‘Raja Laut’ serta kerap mendatangkan masalah di perairan Perak itu tetap mampu memboloskan diri.
Keadaan itu memang membingungkan sehingga ada suara-suara mengatakan lelaki itu memiliki ‘ilmu’ tertentu untuk menghilangkan diri ketika serbuan dilakukan. Masakan tidak, serbuan demi serbuan dijalankan hanya menemui jejak ataupun sekadar memberkas konco lelaki itu saja sedangkan jasadnya ghaib entah ke mana.
Tidak seperti kebanyakan jenayah lain yang biasa kita dengari, Tan Kuan Seah mengetuai kumpulan haram melakukan jenayah yang kini semakin terkawal atas usaha gigih kerajaan dan pihak berkuasa negara ini.
Tan Kuan Seah dan kumpulannya adalah antara lanun yang pernah menggugat keamanan negara dan ketika penjenayah lain menjadikan kawasan bandar dan daratan sebagai medan kegiatan, kumpulan diketuai Tan merompak, menculik dan membuat angkara di tengah laut malah kekejaman mereka sehingga sampai ke tahap membunuh tanpa belas.
Sehubungan itu, lanun tempatan itu digelar ‘Raja Laut’ dan mereka turut memeras ugut dan meminta wang perlindungan daripada golongan nelayan dengan ancaman maut mendatang jika enggan mematuhi arahan itu.
Jenayah demi jenayah yang bagaikan tiada kesudahan menyebabkan polis menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang mampu memberi maklumat kepada pihak berkuasa sehingga tertangkapnya lelaki itu.
Tan memasuki senarai penjenayah yang paling dikehendaki polis sama ada hidup atau mati dengan ganjaran kepada pemberi maklumat sebanyak RM5,000, suatu nilai besar sekitar zaman awal kemerdekaan negara.
Walaupun ganjaran lumayan ditawarkan polis bagi penangkapannya, ramai penduduk awam yang takut memberikan maklumat selepas mendapati ada antara pihak berbuat demikian mati dipercayai dibunuh ahli kumpulan itu.
Ketika di awal kemerdekaan negara iaitu sekitar 1960-an, kawasan perairan negara kerap mengalami masalah lanun sama ada penjenayah tempatan atau lanun negara asing dan ketika itu jugalah Tan mula membabitkan diri dalam jenayah.
Lokasi kegiatan mereka tertumpu di negeri kelahiran lelaki itu iaitu perairan Perak dengan kawasan tumpuan adalah Kuala Kurau, Port Weld, Bagan Sangga dan daerah Matang selain Kuala Gula dan sekitar Krian.
Antara modus operandi Tan yang agak memeningkan adalah lelaki itu memperkenalkan dirinya menggunakan pelbagai nama seolah-olah jenayah-jenayah hasil perbuatannya dilakukan individu berbeza.
Selain Tan Kuan Seah, lelaki itu turut dikenali sebagai Tan Mong, Tan Ah Meng, Koh Loh dan Hoi Wong. Tidak saja nama berbeza, lelaki itu juga licik apabila dipercayai mengenakan janggut, misai dan rambut ala hippies ketika di khalayak ramai bagi mengaburi pihak berkuasa dan melindungi identiti asalnya.
Bagaimanapun polis menggambarkan penjenayah itu sebagai seorang lelaki dengan ketinggian 1.67 meter, berbadan tegap, berkulit putih, rambut kerinting dan memiliki sebatang gigi emas di barisan gigi depan.
Ketika operasi besar-besaran dikenali ‘Gerakan Gulong Dua’ dilancarkan polis untuk memberkasnya iaitu sekitar 1972, lelaki itu dianggarkan berusia antara 38 hingga 42 tahun.
Raja Laut gemar menghisap candu, selalu membawa dua senjata api berjenis revolver di kiri dan kanan pinggangnya selain senapang berjenis sten dan bergerak ke sesuatu tempat menggunakan bot laju.
Dia juga sering diapit pengawal peribadi atau orang kanannya manakala kumpulannya dibekalkan alat perhubungan ‘walkie talkie’ untuk memaklumkan sebarang kegaitan atau pemantauan pihak berkuasa.
Tan dikatakan memiliki seorang isteri serta anak di Pulau Ketam dan sekitar 1970-an, dia tidak lagi menumpukan kegiatan lanun sebaliknya lebih kepada aktiviti peras ugut dan meminta wang perlindungan daripada nelayan.
Hasil wang perlindungan dan peras ugut itu dikatakan mencecah puluhan ribu ringgit setahun. Antara jenayah terawalnya adalah dua kes pembunuhan masing-masing pada 1959 dan 1963 serta penculikan serta cubaan bunuh yang dilakukan di Kuala Kurau.
Lantaran kelicikan Tan, pemburuan polis terhadap Raja Laut melewati masa bertahun. Hasil kecekapan pihak berkuasa juga, beberapa kejayaan dicapai dan kegiatan jenayah kumpulan itu berjaya dipatahkan.
Seperti cacing kepanasan, sarang persembunyian kumpulan itu yang kebanyakannya di lokasi sekitar kawasan hutan paya bakau sekitar pulau di perairan itu diserbu satu persatu menyebabkan mereka terpaksa terus melarikan diri.
Dalam semua serbuan ke markas penjenayah itu, polis menjumpai dan merampas puluhan bot laju dan senjata api serta ribuan peluru membuktikan yang kumpulan itu serius melakukan jenayah.
Bagaimanapun, serbuan polis hanya menjumpai barang terbabit selain menahan atau membunuh konconya saja tetapi Raja Laut terus ghaib tidak dapat dikesan, dia hilang di dalam hutan paya dan kawasan teluk tepi pantai atau lesap di tengah lautan luas selalunya selepas berlakunya kejadian tembak-menembak dengan pihak berkuasa itu.
Laporan berita terakhir dilaporkan mengenai Tan atau Raja Laut hanyalah pada pertengahan 1978 apabila polis sekali lagi menyerbu sarang persembunyian terbarunya. Dalam serbuan itu, seorang pengikut Raja laut ditembak mati dan dua lagi cedera.
Seorang koperal polis turut cedera dalam drama berbalas tembakan tetapi seperti sebelumnya, Tan sekali lagi lolos. Itulah kejadian terakhir yang dilaporkan media mengenai lagenda penjenayah dikenali ‘Raja Laut’. Selepas itu, tiada lagi cerita mengenai lanun terbabit dan kisah hidupnya selepas serbuan pada Mei 1978 masih menjadi misteri.
Heading:
Beberapa rentetan serbuan
OGOS 1969 - dua anggota polis yang menyamar memasuki sebuah kawasan perkampungan nelayan di Port Weld dengan menggunakan perahu dan tanpa diduga, perjalanan mereka terserempak dengan Raja Laut dan ahli kumpulannya di sebuah kedai kopi.
Melihat suspek yang dicari bertahun di hadapan pandangan, polis terbabit segera menghubungi pasukan meminta bantuan tetapi sebaik mereka sampai di tebing, ahli kumpulan itu sudah melarikan diri di kawasan paya berhampiran.
Dalam tergesa-gesa itu, kumpulan penjenayah terbabit meninggalkan 1,485 peluru pelbagai jenis yang akhirnya dirampas polis.
Mei 1970 - maklumat penting yang diterima membawa polis mengepung sebuah rumah di Bagan Siakap pada waktu Subuh. Sasaran mereka kali itu adalah seorang penjenayah yang tersenarai sebagai mereka yang paling dikehendaki polis.
Mereka ingin menahan Phua Ah Soo, 28, iaitu orang kanan kepada Raja Laut, lanun yang kerap mendatangkan masalah kepada keamanan negara khususnya di Perak.
Sepasukan kira-kira 14 anggota polis memulakan operasi dengan bergerak dari Taiping pada jam tiga pagi dan tiba di kawasan sasaran seawal jam 6.30 pagi.
Mereka berpecah kepada dua pasukan kecil, satu pasukan akan menggempur dan memantau dari laut manakala satu lagi menyerbu dan berkawal di daratan. Ketika pasukan polis yang datang dari arah lautan menghampiri rumah yang dibuat dari atas air itu, seorang lelaki keluar dari kediaman berkenaan bersama selaras senapang berjenis Carbine dan terus melepaskan tembakan.
Keadaan genting itu menyebabkan polis membalas tembakan dan drama tembak-menambak selama 10 minit berakhir apabila lelaki itu terjatuh ke dalam laut. Pemeriksaan mendapati lelaki itu adalah suspek sasaran iaitu Phua Ah Soo yang dicari polis sejak 1964 yang turut ditawarkan ganjaran RM2,000 bagi penangkapannya sama ada hidup atau mati.
Operasi itu berterusan apabila seorang lagi rakan Phua cuba melarikan diri keluar dari rumah menyebabkan tembakan di laut turut berlaku di daratan. Polis mendapati lelaki yang ditembak di darat dikenali Law Beng Tang.
Pemeriksaan di dalam rumah pula mendapati seorang wanita dipercayai isteri penjenayah itu turut cedera di tangan, kaki dan punggung dalam adegan berbalas tembakan itu. Seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan turut ditemui tetapi tidak mengalami kecederaan membimbangkan. Pemeriksaan turut menjumpai lima pistol, selaras Carbine dan 452 peluru dalam rumah terbabit.
Kematian Phua dianggap kejayaan terbesar polis lantaran lelaki itu adalah orang kanan yang bertanggungjawab dalam banyak kegiatan jenayah Raja Laut.
Mei 1978 - jam menunjukkan kira-kira 5.30 petang apabila dua daripada lima anggota polis yang menjalankan rondaan sekitar hutan bakau di Pulau Sangga Kecil, berhampiran Port Weld, terserempak dengan sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Polis memperkenalkan diri dan mengarahkan kumpulan lelaki menyerah diri sebaliknya arahan pihak berkuasa itu dibalas dengan tembakan bertubi-tubi ke arah mereka. Kumpulan lelaki itu melarikan diri dan polis mengejar dua daripada mereka. Tembakan dilepaskan dan seorang daripada ahli kumpulan itu terbunuh.
Seorang lagi yang dipercayai Raja Laut, menyembunyikan diri di kawasan parit sambil membalas tembakan menggunakan senjata automatik sebelum terus melarikan diri. Drama akhir serbuan dan adegan tembak-menembak itu menyebabkan seorang koperal polis cedera terkena tembakan di leher, dada, lengan dan kaki.
Polis menahan lima lelaki dari sebuah kongsi di kawasan serbuan dan merampas satu bot laju dengan enjin 85 kuasa kuda. Intipan diteruskan bagi mengesan ahli kumpulan yang berjaya meloloskan diri dengan pembabitan pasukan polis, polis hutan, marin serta unit anjing pengesan.
Pemeriksaan sekitar kawasan kejadian juga menjumpai beberapa senjata milik kumpulan Raja Laut itu antaranya senapang, rifel M-16 dan 70 butir peluru yang dibalut dengan kertas lilin. Turut dijumpai dua bot laju dengan enjin sangkut 50 kuasa kuda.
Beberapa hari selepas itu juga, polis turut menahan seorang pengikut Raja Laut yang dipercayai cuba membawa keluar penjenayah itu dari kawasan serbuan yang sudah dipenuhi polis. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan pada waktu Subuh dan dipercayai orang kanan Raja Laut yang terbaru selepas orang kanan lamanya, Phua Ah Soo yang mati ditembak polis beberapa tahun lalu.
Lelaki itu dikatakan mewakili Raja Laut memungut wang perlindungan dan wang peras ugut daripada mangsa kumpulan itu. Lelaki itu terpedaya apabila menyangka kehadiran bot peronda polis adalah bot rakan penjenayah yang ingin dibantu melarikan diri. Tanpa menyangka apa-apa, orang kanan Raja Laut itu terus memberi isyarat pemetik api sehingga menarik perhatian polis yang akhirnya memeriksa dan menahannya.
Hasil pemeriksaan, polis menjumpai satu beg plastik yang memiliki wang RM1,700, penyuntik dan satu botol morfin. tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home